28 Julai 2012

Seram Kemayan City Mall

KEMAYAN CITY MALL




KEMAYAN CITY MALL adalah salah satu tempat 7 paling seram di Malaysia . Kemayan city mall berada di Johor Bahru .Kemayan City adalah sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998 . Hampir 15 tahun shopping mall ini terbengkalai dan tiada berpenghuni , mgkin penghuni Jin kot rasaNya atau mungkin Mat gian atau Mat Nagih(dadah) . Saya Pernah duduk di JB , di Kawasan Tampoi dan Rumah di Jb itu Milik arwah Datuk saya dan saya Selalu tengok Kemayan City Mall , Ye lah Mall tu kan dkat-dkat dgn kampung saya , jadi saya selalu tengok , dan saya tak heran untuk melihatnya .Tak pe lah , kita teruskan apa Misterinya KEMAYAN CITY MALL .

Ibu saudara saya pernah menceritakan tentang Misteri Mall itu , Biasannya orang bakal terkena dengan Gangguan Misteri itu , Orang singapore mahupun orang yang tidak tahu tentang Mall itu .Saya menceritakan apa yg ibu saudara saya menceritakkan tentang misteri itu . Pada satu hari tu ,ada sekeluarga Singapore datang Ke Jb untuk menziarahi rumah kawannya , rumah kawannya itu di Skudai . jadi sekeluarga itu akan melalui Jalan raya depan City Mall itu . Kemudian sekeluarga itu terpandang Shopping Mall yang Besar dan lawa . Kemudian , sekeluarga itu mengambil keputusan untuk jalan2 ke dalam shopping Mall itu ... Dengan Perasan Excited dalam diri mereka , mereka pon belanja dengan hati yang gembira . sesudah belanja mereka terus ke rumah kawan mereka itu . kemudian , kawannya bertanya kepada orang singapore itu 'kau dari mana' ?
orang singapore itu menjawab dengan perasan excited , dia katakan yang dia dri Shopping Mall yg brnama KEMAYAN CITY MALL . Alangkah terkejutNya apabila kawannya mendergar perkataan yg dikeluarkan oleh orang singapore itu .kemudian , kawannya menceritakkan hal sebenar tentang Mall itu kepada orang singapore itu yg mngatakan Shopping Mall itu sudah terbengkalai hampir 15 tahun .Mood gembira bertukar suram , ada 1000 persoalan yg bermain di fkiran sekeluarga itu .Orang singapore itu mengambil keputusan untuk ke Mall itu , setelah sampai ke dalam mall itu . alangkah terkejutnya duit yg dibayar di counter itu ada di atas meja counter itu , mereka bergegas ke kereta dan terus buka bonet alangkah terkejut barang yang dibeli oleh mereka bertukar menjadi daun kering . Sejak dari itu ,mereka trauma dengan perasaan takut dan seram.



CERITA KEDUA.


JOHOR BAHRU: Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja. 


Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandar raya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura. 


Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998. 


Kejadian menyeramkan di pusat beli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga rakyat Singapura dari kawasan perumahan di Woodland pada Jun tahun lalu. 


Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam pada satu malam, ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka . 


Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandar raya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai. 


Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran. 


Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal. 


Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura. 


Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan. 


Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ. 


Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang. 


Pengalaman yang ditempuhi keluarga terbabit diceritakan sendiri mangsa kepada pegawai di Unit Falaq Syarie Jabatan Mufti Johor, Hanafiah Abdul Razak. 


Menurut Hanafiah, beliau dihampiri mangsa ketika menyampaikan kuliah agama bulanan di kawasan perumahan berkenaan, beberapa hari selepas kejadian menyeramkan itu. 


“Lelaki itu sering mengikuti kuliah agama saya dan pada satu hari dia bertanyakan kepada saya apakah yang berlaku di Kemayan City kerana ada ahli keluarganya mendakwa berbelanja di pusat beli-belah itu. 


“Namun, semua barangan dibeli itu termasuk pakaian, didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik dianggap pelik dan menyeramkan itu,” katanya. Menurut Hanafiah, beliau turut pernah diajukan soalan yang meminta penjelasan berhubung alam ghaib oleh orang ramai yang mengikuti kuliah agamanya di negara republik itu, terutama berkaitan kejadian aneh di Kemayan City. 


“Dari segi pandangan Islam, kejadian dialami segelintir pihak di bangunan terbengkalai itu angkara syaitan yang sentiasa mencari jalan untuk memperdaya dan menyesatkan umat Nabi Adam. 


“Imam An-Nawawi dalam kitab Al-Adzkar menerangkan beberapa jenis syaitan termasuk bernama Zalanbur berkeliaran di bandar untuk melalai dan melekakan manusia termasuk mendalangi kejadian individu yang pernah tersesat ke bangunan terbengkalai Kemayan City itu,” katanya. Katanya, dalam hadis yang diriwayatkan Imam Ahmad ada menerangkan bahawa rumah atau bangunan yang dibiarkan kosong dan kotor untuk satu tempoh lama akan menjadi kediaman syaitan kerana lumrah makhluk yang dilaknat Allah itu menyukai benda kotor dan busuk. 


“Namun, umat manusia amat bertuah kerana dikurniakan hadiah yang tidak ternilai oleh Allah iaitu al-Quran mengandungi ayat yang boleh dijadikan pendinding dari diganggu mahkluk halus seperti jin dan syaitan iaitu ayat Kursi,” katanya. 


Member aku penah cita gak..kat highway nak ke Pantai Timur..Kelantan ..ada satu tempat tu , kalau ke sana waktu malam , tidak digalakkan sama sekali berenti untuk makan dikawasan hutan..Sebab ada kes dimana satu keluarga tu berenti di sebuah kedai makan yang ramai orang ...Bila dia dalam perjalanan pulang , dia lalu tempat yang sama , kedai tu rupanya dah buruk giler !! Ada lagi bekas makanan yang dia makan...Cuba bayangkan , dia makan mee goreng pada malam tu...saki baki mee goreng tu masih ada tapi bukan mee goreng....Cuba la teka apa dia ?? hehhe 







ini lah gambar KEMAYAN CITY MALL yang menjadi misteri tanda tanya dan 1000 persoalan .













Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign