25 Julai 2012

BUKA FIKIRAN GENARASI MUDA




saya ingin share sedikit ? buka minda apabila membaca . selamat membaca .

Cer pikir .. cer pikir perkara yang cukup pelik , generasi muda amat  meminati
      artis Jepun dan Korea , Sedangkan generasi TUA dahulu cukup benci dengan
bangsa ini yang
menjajah , membuli , menyiksa dan merogol
di Tanah Melayu



Jangan marah ye…saya nak kongsi sedikit cerita orang tua-tua….semasa saya berada di bangku sekolah lagi saya sudah mendengar pelbagai vcerita kezaliman Jepun dan tentera bantuan daripada Korea yang banyak melakukan keganasan terhadap penduduk dia Asia Tenggara ini terutamanya di Tanah Melayu.




Kalau kita dengar cerita daripada orang tua-tua……dan orang veteran yang pernah hidup di zaman pemerintahan Jepun pasti kita akan mendengar cerita ngeri…sedih….pedih yang penuh dengan penderitaan….




Arwah datuk saya adalah seorang yang pernah hidup dizaman perang dunia kedua ini.Beliau ketika itu sudah muda belia dan dewasa.Beliau cukup mengtingati setiap detik yang beliau alami semasa pemerintahan Jepun.Bagi beliau cerita orang kampung berbangsa Melayu kita yang diheret…dipaksa minum air sabun hingga perut menjadi buncit…kemudiannya dipijak perut..sehingga air sabun keluar dari setiap rongga yang berlubang…ikut mulut… hidung……. telinga…..




Begitu juga yang ditampar oleh Jepun….dipukul….diterajang…….kaum wanita tak berani keluar….teringat pula cerita arwah opah yang mengatakan mana-mana perempuan yang lawa…terpaksa menyorok…..sapu arang…di seluruh badan…sehingga kulit menjadi gelap….kalau tak nanti kena tangkap dengan Jepun dibawa ke kem dan markas mereka dirogol beramai-ramai…..Allahuakbar ngerinya kita dengar…dan semasa itu membuak-buak kebenciam kita terhadap askar Nippon….yang jahat dan ganas ini.




Arwah opah dan tok cerita lagi…hidup masa tu susah…..makanan takde… beras jepun rampas untuk kegunaan askar mereka….kalau ada sikit sangat…buatkan kanji…..makan sekeluarga……makanan utama ialah ubi kayu…..sampai perut pun buncit..masuk angin……seksa dibuat mereka.




Kata arwah tok zaman tu ….talibarut Jepun cukup ramai…..kalau kita bermusuh dengan talibarut ni….mereka akan buat fitnah….lalu pegawai jepun dengan askar Korea yang bengis akan dating tangkap kita…..ikat….diseret …kalau siang…sianglah kita kena heret….kalau tengah malam…tengah malamlah kita kena heret…….dibawa ke ibu pejabat Jepun….lalu disoal siasat dengan cara didera fizikal….sampai yang tak salah pun terpaksa mengaku bersalah….akhirnya kena hukuman yang orang Melayu India dan cina paling takut iaitulah dipancung kepala.




“Mau lawan sama Nippon…Hae…..manyak jhahat…hae…potong kapara…..potong kapara….!!!(potong kepala)




Begitulah susahnya dan deritanya…..nenek moyang kita zaman tu…..dan perasaan benci membuak-buak di hati mereka yang pernah dianiayai oleh dua bangsa ni……tetapi sekarang ni kita rasa pelik apabila…dua bangsa inilah yang menjadi sanjungan dan ikutan remaja kita.




Dengan gaya rambut…artis korea dan jepun…dengan gaya pemakaian mereka…..dengan gaya nyanyian dan lagu mereka yang kita pun tak faham….terlonjak-lonjak remaja kita menari mengikut artis kesayangan mereka…..dari korea dan jepun……




Suri rumah pula suka melihat dan mengikuti dengan setianya cerita dan drama korea………sehingga ada yang terlupa nak memasak.




Heran…heran.heran.mungkin benar kata Tun Dr. Mahathir Muhammad “Melayu mudah lupa”
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign