16 Mei 2012

Ruas 'RAJA' Bertemu Muka 'PERMAISURI'





Bismillahirrohmannirohim...



Dengan izin Allah SWT aku menulis warkah ini dari lubuk hatiku yang terdalam. Mengeluh panjang yang tak sudah aku kali ini apabila sekali lagi aku terkena permainan kotor dunia dari insan yang aku mula percaya luhur dan telus terhadap ku. Mungkin kelemahanku untuk mempercayai seseorang insan tanpa meninggalkan syak atau kebarangkalian yang negatif apabila lahirnya hati yang ikhlas menjadikan mereka ini sebagai'sabahat'..



Telah lama aku sedar bahawa dunia ini penuh dengan permainan dan dari kebijaksanaan kita untuk melihat, mendengar dan melangkah yang mana lebih baik atau terbaik kita lakukan dari setiap utaian perbuatan yang ingin kita lakukan. Ya Allah, padaMu jua aku berserah, padaMu jua aku berharap dan padaMu jua akubermohon agar segalanya balik kepada jalan yang benar dan jatuh dikedudukan yang betul.



Sesekali terlintas di benakku seperti diatur dalam satu permaian catur yang tidak bebas bergerak untuk merebut tempat bagi mendapatkan hak yang sepatutnya dalam genggamankusedangkan semua strategi telah aku rencanakan dengan baikseadilnya dalam undang-undang disetiap permainan. Namun, kerana keikhlasan dan keluhuran untuk mempercayai setiap permainan itu tertakluk kepada undang-undang, aku terlepas melihat di mana silapnya sehingga sebahagian askar-askar ku telah hilang. Tapi tak pengapa, kerana setiap pergerakan dan langkah itu mempunyai kesan-kesan dan bukti-bukti yang boleh dijadikan bekalan untuk membuat siraja mati di tengah perjalanannya.



Mungkin aku terlepas perhatian tapi aku tak akan terlepas dari kerugian. Aku ingin raja itu tau bahawa permaianan ini adalah catur kehidupan yang mana biasanya si raja akan mati apabila bertempur dengan permaisuri. Ketahuilah wahai raja, bahawa langkahmu amat singkat jika dibandingkan dengan kebesaran watak permaisuri. Ingatlah ! langkah seribu bunga yang dikau cuba kemaskan bakal dikusutkan dengan permainkan kotormu sendiri. Mungkin sebelum ini, kau tidak pernah melihat kerajaan permaisuri yang agung memerintah taktah sehingga kau mula naik kepala dan lupa pada asal usulmu lalu kau cuba untukmenyelewengkan dunia sekali lagi.



Aku terlupa sepekara bahawa insan itu sanggup dan pernah menjatuhkan nama dan maruah keluarganya sendiri yang aku percaya dia lakukan demi untuk menjamin keutamaan kepentingan dirinya. Bahkan, mengapa aku tidak pernah membuka mataku untuk melihat semua itu sehingga aku pula yang menjadi mangsa tuduhan omong kosong, delusi, dan menjadi papan lontaran anak panah yang tidak berarah itu. Mengapa aku mesti menutup telingaku dan cuba untuk mengaku yang selama ini aku telah diberi amaran dari setiap genap lidah yang mengungkapkannya padahal mereka juga pernah menjadi mangsa pukulan belakang mata parang dari insan lahap itu. Ya Allah, betapa daifnya aku. Benarlah kata-kata dari pendita agama bahawa'disaat semua pancaindera telah tertutup cuma satu rongga yang masih terbuka iaitu hidayah daripada Allah SWT'.



Namun tidak ada yang pernah menjadi 'lewat' jika kita berani mengatur langkah untuk menghapuskan segala kekusutan jala permaianan ini, kekotoran najis dipermukaan air, dan himpunan sampah ditengah kota raya ini. Aku percaya pada Tuhanku, aku berserah kepadaNya untuk memberikan aku peluang dan ruang agar aku boleh membuktikan bahawa semua ini adalah dusta, nista, aniaya dan tipu daya. Aku percaya pada setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya, setiap persoalan ini pasti ada jawapannya dan setiap kesakitan ini pasti ada penawarnya. Aku berserah sebagai insan yang teraniaya kerana Allah SWTtelah berjanji seperti sabda Rasulullah bahawa 'Allah swt mengangkat doa orang-orang yang teraniaya' Aku redhakan apa saja yang berlaku ke atasku kerana aku percaya tiada yang lebih besar dan agung dari pembalasan Allah SWT



Kita tunggu dan lihat, aku tidak akan menyerah kalah kerana aku telah diundang bertempur disatu peperangan yang aku tidak tau mulanya daripada mana. Aku tersedar apabila dengan beraninya dia menikamku daripada belakang dan cuba untuk merampas apa yang sepatutnya menjadi milikku. Biasalah, hanya itu saja tindakan yang mampu dilakukan oleh insan pengecut sepertinya kerana dia tidak dapat memiliki keistimewaan setimpal dengan harga dirinya. Sedangkan setahu aku, aku telah memberinya peluang untuk bernafas, merasa tenteram, damai bahkan boleh menjadikanmimpinya kenyataan dan membangkitkan dia dari mimpi ngerinya sendiri.





Kesian melihatnya... menyatakan, merasakan dan membutakan orang dengan 'Keistimewaan' serta 'kesenangan' palsu yang dimilikinya kini. Aku mau lihat, sejauh mana dia boleh berlari kegarisan penamat sedangkan nafasnya tidak panjang untuk bertahan lagi, sepintar mana dia memainkan watak dari arahan lakonannya sendiri dan sedalam mana dia boleh menanam benih muslihatnya. Aku persilakan diatas semuanya sekalipun nyawaku telah menjadi ugutannya.



Akhir kataku, tidak ada sesuatu yang jahat itu kekal pada tempatnya kerana agama telah mengiktirafkan agar kita tau meletakkan sesuatu pada tempat, landasan, dan keadaan yang betul jika kita hidup bukan sebagai insan yang DAYUS !Wallahua’lam...
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign