07 November 2012

10 PERKARA ZIONIS LAKNAT MERAHSIAKAN SESUATU PADA KITA




Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom Cahaya Kehidupan nak dedahkan 10 daripadanya!

1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

06 November 2012

VERSI MODEN HANG NADIM


Renungkanlah wahai Insan dan saksikanlan bagaimana seorang anak kecil dapat memberikan pendapat dan nasihat kepada Sultan dan Raja-raja Melayu dan ingatlah.. mungkinkan sejarah telah berulang kembali dimana di suatu masa dahulu semasa Singapura dilanggar ikan Todak, Hang Nadim telah menasihati sultan dan nasihatnya itu telah memberikan impak yang besar. adakah sejarah telah berulang kembali???


Buat pengatahuan semua cerita Singapura Dilanggar Todak itu adalah cerita benar , cerita itu bukan lah cerita dongeng atau cerita rakyat . malah , sampai sekarang Ikan Todak itu masih wujud lagi di tepi pengairan Johor dan Singapura . Kalau siapa pernah pergi ke restoran di tepi laut Johor , Ikan todak masih hidup ..
                                                                                 




     
                                                                                                                 
                                                         By : Cahaya kehidupan

02 November 2012

TASAWUF DAN MENGENAL DIRI AJARAN SUNAN BONANG

AJARAN SUNAN BONANG

Tasawuf dan Mengenal Diri

Secara keseluruhan jalan tasawuf merupakan metod-metod untuk mengenal diri dan hakikat wujud tertinggi, melalui apa yang disebut sebagai jalan cinta dan penyucian diri. Cinta yang dimaksudkan oleh para sufi ialah kecenderungan kuat dari kalbu kepada Allah Yang Satu, kerana pengetahuan tentang hakikat ketuhanan hanya dapat dicapai dengan tersingkapnya cahaya penglihatan batin (kasyaf) dari dalam kalbu manusia (Taftazani 1985:56). Tahap-tahap jalan tasawuf dimulai dengan‘penyucian diri’, yang oleh Mir Valiuddin (1980;1-3) dibagi tiga:

Pertama, penyucian jiwa atau nafsu (thadkiya al-nafs); 

kedua, pemurnian kalbu (tashfiya al-qalb);

ketiga, pengosongan fikiran dan ruh dari selain Tuhan (takhliya al-sirr).

Istilah lain untuk metod penyucian diri ialah mujahadah, iaitu perjuangan batin untuk mengalah hawa nafsu dan kecenderungan-kecenderungan buruknya. Hawa nafsu merupakan representasi dari jiwa yang menguasai jasmani manusia (‘diri jasmani’). Hasil dari mujahadah ialah musyahadah dan mukasyafah. Musyahadah ialah mantapnya keadaan hati manusia sehingga dapat memusatkan penglihatannya kepada Yang Satu, sehingga pada akhirnya dapat menyaksikan kehadiran rahsia-Nya dalam hati. Mukasyafah ialah tercapainya kasyaf, iaitu tersingkapnya tirai yang menutupi cahaya penglihatan batin di dalam kalbu.


Penyucian jiwa dicapai dengan memperbanyak ibadah dan amal soleh. Termasuk ke dalam ibadah ialah melaksanakan solat sunnah, wirid, zikir, mengurangi makan dan tidur untuk melatih ketangguhan jiwa. Semua itu dikemukakan oleh Sunan Bonang dalam risalahnya Pitutur Seh Bari dan juga oleh Hamzah Fansuri dalam Syarah al-`Asyiqin (“Minuman Orang Berahi”). Sedangkan pemurnian kalbu ialah dengan membersihkan niat buruk yang dapat memalingkan hati dari Tuhan dan melatih kalbu dengan keinginan-keinginan yang suci. Sedangkan pengosongan fikiran dilakukan dengan tafakkur atau meditasi, pemusatan fikiran kepada Yang Satu. Dalam sejarah tasawuf ini telah sejak lama ditekankan, terutama oleh Sana’i, seorang penyair sufi Farsi abad ke-12 M. Dengan tafakkur, menurut Sana’i, maka fikiran seseorang dibebaskan dari kecenderungan untuk menyekutukan Tuhan dan sesembahan yang lain.


Dalam Suluk Wujil juga disebutkan bahawa murid-muridnya menyebut Sunan Bonang sebagai Ratu Wahdat. Istilah ‘wahdat’ merujuk pada konsep sufi tentang martabat (tingkatan) pertama dari tajalli Tuhan atau pemanifestasian ilmu Tuhan atau perbendaharaan tersembunyi-Nya (kanzul makhfiy) secara bertahap dari ciptaan paling esensial dan bersifat ruhani sampai ciptaan yang bersifat jasmani. Martabat wahdat ialah martabat keesaan Tuhan, iaitu ketika Tuhan menampakkan keesaan-Nya di antara ciptaan-ciptaan-Nya yang banyak dan aneka ragam. Pada peringkat ini Allah menciptakan esensi segala sesuatu (a’yan tsabitah) atau hakikat segala sesuatu (haqiqat al-ashya). Esensi segala sesuatu juga disebut ‘bayangan pengetahuan Tuhan’ (suwar al-ilmiyah) atau hakikat Muhammad yang berkilau-kilauan (nur muhammad). Ibn `Arabi menyebut gerak penciptaaan ini sebagai gerakan Cinta dari Tuhan, berdasar hadis qudsi yang berbunyi, “Aku adalah perbendaharaan tersembunyi, Aku cinta (ahbabtu) untuk dikenal, maka aku mencipta hingga Aku dikenal”. Maka sebutan Ratu Wahdat dalam suluk ini dapat diartikan sebagai orang yang mencapai martabat tinggi di jalan Cinta, iaitu memperoleh makrifat dan telah menikmati lazatnya penyatuan ruhani dengan Yang Haqq.


Pengetahuan Diri, Cermin dan Ka’bah


Secara keseluruhan bait-bait dalam Suluk Wujil adalah serangkaian jawapan Sunan Bonang terhadap pertanyaan-pertanyaan Wujil tentang akal yang disebut Ada dan Tiada, mana hujung utara dan selatan, apa hakikat kesatuan huruf dan lain-lain. Secara berurutan jawapan yang diberikan Sunan Bonang berkenaan dengan soal:


1)  Pengetahuan diri, meliputi pentingnya pengetahuan ini dan hubungannya dengan hakikat solat atau memuja Tuhan. Simbol burung dan cermin digunakan untuk menerangkan masalah ini;

2) Hakikat diam dan berkata-kata;


3) Kemahuan murni sebagai sumber kebahagiaan ruhani;


4) Hubungan antara fikiran dan perbuatan manusia dengan kejadian di dunia;


5) Falsafah Nafi Isbat serta kaitannya dengan makna simbolik pertunjukan wayang, khususnya lakon perang besar antara Kurawa dan Pandawa dari epik Mahabharata;


6) Gambaran tentang Mekah Metafizik yang merupakan pusat jagat raya, bukan hanya di alam kabir (macrocosmos) tetapi juga di alam saghir (microcosmos), iaitu dalam diri manusia yang terdalam;


7) Perbezaan jalan asketisme atau zuhud dalam agama Hindu dan Islam.


Sunan Bonang menghubungkan hakikat solat berkaitan dengan pengenalan diri, sebab dengan melakukan solat seseorang sebenarnya berusaha mengenal dirinya sebagai ‘yang menyembah’, dan sekaligus berusaha mengenal Tuhan sebagai ‘Yang Disembah’. Pada bait ke-12 dan selanjutnya Sunan Bonang menulis:


(12) Kebajikan utama (seorang Muslim) Ialah mengetahui hakikat solat, Hakikat memuja dan memuji, solat yang sebenarnya, Tidak hanya pada waktu isyak dan maghrib, Tetapi juga ketika tafakkur, Dan solat tahajud dalam keheninga, buahnya ialah menyerahkan diri sentiasa, dan termasuk akhlak mulia


(13) Apakah solat yang sebenar-benar solat? Renungkan ini: Jangan lakukan solat
Andai tiada tahu siapa dipuja, Bilamana kaulakukan juga, Kau seperti memanah burung
Tanpa melepas anak panah dari busurnya, Jika kau lakukan sia-sia, Kerana yang dipuja wujud khayalmu semata


(14) Lalu apa pula zikir yang sebenarnya? Dengar: Walau siang malam berzikir
Jika tidak dibimbing petunjuk Tuhan, Zikirmu tidak sempurna, Zikir sejati tahu bagaimana, Datang dan perginya nafas, Di situlah Yang Ada, memperlihatkan
Hayat melalui yang empat


(15) Yang empat ialah tanah atau bumi, Lalu api, udara dan air, Ketika Allah mencipta Adam, Ke dalamnya dilengkapi, Anasir ruhani yang empat: Kahar, jalal, jamal dan kamal, Di dalamnya lapan sifat-sifat-Nya, Begitulah kaitan ruh dan badan, Dapat dikenal bagaimana, Sifat-sifat ini datang dan pergi, serta ke mana

(16) Anasir tanah melahirkan kedewasaan dan keremajaan, Apa dan di mana kedewasaan dan keremajaan? Dimana letak kedewasaan dalam keremajaan?
Api melahirkan kekuatan juga kelemahan. Namun di mana letak kekuatan dalam kelemahan? Ketahuilah ini

(17) Sifat udara meliputi ada dan tiada, Di dalam tiada, di mana letak ada? Di dalam ada, di mana tempat tiada? Air dua sifatnya: mati dan hidup, Di mana letak mati dalam hidup? Dan letak hidup dalam mati? Kemana hidup pergi ketika mati datang? Jika kau tidak mengetahuinya kau akan sesat jalan

(18) Pedoman hidup sejati ialah mengenal hakikat diri. Tidak boleh melalaikan solat yang khusyuk. Oleh kerana itu ketahuilah, Tempat datangnya yang menyembah Dan Yang Disembah, Peribadi besar mencari hakikat diri, Dengan tujuan ingin mengetahui
Makna sejati hidup, Dan erti keberadaannya di dunia

(19) Kenalilah hidup sebenar-benar hidup, Tubuh kita sangkar tertutup, Ketahuilah burung yang ada di dalamnya, Jika kau tidak mengenalnya akan malang jadinya kau
Dan seluruh amal perbuatanmu, Wujil, Sia-sia semata, Jika kau tak mengenalnya.
Kerana itu sucikan dirimu, Tinggallah dalam kesunyian Hindari kekeruhan hiruk pikuk dunia, Pertanyaan-pertanyaan itu tidak diberi jawaban langsung, melainkan dengan isyarat-isyarat yang mendorong Wujil melakukan perenungan lebih jauh dan dalam.


Sunan Bonang kemudian berkata dan perkatannya semakin memasuki inti persoalan:


(20) Keindahan, jangan di tempat jauh dicari, Ia ada dalam dirimu sendiri, Seluruh isi jagat ada di sana, Agar dunia ini terang bagi pandangmu, Jadikan sepenuh dirimu Cinta ,
Tumpukan fikiran, heningkan cipta, Jangan bercerai siang malam, Yang kau lihat di sekelilingmu, fahami, adalah akibat dari laku jiwamu!


(21) Dunia ini Wujil, luluh lantak disebabkan oleh keinginanmu, Kini, ketahui yang tidak mudah rosak, Inilah yang dikandung pengetahuan sempurna, di dalamnya kau jumpai Yang Abadi, Bentangan pengetahuan ini luas dari lubuk bumi hingga singgasanaNya, Orang yang mengenal hakikat dapat memuja dengan benar selain yang mendapat petunjuk ilahi, sangat sedikit orang mengetahui rahsia ini

(22) Kerana itu, Wujil, kenali dirimu, Kenali dirimu yang sejati, Ingkari benda agar nafsumu tidur terlena, Dia yang mengenal diri, Nafsunya akan terkendali an terlindung dari jalan sesat dan kebingungan, kenal diri, tahu kelemahan diri, selalu awas terhadap tindak tanduknya.


(23) Bila kau mengenal dirimu kau akan mengenal Tuhanmu, Orang yang mengenal Tuhan bicara tidak sembarangan, Ada yang menempuh jalan panjang dan penuh kesukaran sebelum akhirnya menemukan dirinya. Dia tak pernah membiarkan dirinya
sesat di jalan kesalahan, Jalan yang ditempuhnya benar.


(24) Wujud Tuhan itu nyata. Mahasuci, lihat dalam keheningan, Ia yang mengaku tahu jalan, Sering tindakannya menyimpang, Syariat agama tidak dijalankan, Kesolehan dicampakkan ke samping, Padahal orang yang mengenal Tuhan dapat mengendalikan hawa nafsu. Siang malam penglihatannya terang, Tidak disesatkan oleh khayalan.

Selanjutnya dikatakan bahawa diam yang hakiki ialah ketika seseorang melaksanakan solat tahajud, iaitu solat sunnah tengah malam setelah tidur. Solat semacam ini merupakan cara terbaik mengatasi berbagai persoalan hidup. Inti solat ialah bertemu muka dengan Tuhan tanpa perantara. Jika seseorang memuja tidak mengetahui benar-benar siapa yang dipuja, maka yang dilakukannya tidak bermanfaat. Solat yang sejati mestilah dilakukan dengan makrifat. Ketika melakukan solat, semestinya seseorang mampu membayangkan kehadiran dirinya bersama kehadiran Tuhan. Keadaan dirinya lebih jauh harus dibayangkan sebagai ’tidak ada’, sebab yang sebenar-benar ada hanyalah Tuhan, Wujud Mutlak dan Tunggal yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu. Sedangkan adanya makhluq-makhluq, termasuk manusia, sangat tergantung kepada Adanya Tuhan.


(35) Diam dalam tafakur, Wujil adalah jalan utama (mengenal Tuhan). Memuja tanpa selang waktu, Yang mengerjakan sempurna (ibadahnya) disebabkan oleh makrifat, tubuhnya akan bersih dari noda, Pelajari kaedah pencerahan kalbu ini dari orang arif yang tahu agar kau mencapai hakikat yang merupakan sumber hayat.


(36) Wujil, jangan memuja jika tidak menyaksikan Yang Dipuja, juga sia-sia orang memuja tanpa kehadiran Yang Dipuja, Walau Tuhan tidak di depan kita pandanglah adamu sebagai isyarat ada-Nya. Inilah makna diam dalam tafakur. Asal mula segala kejadian menjadi nyata


Setelah itu Sunan Bonang lebih jauh berbicara tentang hakikat murni ‘kemahuan’. Kemahuan yang sejati tidak boleh dibatasi pada apa yang difikirkan. Memikirkan atau menyebut sesuatu memang merupakan kemahuan murni. Tetapi kemahuan murni lebih luas dari itu.


(38) Renungi pula, Wujil! Hakikat sejati kemauan, Hakikatnya tidak dibatasi fikiran kita
berfikir dan menyebut suatu perkara Bukan kemauan murni. Kemauan itu sukar difahami seperti halnya memuja Tuhan. Ia tidak terpaut pada hal-hal yang tampak pun tidak membuatmu membenci orang yang dihukum dan dizalimi serta orang yang berselisih faham

(39) Orang berilmu, beribadah tanpa kenal waktu. Seluruh gerak hidupnya ialah beribadah. Diamnya, bicaranya dan tindak tanduknya malahan getaran bulu roma tubuhnya , seluruh anggota badannya digerakkan untuk beribadah. Inilah kemahuan murni.

(40) Kemahuan itu, Wujil! Lebih penting dari fikiran untuk diungkapkan dalam kata dan suara sangatlah sukar. Kemahuan bertindak merupakan ungkapan fikiran. Niat melakukan perbuatan ddalah ungkapan perbuatan, Melakukan solat atau berbuat kejahatan, keduanya buah dari kemahuan

Di sini Sunan Bonang agaknya berpendapat bahawa kemahuan atau kehendak (iradat), iaitu niat dan iktiqad mestilah diperbaiki sebelum seseorang melaksanakan sesuatu perbuatan yang baik. Perbuatan yang baik datang dari kemahuan baik dan sebaliknya kehendak yang tidak baik melahirkan tindakan yang tidak baik pula. Apa yang dikatakan oleh Sunan Bonang dapat dirujuk pada pernyataan seorang penyair Melayu (anonim) dalam Syair Perahu, seperti berikut:


Inilah gerangan suatu madah

Mengarangkan syair terlalu indah

Membetulkan jalan tempat berpindah

Di sanalah iktiqad diperbaiki sudah

Wahai muda kenali dirimu

Ialah perahu tamsil tubuhmu

Tiada berapa lama hidupmu

Ke akhirat jua kekal diammu

Hai muda arif budiman

Hasilkan kemudi dengan pedoman

Alat perahumu jua kerjakan

Itulah jalan membetuli insan


La ilaha illa Allah tempat mengintai

Medan yang qadim tempat berdamai

Wujud Allah terlalu bitai

Siang malam jangan bercerai


Tamsil Islam universal lain yang menonjol dalam Suluk Wujil ialah cermin beserta pasangannya gambar atau bayang-bayang yang terpantul dalam cermin, serta Mekkah. Para sufi biasa menggunakan tamsil cermin, misalnya Ibn `Arabi. Sufi abad ke-12 M dari Andalusia ini menggunakannya untuk menerangkan falsafahnya bahawa Yang Satu meletakkan cermin dalam hati manusia agar Dia dapat melihat sebagian dari gambaran Diri-Nya (kekayaan ilmu-Nya atau perbendaharaan-Nya yang tersembunyi) dalam ciptaan-Nya yang banyak dan aneka ragam. Yang banyak di alam kejadian (alam al-khalq) merupakan gambar atau bayangan dari Pelaku Tunggal yang berada di tempat rahsia dekat cermin.


Pada bait ke-74 diceritakan Sunan Bonang menyuruh muridnya Ken Satpada mengambil cermin dan menaruhnya di pohon Wungu. Kemudian dia dan Wujil disuruh berdiri di muka cermin. Mereka menyaksikan dua bayangan dalam cermin. Kemudian Sunan Bonang menyuruh salah seorang dari mereka menjauh dari cermin, sehingga yang tampak hanya bayangan satu orang. Maka Sunan Bonang bertanya: ”Bagaimana bayang-bayang datang/Dan kemana dia menghilang?” (bait 81). Melalui contoh datang dan perginya bayangan dari cermin, Wujil kini tahu bahawa ”Dalam Ada terkandung tiada, dan dalam tiada terkandung ada” Sang Guru membenarkan jawaban sang murid. Lantas Sunan Bonang menerangkan aspek nafi (penidakan) dan isbat (pengiyaan) yang terkandung dalam kalimah La ilaha illa Allah (Tiada tuhan selain Allah). Yang dinafikan ialah selain dari Allah, dan yang diisbatkan sebagai satu-satunya Tuhan ialah Allah.

Pada bait ke 91-95 diceritakan perjalanan seorang ahli tasawuf ke pusat renungan yang bernama Mekkah, yang di dalamnya terdapat rumah Tuhan atau Baitullah. Mekkah yang dimaksud di sini bukan semata Mekkah di bumi, tetapi Mekkah spiritual yang bersifat metafizik. Kaabah yang ada di dalamnya merupakan tamsil bagi kalbu orang yang imannya telah kukuh. Abdullah Anshari, sufi abad ke-12 M, misalnya berpendapat bahawa Kaabah yang di Mekkah, Hijaz, dibangun oleh Nabi Ibrahim a.s. Sedangkan Kaabah dalam kalbu insan dibangun oleh Tuhan sebagai pusat perenungan terhadap keesaan Wujud-Nya.

Sufi farsi lain abad ke-11 M, Ali Utsman al-Hujwiri dalam kitabnya menyatakan bahawa rumah Tuhan itu ada dalam pusat pandangan orang yang telah mencapai musyahadah. Kalau seluruh alam semesta bukan tempat pertemuan manusia dengan Tuhan, dan juga bukan tempat manusia menikmati hiburan berupa mendekatkan diri dengan Tuhan, maka tidak ada orang yang mengetahui makna cinta ilahi. Tetapi apabila orang memiliki penglihatan batin, maka seluruh alam semesta ini akan merupakan tempat sucinya atau rumah Tuhan. Langkah sufi sejati sebenarnya merupakan tamsil perjalanan menuju Mekkah. Tujuan perjalanan itu bukan tempat suci itu sendiri, tetapi memandang keesaan Tuhan (musyahadah), dan pandangan dilakukan disebabkan kerinduan yang mendalam dan luluhnya diri seseorang (fana’) dalam cinta tanpa batasan .

Berdasarkan huraian tersebut, dapatlah difahami apabila dalam Suluk Wujil dikatakan, “Tidak ada orang tahu di mana Mekkah yang hakiki itu berada, sekalipun mereka melakukan perjalanan sejak muda sehingga tua. Mereka tidak akan sampai ke tujuan. Kecuali apabila seseorang mempunyai bekal ilmu yang cukup, ia akan dapat sampai di Mekkah dan malahan sesudah itu akan menjadi seorang wali. Tetapi ilmu semacam itu diliputi rahsia dan sukar diperolehi. Bekalnya bukan wang dan kekayaan, tetapi keberanian dan kesanggupan untuk mati dan berjihad lahir batin, serta memiliki kehalusan budi pekerti dan menjauhi kesenangan duniawi.

Di dalam masjid di Mekkah itu terdapat singgasana Tuhan, yang berada di tengah-tengah. Singgasana ini menggantung di atas tanpa tali. Dan jika orang melihatnya dari bawah, maka nampak bumi di atasnya. Jika orang melihat ke barat, ia akan melihat timur, dan jika melihat timur ia akan menyaksikan barat. Di situ pemandangan terbalik. Jika orang melihat ke selatan yang tampak ialah utara, sangat indah pemandangannya. Dan jika ia melihat ke utara akan tampak selatan, gemerlapan seperti ekor burung merak. Apabila satu orang solat di sana, maka hanya ada ruangan untuk satu orang saja. Jika ada dua atau tiga orang solat, maka ruangan itu juga akan cukup untuk dua tiga orang. Apabila ada 10.000 orang melakukan solat di sana, maka Kaabah dapat menampung mereka semua. Bahkan seandainya seluruh dunia dimasukkan ke dalamnya, seluruh dunia pun akan tertampung juga”.

Wujil menjadi tenang setelah mendengar tutur gurunya. Akan tetapi dia tetap merasa asing dengan lingkungan kehidupan keagamaan yang dijumpainya di Bonang.


Berbeza dengan di Majapahit dahulu, untuk mencapai rahsia Yang Satu orang harus melakukan khalwat, pergi jauh ke hutan, menyepi dan melakukan kekerasan ragawi. Di Pesantren Bonang kehidupan sehari-hari berjalan seperti biasa. Solat fardu lima waktu dijalankan dengan tertib. Majlis-majlis untuk membicarakan pengalaman kerohanian dan penghayatan keagamaan senantiasa diadakan. Disamping itu para guru mengerjakan pekerjaan sehari-hari, di samping mengadakan pentas-pentas seni dan pembacaan tembang Sunan Bonang menjelaskan bahawa seperti ibadat dalam agama Hindu yang dilakukan secara lahir dan batin, demikian juga di dalam Islam. Malahan di dalam agama Islam, ibadat ini diatur dengan jelas di dalam syariat. Bezanya di dalam Islam kewajiban-kewajiban agama tidak hanya dilakukan oleh ulama dan pendeta, tetapi oleh seluruh pemeluk agama Islam. Sunan bonang mengajarkan tentang egaliterianissme dalam Islam. Sunan bonang mengajarkan tentang egaliterisme di dalam Islam. Jika ibadat zahir dilakukan dengan mengerjakan rukun Islam yang lima, ibadat batin ditempuh melalui tariqat atau ilmu suluk, dengan memperbanyak ibadah seperti sembahyang sunnah, tahajud, taubat nasuha, wirid dan zikir. Zikir bererti mengingati Tuhan tanpa henti. Di antara cara berzikir itu ialah dengan mengucapkan kalimah La ilaha illa Allah. Di dalamnya terkandung rahsia keesaan Tuhan, alam semesta dan kejadian manusia.


Berbeza dengan dalam agama Hindu, di dalam agama Islam disiplin kerohanian dan ibadah dapat dilakukan di tengah keramaian, sebab perkara yang bersifat transendental tidak terpisah dari perkara yang bersifat kemasyarakatan. Di dalam agama Islam tidak ada garis pemisah yang tegas antara dimensi transendental dan dimensi sosial. Dikatakan pula bahawa manusia terdiri daripada tiga hal yang pemiliknya berbeza. Jasmaninya milik ulat dan cacing, rohnya milik Tuhan dan milik manusia itu sendiri hanyalah amal pebuatannya di dunia.

01 November 2012

BANGSA 'MIM' – TAK HILANG DI DUNIA






Bangsa di raja. Itulah ungkapan yang terungkap kali pertama bila saya melihat gambaran sepenuhnya tentang apa yang berlaku sejak dulu hingga kini. Ungkapan itu terhasil bila saya membuat kajian mengenai ‘asalnya Melayu’. Pada mulanya, saya tidak berminat mengenai sejarah lebih-lebih lagi kalau melibatkan sejarah tempatan atau asia tenggara. Ia langsung tidak terlintas untuk saya mengetahui mengenai sejarah sendiri. Apa yang saya suka ialah sejarah mesir kuno, Babylon dan seumpamanya. Selain itu, saya juga suka dengan sejarah-sejarah eropah. Lantas saya berfikir, kenapa perlu saya menyukai sejarah negara dan bangsa orang lain? Pada mulanya, saya ingatkan saya seorang yang mempunyai tabiat begitu, tapi rupanya ramai rakan saya yang berminat pada skop sejarah yang sama. Sejarah orang di kaji, sejarah sendiri di biar pergi.
Mungkin agak awal untuk saya mengeluarkan teori perihal bangsa ‘Melayu’ ini, tapi sedikit sebanyak, karya ini adalah sebagai ‘pit stop’ untuk saya mendedahkan apa yang terbuku di fikiran saya. Di samping itu juga, di harap karya ini akan menyedarkan ‘melayu’ yang sebenarnya sedang tidur nyeyak sedangkan musuh-musuh sedang mencucuk luka.Bukan senang untuk mengeluarkan teori ‘Bangsa Diraja’ ini. Ia terhasil selepas beberapa teori-teori saya yang lain seperti ‘returning to motherland’ dan ‘bangsa jurai kenabian’. Saya tidak pasti bukti yang saya ada atau bahan baca saya sudah cukup atau belum untuk membuktikan teori terbaru saya ini.

Walaubagaimanapun, manusia tetap manusia. Walaupun di beri bukti sebesar gunung sekalipun, mereka tetap meragui dan mahukan bukti seterusnya. Manusia nafsunya tidak puas dan meragui apa yang tidak sealiran dengan mereka. Hanya dengan ‘open-minded’, ‘bersederhana’ dan bersifat ‘universal’, barulah kita dapat menerima pelbagai teori dan menyerap masuk dalam idealogi kita sendiri. 
Jadi, karya ini mungkin dapat membantu kita semua dalam mengenali bangsa yang kompleks serta misteri ini. Inilah kajian saya dan inilah luahan hati saya. Jangan bimbang, saya tidak mahu mengumpul pengikut atau musuh mahupun harta kekayaan. Saya lakukan kerana saya ‘dipaksa’ oleh diri sendiri. Jika tidak berkongsi, saya berasa ‘sengsara’. Jadi, dengan berkongsi, mereka yang mempercayai dan berfikir serta mengambil langkah seterusnya itulah ‘syurga kesenangan’ saya. Moga kita dapat mereka-cipta dunia yang lebih baik dengan keizinanNYA.


Permulaan kepada kajian




Segala-galanya bermula bila saya menyertai beberapa forum di internet. Pada mulanya, kami lebih membincangkan tentang sejarah mesir lama, tamadunan sumeria, dan beberapa misteri keagamaan seperti tabut as-sakinah, huyun hayat, spear of destiny, annunaki, lost word of god dan lain-lain. Kami berbincang berasaskan sumber-sumber internet dan buku-buku yang kebanyakkannya dari barat. Kami berbincang sehinggalah kami berada di titik penghabisan.

Kami tidak tahu apa lagi yang harus di bincangkan. Kemudiannya, datang seorang hamba ALLAH yang membuat ‘onar’ di forum itu dengan membuka ‘thread’ yang berbaur kesufian. Ia membuka minda kami ke arah yang cukup berbeza. Pada ketika itu, kami tinggalkan semua perkara yang berkaitan dengan sejarah. Setelah terpesona dengan Sufism yang sepatutunya menjadi ‘basic’ dari diri seseorang muslim itu, saya mula mencari guru tarikat dan berjumpa dengan guru-guru tidak formal untuk bertanyakan apa yang bermain di benak saya ketika itu. Kebanyakkannya adalah mengenai sufi dan hakikat dunia.Kemudian, pada tahun 2009, saya harus siapkan thesis untuk subjek wajib di peringkat ijazah di sebuah university tempatan.

 Dari situ, saya buntu kerana tidak mengetahui apa yang harus saya selidik dan kaji. Pada tika itu juga, saya suka membaca siri ‘Alter Melayu’ dari mistisfiles.blogspot.com. Dari situ, saya mula teringat tentang perbincangan kami di awal pembabitan saya dalam dunia forum internet.

Pada awal pembabitan dalam dunia forum intenet, perbincangan kami mengenai sejarah dunia ibarat ‘tuang air ke daun keladi’. Ia kerana itu semua setakat di dalam internet dan kami langsung tidak mengambil iktibar tentangnya. Ia ibarat berbincang di kedai kopi. Kosong dan tiada isi. Apabila memasuki dunia sufi, saya mulai nampak tentang hakikat setiap perkara yang berlaku dan barulah saya tahu, setiap apa yang berlaku itu tidak sia-sia.Dengan nekad, saya memilih tajuk kajian mengenai melayu ke dalam Thesis saya biarpun ia agak kelihatan janggal.

 Pada waktu yang sama juga, seorang hamba ALLAH yang tinggal di Eropah telah memasukkan duit kedalam akuan Pay Pal saya. Dari situ saya membeli buku ‘Eden in the East’ serta ‘Polynesian Research’. Saya cukup berterima kasih kepada hamba ALLAH itu dan

mudah-mudahan hidupnya di sempurnakan. Dari situ, pengembaraan saya dalam kajian mengenai ‘Melayu’ bermula. Biarpun kadang-kala di sindir dan di pandang ‘pelik’ dalam kajian ini, tapi saya tidak berputus asa kerana seolah-olah, itulah misi saya. Hidup tanpa misi adalah ibarat robot. Hidup dengan rutin yang sama dan tiada kesempurnaan sebagai ‘insan’. Jadi, di harap kajian saya ini dapat memberi kebaikan kepada ‘melayu’ yang lainnya dan semua yang berada di dunia ini hendaknya.


Umat Yang Satu



“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih . Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu , pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.” 
Surah Yunus, ayat 19

Itulah permulaan kepada kini dan permulaan kepada pentas dunia yang kita lihat kini. Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan awalnya, itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa serta beberapa orang anaknya. Jika kita melihat sepintas lalu, itulah yang kita akan dapati. Jika di kaji terma ‘umat’ itu, ia bererti ‘segolongan manusia yang berkelompok yang mempunyai kesamaan’. Terma ‘segolongan’ itu pula bukannya bermaksud 10-100 orang, bahkan ia adalah melibat ribuan orang. Ia adalah mengenai Umat, bukannya kaum atau kumpulan manusia.

Setahu saya, nabi Adam mempunyai umur yang cukup panjang dan di katakan umurnya melebihi 1000 tahun. Kemudiannya, legasinya di teruskan oleh anak cucunya. Dalam usia 1000 tahun dan di sambung oleh anak cucunya yang mungkin melangkaui umur ratusan tahun itu, pelbagai usaha dapat di buat.
Apa yang saya maksudkan ialah, perkembangan manusia bermula dari Adam itu cukup produktif. Jarak Adam sehinggalah cucunya Nabi Idris adalah cukup lama. Tapi, saya rasa kita akan berfikir bahawa orang zaman dulu hidupnya di gua-gua serta memburu bintang dengan tombak dan sebagainya, meskipun usia mereka melampaui ratusan tahun.“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
Surah Al-Baqarah, ayat 31

Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’. Di dalam dunia sufi (hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang kerahsiaan. Dunia di cipta kerana adanya ‘nama’. ZatNYA yang di ‘maujud’kan harus mempunyai nama. Dari ‘nama’ itu, terbitlah ‘sifat’ dan dari ‘sifat’ terbitlah ‘kelakuan’.
ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG DUNIA DAN AKHIRAT.



Jika Adam yang ‘bijaksana’ itu tinggal di gua-gua dan memburu binatang dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah di beritahu di dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunakan ‘kebijaksanaan’ itu hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia akan di ‘wasiat’kan kepada anak cucunya yang terpilih. 


Kenapa terpilih?
Ini kerana peristiwa Habil dan Qabil itu memulakan peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelum ini di era ADAM. Ia adalah lambing kepada jahat dan baik, ego dan ikhlas, patuh dan engkar dan sebagainya. Jadi, wasiat ‘nama-nama’ ini di serahkan kepada siapa? Itulah persoalannya, tapi jika di amati, wasiat itu kita akan dapat lihat pada perilaku Nabi Idris a.s. 


Harus di ingat formula ini:


ZATNYA – NAMA – SIFAT PADA NAMA – KELAKUAN PADA SIFAT


Contoh: ALLAH mencipta sesuatu benda yang bercahaya dan menjadi penyuluh di malam hari. Nama kepada benda itu ialah Bulan. Bulan di panggil oleh rumpun Melayu. Moon di panggil oleh barat dan Qamar di panggil oleh Arab. Nama ialah isyarat untuk berkomunikasi. Sifat kepada nama ‘Bulan’ tadi itu adalah seperti bercahaya dan cantik. Kelakuan pada sifat itu pula, bulan hanya muncul di waktu malam. Dek kerana itulah di kelihatan cantik kerana tiada benda lain yang lebih terang di langit selain bulan.


Formula inilah yang menyebabkan wali-wali ALLAH mampu melakukan perkara di luar adat. Apa yang pasti, kita harus tahu di mana hendak ‘dijatuh’kan iktikad itu dan setakat mana keyakinan kita pada aturan itu. Dari mana saya tahu tentang ini? Tidak lain tidak bukan, dari pengembaraan saya di dalam dunia ‘sufi’ dan kedegilan saya untuk membantu ‘melayu’.


Formula inilah yang mampun untuk ADAM dan anak cucunya membina sesuatu di dunia ini. ADAM adalah khalifah pertama. Khalifah bermaksud ‘wakil tuhan untuk mengurus dunia’. Dari situ, dengan kemampuan luar biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNYA, Adam, maka terciptalah satu legasi.


Dalam tempoh 1000 tahun dan dengan berbekalkan kebijaksanaan ‘nama-nama sekaliannya’ itu, Adam mampu mengolah fizikal dan spiritual atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui. Tidak mustahil dalam tempoh 1000 tahun itu, Adam tidak ‘mencipta’ syurga untuk isteri dan anak-anaknya. Memori syurga di dalam diri Adam itu tidak mustahil tidak di aplikasikan di dunia ini. Syurga dunia tidak akan sama dengan Syurga di ‘sana’, walaubagaimanapun, syurga dunia adalah nyata pada fizikalnya. 


Dari situ, bermulalah ketamadunan era ADAM. Legasi itu berterusan sehinggalah muncul bandar-bandar para ‘dewa’. Dewa di sini bukanlah bermaksud ‘tuhan’ selain DIA. Hanya kita saja yang mengunakan terma dewa untuk mendewa-dewakan manusia berkebolehan luar biasa ini. Saya di beritahu oleh seorang tua, bahawa ‘para dewa-dewa’ ini tidak suka bila manusia bertuhankan mereka. Bahkan mereka menyembah tuhan yang satu.





Ketamadunan ADAM itulah di gelar sebagai ‘umat yang satu’. Hidup dalam kebahagian. Walaubagaimanapun, ada perselisihan terjadi pada suatu zaman. Ia ibarat takdir yang harus di lalui oleh manusia pada era itu. Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada segolongan yang tidak mempunyai ‘keluarbiasaan’ membuat onar. Ada pendapat mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang. Mereka ini hebat dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan di gelar Atlantis di bina. 

Pada era ADAM, manusia terdiri dari keluarga diraja, para pedagang, pekerja dan penyelidik. Tapi, ada di antara golongan-golongan ini tidak menyukai ‘para dewa’ yang mengurus bumi sebagai khalifah. Dek kerana itulah mereka berdendam dan cuba menjadi ‘tuhan’. Perselisihan ini kemudiannya menyebabkan perang yang amat besar dan ia ada di nyatakan dalam hikayat Ramayana dan Mahabrata.
AKhirnya perang ini menyebabkan kedua-dua golongan ini rugi lantas berpecah. inilah perang antara Atlantis dan Lemuria. Banjir besar noh itulah yang menengelamkan segala-galanya. Tidak pula di ketahui jarak masa ADAM sehingga tempoh peristiwa banjir Nabi Nuh yang mana di simpan elok dalam memori setiap insan sejak dulu hinggalah kini. Apapun, itulah permulaan dari pengakhiran era ADAM.Apakah yang terjadi sehinggakan berlakunya perang besar yang hebat itu? Masih wujudkah ‘wasiat Adam’ dan ‘Ilmu segala’ itu? Apakah peranan dewa-dewa itu dan bagaimana mengenalinya? Apa pula kaitan Melayu dan umat yang satu ini? Nantikan siri seterusnya di nusanaga.blogspot.com.

18 Oktober 2012

MENYINGKAP KATA-KATA RASULULLAH


Sabda Nabi Muhammad SAW: “Tiada solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isyak dan Subuh. Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.”(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Ini pernyataan cukup jelas kepada umat Islam supaya mengerjakan solat Isyak dan Subuh secara berjemaah. Dilema generasi sekarang mahu bangun mengerjakan solat Subuh di rumah pun amat berat, apatah lagi jika diajak berjemaah di masjid. Rasulullah juga ada mengatakan solat berjemaah bagi solat Subuh dan Isyak diberi ganjaran pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian. Namun, dalam situasi semasa yang kebanyakan manusia begitu sibuk mencari kemewahan duniawi, kesedaran untuk bersolat secara jemaah semakin hambar.


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan Rasulallah dalam sabdanya itu? Mari kita kutip dan kupas sedikit apakah yang dimaksudkan oleh baginda dengan: Seandainya mereka mengetahui pahala di sebalik solat Isyak dan Subuh dengan berjemaah, tentu mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.


Menurut Al-Fadhil Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki “Ketika kita melangkah menuju ke masjid untuk solat berjemaah, seluruh tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan mendoakan kesejahteraan kita”.



Menurut baginda Rasulallah dalam satu hadis lain:


“Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku”


“Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath”

“Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaita”. Seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah SWT dua kebebasan iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan dari nifaq (kemunafikan)” 


Mari kita jadikan firman Allah ini sebagai motivasi untuk gagah ke masjid bersolat berjemaah. Allah menegaskan: “Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) Subuh. Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat).” (Maksud Surah Al-Isra’ ayat 78).




Inilah perintah Allah kepada kita semua agar sentiasa mematuhi suruhan mendirikan solat dan lihatlah bagaimana Allah mengkhususkan solat Subuh dengan memberikan pujian yang lebih, iaitu solat Subuh itu disaksikan malaikat.


RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim).


Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.


Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.


Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.


Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.


Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)


Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kerana Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.


Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)


Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?


Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya dibandingkan dunia dan seisinya?Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.".


Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah).


Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.

NILAI KUCING DISISI RASULULLAH SAW

    Nabi menekankan di beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhu menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.Lantas kenapa Rasulullah Saw, berani mengatakan bahwa kucing suci, tidak najis? Lalu, bagaimana Nabi mengetahui kalau pada badan kucing tidak terdapat najis?


Pada kulit kucing terdapat otot yang berfungsi untuk menolak sel bakteria. Otot kucing itu juga dapat menyesuaikan dengan sentuhan otot manusia.


Pada permukaan lidah kucing ditutupi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit. Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun cairan yang jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.


Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing dan berbagai perbezaan usia, perbezaan posisi kulit, punggung, bahagian dalam telapak kaki, pelindung mulut, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sample dengan usapan. Di samping itu, dilakukan juga penanaman kuman pada bahgian-bahgian khusus.Terus diambil juga cairan khusus yang ada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.



Hasil yang didapatkan adalah:


1. Hasil yang diambil dari kulit luar tenyata negatif berkuman, meskipun dilakukan berulang-ulang.

2. Perbandingan yang ditanamkan kuman memberikan hasil negatif sekitar 80% jika dilihat dari cairan yang diambil dari dinding mulut.

3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga memberikan hasil negatif berkuman.


4. Hanya sekali kuman yang ditemui semasa proses penyelidikan, kuman itu masuk kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang berkembang pada tubuh manusia dalam jumlah yang terbatas seperti, enterobacter, streptococcus, dan taphylococcus. Jumlahnya kurang dan 50 ribu pertumbuhan.


5. Tidak ditemui kumpulan kuman yang beragam.


Berbagai sumber yang dapat dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikroba. Liurnya bersih dan membersihkan.


Komentar para doktor yang bergelut dalam bidang kuman

Menurut Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Rumah Sakit Hewan Baitharah, jarang sekali ditemui adanya kuman pada lidah kucing. Jika kuman itu ada, maka kucing itu akan sakit. Subhanallaah !

Dr. Gen Gustafsirl menemui bahawa kuman yang paling banyak terdapat pada anjing, manusia 1/4 anjing, kucing 1/2 manusia. (Inilah sebabnya jika terkena liur anjing harus dibasuh dengan tanah).


Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Sa’id Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai perangkat pembersih yang bemama lysozyme. Kucing tidak suka air kerana air merupakan tempat yang sangat subur untuk pertumbuhan bakteria, terlebih pada genangan air (lumpur, genangan hujan, dll) Kucing juga sangat menjaga kestabilan kehangatan tubuhnya. Ia tidak banyak berjemur dan tidak dekat-dekat dengan air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor tidak adanya kuman pada tubuh kucing.


Tetapi ketika sebahagian doktor dan percubaan yang telah di lakukan di laboratorium haiwan, ditemui bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan dan Ia lebih bersih dari manusia, banyak dari pembaca situslakalaka yang khuatir adanya Toxoplasma pada kucing, benarkah toxoplasma itu virus? ataukah hanya sekadar parasit yang boleh melekat pada tubuh makhluk yang hidup? 


Perhatikan apa yang diperlihatkan Rasulullah pada sahabatnya berikut ini:


Hadis Kabsyah binti Ka’b bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah, masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhu. Pada masa itu, datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bejana sampai kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah.” Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Ia menjawab, “Ya.” Lalu, Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan),” (HR At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”


Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budaknya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk menyimpanya. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa ada bubur. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing, dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling.” Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhu dari sisa jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).


Subhaanallah!! Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah Saw tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih? Segala sesuatu yang baru ditemukan oleh para ilmuwan semasa ini, ternyata sudah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

17 Oktober 2012

BERKAHWIN DENGAN JIN/BUNIAN (SUMBER MISTIKA)

Soalan: Saya ingin bertanya perihal yang berkaitan dengan bunian. Perkara ini timbul dalam keluarga saya sendiri, iaitu mengenai adik perempuan saya yang berperangai agak aneh. Kami sekeluarga amat musykil apabila beliau menolak pinangan orang, sebaliknya mengaku sudah berkahwin dengan makhluk halus atau bunian.

1. Soalan saya, apakah perkahwinan antara manusia dengan jin boleh berlaku?
2. Apakah hukumnya perkahwinan tersebut, sah atau tidak dari sisi Islam?

Jawapan 1

Puan, perkahwinan dalam erti kata yang kita fahami hari ini, tidur bersama selepas perkahwinan yang sah, memang berlaku di antara manusia dengan manusia sahaja seperti yang disebut oleh Allah S.W.T dalam Surah ar-Rum, ayat 21 (mahfumnya): "Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, dijadikan bagi kamu (manusia) untuk pasanganmu dari jenis kamu juga (manusia), supaya kamu mendapat ketenangan dengannya dan dianugerahkan kepada kamu kasih sayang dan rahmat dari Allah S.w.T." Ayat ini menjelaskan bahawa pasangan hidup manusia dalam rumahtangga yang dirahmati Allah, adalah di antara manusia dengan manusia.

Mengenai dakwaan adik puan yang menyatakan bahawa dia telah berkahwin dengan jin. Pada saya hal ini memang boleh berlaku pada suatu kemungkinan (possibility). Dalam sejarah sebagai contoh, berlaku kisah Puteri Balqis, Raja Perempuan di negeri Saba' (Yaman). Ada pendapat yang mengatakan bahawa, salah seorang daripada ibu bapanya adalah jin. Sama ada bapanya jin, ibunya manusia atau sebaliknya.

Hal ini saya dapati ada tercatat dalam Tafsir al-Qurtubi, juzuk yang kesepuluh halaman 289, ketika membuat tafsiran kepada Surah al-Isra' ayat 64, yang menyebut firman Allah bahawasanya jin akan berusaha keras memperdayakan manusia untuk menderhaka kepada Allah dengan berbagai-bagai cara.

Mereka menggunakan seni suara (nyanyian), tentera-tentera mereka digunakan, sehingga boleh bermusyarakah bersama untuk mendapatkan harta benda dan anak-anak milik bersama manusia hasil perkongsian dengan makhluk-makhluk halus ini. Disebut di antaranya, berlakulah perkahwinan tadi (ibu bapa Puteri Balqis).

Dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh Aishah r.ha, Nabi pernah bersabda yang bermaksud, "Bahawasanya ada kalangan manusia ini yang akan menjadi mugharribeen, maka Aishah bertanya Nabi maksud mugharribuun itu? Maka Nabi bersabda yang bermaksud ialah mereka-mereka yang telah bermusyarakah dalam kehidupan rumahtangga dengan jin."

Daripada rujukan ini menunjukkan bahawasanya ada kemungkinan manusia itu mengahwini jin sama seperti apa yang didakwakan. Kerana makhluk ini, seperti disebut dalam beberapa hadis, mereka boleh menyerupai dengan rupa-rupa yang diizinkan Allah kepada mereka menyerupainya. Tetapi dalam keadaan-keadaan yang amat sempit atau peluang yang mereka ada amat terhad, demi menjaga kemaslahatan anak Adam tidak terdedah dengan luas untuk ditanggung oleh makhluk-makhluk halus.

Penjelmaan mereka menjadi makhluk seperti manusia, disabitkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, iaitu kejadian pencurian harta zakat yang dikawal selia oleh Abu Hurairah, sehingga Abu Hurairah boleh menangkapnya dan dibawa kepada Rasulullah s.a.w untuk pendakwaan. Walaupun akhirnya jin tersebut dilepaskan tetapi Nabi telah menyatakan bahawasanya yang mencuri itu adalah syaitan.

Disabitkan juga bahawa penjelmaan jin itu wujud dalam bentuk yang jelas menyerupai manusia dalam peristiwa peperangan Badar seperti yang disebut dalam Surah al-Anfaal ayat 87 (mahfumnya):

"Dan ketika dihiasi oleh syaitan kepada mereka, tentera Islam dengan katanya kepada mereka, kamu tidak dikalahkan oleh musuhmu oleh manusia dan saya adalah jiran kepada kamu yang akan membantu dalam peperangan ini. Maka apabila kedua-dua kumpulan (Islam dengan Kafir Jahilliyah) bersemuka untuk peperangan yang berjanji untuk menolong mereka orang-orang kuffar itu telah cabut lari mengatakan saya tidak lagi boleh bersama-sama dengan kamu kerana saya dapat melihat apa yang kamu tidak boleh lihat dan saya sesungguhnya amat takut kepada Allah dan Allah itu amat dahsyat keseksaan-Nya".

Ayat ini merujuk kepada adanya kepada satu makhluk yang menjelma sebagai manusia kununnya untuk membantu askar-askar musuh (kuffar) menentang Islam dan sabit bahawa makhluk itu bukan manusia, tetapi jelas mereka adalah syaitan.

Dengan demikian, jelaslah bahawasanya syaitan ini boleh menyerupai manusia dan dengan sendirinya boleh menjadi suami atau isteri kepada manusia.

Jawapan 2

Hukumnya adalah jelas, jumhurnya ulama sudah berijma' bahawa hukumnya (mengahwini jin) tidak sah! Tidak boleh perkahwinan manusia dengan jin dilakukan. Melainkan ada seorang ulama yang bernama Qamuli yang menyatakan perkahwinan tersebut boleh.

Namun saya berpegang kepada pandangan jumhur ulama bahawa hukum perkahwinan tersebut adalah tidak sah, kerana ianya menyalahi dengan ayat Surah ar-Rum yang disebut di atas. Perkahwinan antara manusia dengan jin tidak akan melahirkan ketenangan, kebahagiaan ataupun mendapat rahmat Allah SWT.

Perkahwinan yang tidak sah pada hukum syarak tidak mungkin dirahmati Allah dan tidak mendapat restu Allah. Tidak mungkin kebahagian dan ketenangan berlaku! Kita dapat merasakan jika berlaku suatu krisis rumahtangga dengan mereka (golongan jin), bagaimana rumahtangga boleh aman daripada gangguan mereka?

Malahan anak-anak yang mungkin lahir dari hubungan itu, akan menjadikan masalah kepada manusia, mereka tidak boleh bergaul dalam alam manusia dengan sanak saudara. Jika berlaku pula masalah dengan anak-anak jiran, maka ianya akan mengundang berbagai kecelakaan. Nasihat saya kepada keluarga puan, hindarilah hal-hal ini daripada berlaku. Wallahu a'lam.

40 KEISTIMEWAAN WANITA - MENURUT ISLAM

Seadainya ada wanita yang mengeluh kerana terpaksa mengandung selama 9 bulan 10 hari yg tak menyelesakan dan berfikir alangkah baiknya menjadi lelaki, maka fikirkan semula selepas anda membaca fakta2 yang dikutip dari hadis dan al-quran dibawah...


1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan tuhannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya
, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
21. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 lelaki yang jahat.
22. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
23. Wanita yang memberi minum air susu ibu kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
24. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
25. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
26. Wanita yang meredhai suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
29. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya.
30. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
31. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
32. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
33. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
34. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
35. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
37. Jika wanita memicit/massage suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 ketul emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 ketul perak.
38. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
39. Jika suami mengajarkan isterinya satu ilmu dan wanita tersebut mengerjakannya maka dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.40. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign