23 Jun 2013

MEMPELAJARI URUTAN REFLEKSOLOGI

Ingin mempelajari Urutan Refleksologi bukan satu paksaan buat saya , tapi kehendak dan keperluan buat saya untuk mempelajari ilmu tradisi Orang Melayu , ramai yang salah anggap bahawa Urutan Reflek kononnya berasal daripada Negara China mahupun negara Eropah  .
Tok guru saya menceritakan satu peristiwa antara beliau dengan gurunnya ,Ramai yang hadir ingin mempelajari ilmu patahkan tulang orang ( Silat ) sehinggakan borang diisi mencakar langit . Tapi untuk memulihkan orang patah tulang , siapa nak baik kan ? sehingga tiada seorang pun ingin mempelajari kecuali guru saya "( ade sebab tiba-tiba dia nak belajar , rasannya tak perlu diceritakan ) 

Sehingga ramai pelesuk dunia tahu bahawa Urutan Reflek bukannya berasal daripada orang melayu , tapi menganggap ia datang dari negara China dan sebagainnya . Orang  Asing cuba mempelajari ilmu orang melayu , tapi bangsa Melayu bagaimana ? Contohnya Persilatan ( buat muka terkejut pulak ) kenapa terkejut ? Orang Eropah mempelajari Silat sehingga masuk Pertandingan Peringkat Antrabangsa , Tapi adakah  Bangsa Melayu semua mempelajari Warisan Seni Mempertahankan Diri yang ada pada bangsa mereka ( Tidak !!! ) mungkin hanya 50% daripada bangsa Melayu mempelajarinnya , dimanakan 50% lagi ? ( Of Coz lah Enjoy , Clubbing , Penagih Dadah , Sosial dan sebagainya ) Ini hanya purata kasar jee ( Awat serius je muka tu ) 


Perasaan saya amat gembira kerana dapat lagi mewarisi urutan Melayu , kenapa perlu saya mempelajari Urutan Reflek ( Tanya sendiri jawab sendiri ) kerana Urutan Refleksologi adalah ilmu Urutan Kaki , di mana setiap point di kaki ada masalah tersendiri ( Jika kita memiliki sesuatu penyakit )  Contohnya " Sembelit dan sukar buang air besar dimana proses pembuangan dari dubur amat sukar  , faktor menyebabkan Sembelit dan sukar buang air besar kerana kurang pengambilan makan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan . selain itu , punca sebenar terjadi kerana  usus yang mengembang dan mengecut tidak seimbang dan ia dikawal oleh sistem saraf tak terkawal . Jadi , dengan Urutan Reflek di tempat point-point tertentu akan Melancarkan Pengairan darah , Melancarkan pergerakkan , Mengelakkan risiko sembelit , Mengurangkan masalah Usus dan sebagainya .


Ini adalah hari terakhir dimana saya di-Ijazah oleh guru saya . 


Proses dimana ingin membuat minyak urut
Ini adalah Proses celup minyak panas . Dimana minyak ini masak hampir 4-5 jam so , bayangkan adakah mnyak ini boleh melecur di tangan saya ? Alhamdulillah dengan izin ALLAH tangan saya tidak melecur 
Proses gotong-royong selepas masak minyak 


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign