23 Jun 2013

URUTAN BADAN + RAWATAN REFLEKSOLOGI

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan kita apa bila bekerja, belajar dan dalam mejalani kehidupan seharian. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.


Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman .

Definisi urutan atau terapi urutan adalah satu tindakan untuk merawat tubuh badan dengan mengusap, menggosok atau seumpamanya dengannya, untuk merangsang pengaliran atau meredakan tekanan.Terapi urutan dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran dan flexibiliti.


Juruterapi urutan pada kebiasaannya menggunakan tapak tangan, ibu jari, jari, siku, knuckle dan kadangkala kaki untuk memberikan tekanan pada otot pada tempat-tempat yang sesuai.Apabila diamalkan secara betul, urutan dapat mempercepatkan proses penyembuhan otot yang cedera iaitu dengan meningkatkan bekalan oksigen kepada otot yang rosak itu.


Refleksologi merupakan urut tapak kaki iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda .

Kelebihan Refleksologi

• Melancarkan pengaliran darah
• Meningkatkan daya tahan individu
• Mengurangkan risiko tulang reput
• Menyeimbangkan kedudukan badan
• Melancarkan pergerakan
• Menguatkan otot kaki
• Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
• Menguatkan tulang dan pinggul
• Mengurangkan risiko sakit sendi
• Mengurangkan rasa letih
• Mengelak risiko sembelit
• Mengurangkan masalah usus
• Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
• Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Refleksologi Tangan


Faham dan Teliti





MEMPELAJARI URUTAN REFLEKSOLOGI

Ingin mempelajari Urutan Refleksologi bukan satu paksaan buat saya , tapi kehendak dan keperluan buat saya untuk mempelajari ilmu tradisi Orang Melayu , ramai yang salah anggap bahawa Urutan Reflek kononnya berasal daripada Negara China mahupun negara Eropah  .
Tok guru saya menceritakan satu peristiwa antara beliau dengan gurunnya ,Ramai yang hadir ingin mempelajari ilmu patahkan tulang orang ( Silat ) sehinggakan borang diisi mencakar langit . Tapi untuk memulihkan orang patah tulang , siapa nak baik kan ? sehingga tiada seorang pun ingin mempelajari kecuali guru saya "( ade sebab tiba-tiba dia nak belajar , rasannya tak perlu diceritakan ) 

Sehingga ramai pelesuk dunia tahu bahawa Urutan Reflek bukannya berasal daripada orang melayu , tapi menganggap ia datang dari negara China dan sebagainnya . Orang  Asing cuba mempelajari ilmu orang melayu , tapi bangsa Melayu bagaimana ? Contohnya Persilatan ( buat muka terkejut pulak ) kenapa terkejut ? Orang Eropah mempelajari Silat sehingga masuk Pertandingan Peringkat Antrabangsa , Tapi adakah  Bangsa Melayu semua mempelajari Warisan Seni Mempertahankan Diri yang ada pada bangsa mereka ( Tidak !!! ) mungkin hanya 50% daripada bangsa Melayu mempelajarinnya , dimanakan 50% lagi ? ( Of Coz lah Enjoy , Clubbing , Penagih Dadah , Sosial dan sebagainya ) Ini hanya purata kasar jee ( Awat serius je muka tu ) 


Perasaan saya amat gembira kerana dapat lagi mewarisi urutan Melayu , kenapa perlu saya mempelajari Urutan Reflek ( Tanya sendiri jawab sendiri ) kerana Urutan Refleksologi adalah ilmu Urutan Kaki , di mana setiap point di kaki ada masalah tersendiri ( Jika kita memiliki sesuatu penyakit )  Contohnya " Sembelit dan sukar buang air besar dimana proses pembuangan dari dubur amat sukar  , faktor menyebabkan Sembelit dan sukar buang air besar kerana kurang pengambilan makan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan . selain itu , punca sebenar terjadi kerana  usus yang mengembang dan mengecut tidak seimbang dan ia dikawal oleh sistem saraf tak terkawal . Jadi , dengan Urutan Reflek di tempat point-point tertentu akan Melancarkan Pengairan darah , Melancarkan pergerakkan , Mengelakkan risiko sembelit , Mengurangkan masalah Usus dan sebagainya .


Ini adalah hari terakhir dimana saya di-Ijazah oleh guru saya . 


Proses dimana ingin membuat minyak urut
Ini adalah Proses celup minyak panas . Dimana minyak ini masak hampir 4-5 jam so , bayangkan adakah mnyak ini boleh melecur di tangan saya ? Alhamdulillah dengan izin ALLAH tangan saya tidak melecur 
Proses gotong-royong selepas masak minyak 


18 Jun 2013

E-DAY & OUTDOOR

Ni adalah video Engagement yang telah saya hasilkan . Video ini adalah Hadiah untuk my sister , walaupun nampak tidak berharga tapi , ia mmberikan 1000 kenangan manis . 100% adalah ciptaan sepenuhnya daripada saya . Jom kita tonton video ni  . Harap anda suka :) 


video

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan peperiksaan (Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM) dan ujian anak mereka secara online melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS). Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar, lantas memudahkan ibubapa untuk memantau prestasi akademik anak masing-masing.

SAPS hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Peralihan dan Tingkatan 2 dan ke atas.


Sila ikuti langkah-langkah di bawah: 
Pergi ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa untuk ke menu utama.

  1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
  2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:
  1. Pilih jenis peperiksaan ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, UPSR, PMR, dan SPM dan sebagainya.
  2. Kemudian klik Papar Slip Keputusan atau untuk paparan yang lebih terperinci, klik Papar Markah Peperiksaan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign