23 Jun 2013

URUTAN BADAN + RAWATAN REFLEKSOLOGI

TEKANAN sering kali dialami kebanyakan kita apa bila bekerja, belajar dan dalam mejalani kehidupan seharian. Beban di tempat kerja yang tiada kesudahan menyebabkan mereka mudah sakit kepala, badan terasa lesu dan cepat marah.


Saban hari mereka berkerja hingga kadang kala melebihi 12 jam daripada waktu bekerja dan tentunya membuatkan tubuh badan letih serta lemah. Lebih merumitkan lagi sikap kita sendiri yang tidak mengambil berat faktor senaman .

Definisi urutan atau terapi urutan adalah satu tindakan untuk merawat tubuh badan dengan mengusap, menggosok atau seumpamanya dengannya, untuk merangsang pengaliran atau meredakan tekanan.Terapi urutan dapat memanipulasi tisu-tisu lembut pada tubuh untuk meredakan ketegangan otot dan kesakitan dengan meningkatkan pengaliran dan flexibiliti.


Juruterapi urutan pada kebiasaannya menggunakan tapak tangan, ibu jari, jari, siku, knuckle dan kadangkala kaki untuk memberikan tekanan pada otot pada tempat-tempat yang sesuai.Apabila diamalkan secara betul, urutan dapat mempercepatkan proses penyembuhan otot yang cedera iaitu dengan meningkatkan bekalan oksigen kepada otot yang rosak itu.


Refleksologi merupakan urut tapak kaki iaitu mengurut titik refleksi yang terdapat di sekitar tapak kaki pesakit. Antara keistimewaan pengubatan secara urut refleksi ni adalah ia selamat dan mudah cuma rasa sakit sedikit semasa diurut. Rasa sakit merupakan penunjuk kepada masalah kesihatan tubuh badan anda .

Kelebihan Refleksologi

• Melancarkan pengaliran darah
• Meningkatkan daya tahan individu
• Mengurangkan risiko tulang reput
• Menyeimbangkan kedudukan badan
• Melancarkan pergerakan
• Menguatkan otot kaki
• Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
• Menguatkan tulang dan pinggul
• Mengurangkan risiko sakit sendi
• Mengurangkan rasa letih
• Mengelak risiko sembelit
• Mengurangkan masalah usus
• Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
• Kaki adalah anggota yang sangat kompleks, mempunyai 26 tulang, 57 sendi, 107 ligamen dan 19 otot. Jika berlaku sebarang kemalangan sehingga mencederakan tulang, sendi dan ligamen kaki, ia mampu memberi komplikasi kesihatan tubuh antaranya rasa lenguh pada lutut, tegang pada bahu dan masalah buang air besar. Malah, amalan dulu kala, wanita dalam pantang dinasihatkan supaya menjaga ibu jari kaki bagi mengelakkan berlaku tumpah darah.

Refleksologi Tangan


Faham dan Teliti





Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign