19 Disember 2013

TANDA LELAKI SETIA



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dalam menerima cinta pastinya hati kita terdetik suatu perasaan yang kurang enak dalam beberapa perkara. Tidak dinafikan wanita sangat risau andai bertemu dengan lelaki yang dikhuatiri tidak setia dalam percintaan dan meremukkan hati mereka.
Bagaimanakah untuk kita ketahui lelaki itu setia atau tidak? Mari Kasih Suci senaraikan beberapa perkara yang boleh kita lihat dalam menilai lelaki..


1.Apabila menyintai sepenuh hati dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara untuk kekasihnya dengan rela dan bukannya terpaksa. Andai dia tidak menyintai dan tidak setia mustahil dia mahu melakukannya.

2.Dia kadang kala mengongkong kamu kerana cemburu dan ingin kamu terus menjadi milik dia selamanya

3.Dia sentiasa berusaha menghiburkan kamu hanya kerana ingin melihat kamu bahagia dan gembira bersamanya

4.Dia tidak senang andai ada lelaki yang mendekati kekasihnya

5.Dia kadang kala minta dimanja dan sering merajuk minta dimanja dan diberi perhatian. Segalanya kamu dalam hidupnya kini.

6.Dia sentiasa memastikan keselamatan kamu

7.Dia tidak akan memuji dan terpukau dengan wanita lain selain kamu dan kamu selamanya

8.Dia sentiasa memastikan kamu berada di depannya dalam erti kata lain sentiasa di hatinya

9.Dia sentiasa mahu menjadi kebanggaan kamu. Sentiasa berusaha tampil hebat di depan kamu

10.Dia akan mati akal jika muncul pihak ke tiga merebut kasih kamu. Dia akan memastikan kamu tetap menjadi miliknya

Melihat pelbagai kesungguhan yang dia lakukan kepada kamu pastinya ia menyentuh perasaan. Pastinya itu menampakkan kesungguhan dia dalam merebut cinta dan sayang kamu dan tentunya kesungguhan itu akan membuatkan dia terus setia bersama kamu selamanya.


Akhir Kalam ...

Adakah aku lelaki setia
*setia hujung tanduk ..




BY : Faez Ramly
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign