29 Disember 2013

Siapa Sebenarnya Na'A'Bella ?



Assalamualaikum & selamat malam. Beberapa hari lepas, Ben Ashaari kongsikan gambar diatas ni di FB nya yang membuatkan ramai orang 'pecah perut'. Prank tutorial mengenakan hijab ni betul-betul mengeletek hati aku , mungkin disebabkan gaya bahasa yang digunakan. Tertanya tanya juga, apalah objek yang dipasang ditudung dalam gambar terakhir tu kan?

Tapi dalam gelak-gelak, timbul satu pertanyaan dalam diri aku. Keliru dengan jantina Na'A'Bella ni, sebab wajahnya dan badannya macam lelaki sikit. Jadi aku pun google lah 

nama Na'A'Bella ni, dan rupanya inilah wajah sebenar beliau ..


Haa.. Terkejut tak korang.. Na'A'Bella ni sebenarnya lelaki, & dikenali sebagai Faiz Dickie. Patutlah semacam je muka beliau dalam tutorial bertudung tu.. Adoilah..


Faiz Dickie ni sebenarnya berkarya dengan sindiran. Itu yang Zam baca dari INFO ini. Apapun, kemunculan beliau ni memberikan kelainan dalam kemeriahan prank di laman sosial.. Serius lawak!

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign