30 Disember 2014

Jelajah Seorang SUKARELAWAN

                                                     
    As salamulaikum , rasannya dah berabuk blog ni  . Macam mana pun gagahkan diri untuk menulis entry tentang "Jelajah Seorang Sukarelawan" . Alhamdulillah , diberi kesempatan untuk menjadi sukarelawan mangsa banjir di Temerloh , Pahang .

    Ya , mungkin perkataan "Sukarelawan" tidak setanding dengan perkataan "Tentera" , "Bomba" , "Polis" , "Doktor" dan sebagainya . Tapi , semagat kami sebagai sukarelawan hanya dapat rasai bersama sukarelawan yang lain . Ya , kami akui . Kami hanya badan NGO yang mampu menolong mangsa banjir dan mungkin kami hanya sesebuah perkataan "Tidak penting" dalam kalangan masyarakat .

   Terima kasih buat ISMA atau dikenali sebagai Ikatan Muslimin Malaysia . Sebelum ni , aku hanya mengikuti program charity yang tidak seberapa mencabar . Tapi , bila aku mengikuti Sukarelawan mangsa banjir, baru aku tahu perkataan "sukarelawan" itu bukan satu perkataan yang kecil tapi satu perkataan yang banyak memainkan peranan penting .

   Masjid Al-ikhlas seksyen 13 adalah pusat lokasi bagi bantuan didermakan oleh pelbagai pihak . Sebelum berangkat ke Temerloh , buatlah kerja apa yang patut untuk misi seterusnya iaitu bantuan ke Kuala Krai , Kelantan .

    Kumpulan kami diketuai oleh Haji IR. Mohd Khoushaini Mohd Naim serta 7 sukarelawan termasuk aku sendiri . Kami bertolak 4 Petang dari Shah Alam dan sampai jam 9Malam di kawasan penempatan banjir . Sampai saja di kawasan temerloh , kami bertemankan air banjir yang mula menutupi jalan . Alhamdulillah , disambut baik oleh Ustaz nizam  dan ustaz nizam yang akan guide kami semasa di sana .  


  Sambil mata mengilau melihat keadaan banjir hati terpaut dengan kesedihan nasib mangsa banjir . Apa yang aku lihat keadaan di sana manusia bertempiaran menyelamatkan diri , sehinggakan kereta hampir berlanggar kerana perasaan takut . Hati mula terdetik berkata " Adakah aku lihat ini , adalah sebahagian kecil berlakunya hari kiamat , kerna perasaan itu sukar digambarkan"

   Sampai saja di penempatan banjir , kami diberikan bilik untuk meletakkan barang dan disitulah tempat kami bermalam . Jangkaan mula bertukar apabila seorang mangsa banjir meminta selimut dan di datangi sedikit demi sedikit akhirnyaaaa berpuluh-puluh datang meminta makanan untuk dimakan . katannya lapar , aku cuba sedaya upaya untuk menyelami jiwa mereka tetapi aku diketawakan oleh mangsa kerana memberi 2 bungkus biskut setiap orang , katannya "nak makan apa , dengan 2 bungkus nih" . Hati terdetik , kenapa mereka memperkecilkan apa rezeki yang datang kepada mereka . Tapi , aku abaikan kerna aku anggap itu adalah perkara paling kecil sebagai sukarelawan . Orang kata "Mental mesti kuat maaa"




    Jam 12 pagi barulah selesai mengagihkan sebahagian barang didermakan . Kerna barangan seperti Selimut dan lain2 menjadi permintaan . Hasil perbincangan group kami pulang ke Shah Alam mengambil barang keperluan mangsa banjir . Aku tetap menunggu di tempat pusat penempatan dimana bekalan eletrik diputuskan kerana bimbang lintas pintas berlaku .

    Keesokan harinya , 3 orang lagi meninjau ke kewasan banjir . Maka tinggalah aku bersendirian di kawasan penempatan . Hampir 1 jam lebih melayan karenah mangsa banjir yang mahukan keperluan seperti baju , makanan pagi , dan macam2 lagi .

   Misi seterusnya , kami mengagihkan lagi barangan selimut malah kami meninjau kawasan mangsa banjir . Ya , ini pengalaman baru yang tak mungkin orang lain akan dapat rasai .

   
PERBINCANGAN DENGAN PENGERUSI WANITA DI SINI

MASAK TRIP YANG KEDUA

SEBAK HATI , DAN TERUS MENANGKAP GAMBAR INI

PADANG SEKOLAH SEPERTI TASIK

MISI KE TEMPAT TIDUR MANGSA BANJIR

SERONOK MAKCIK NI DAPAT SELIMUT

ANTARA SUKARELAWAN ISMA


     Akhirnya , Kumpulan Sukarelawan ISMA sampai juga membawa bekalan baru . Waktu itu , aku melihat mangsa banjir melihat seperti emas di depan mata .


    
ALHAMDULILLAH , SAMPAI JUGA AKHIRNYA

WALAUPUN HUJAN IA TIDAK MEMATAHKAN SEMAGAT KAMI

"KERJASAMA" AMAT PENTING DALAM BERKUMPULAN

ANTARA SEBAHAGIAN GAMBAR BARU SAMPAI

        Mangsa banjir terus datang meminta selimut , pakaian , modes ( tuala wanita ) , Susu anak dan macam2 lagi . Tapi , kami terpaksa balik ke Shah Alam kerana bimbang Air akan terus mendadak naik . Sukarelawan kami kata mungkin air akan naik untuk beberapa hari dan jangkaan kami tidak akan dapat balik sekirannya lambat pulang . kami terpaksa meninggalkan pusat dengan cepat .

AIR MULA MENDADAK NAIK
      
SIAP SEDIA UNTUK MEREDAH BANJIR
 
BERSALAMAN DENGAN USTAZ NIZAM SEBELUM BEREDAR
  
GAMBAR KAWE PULAK

SENYUM SOKMO
   Akhirnya kereta D-MAX 4x4 hampir separuh kereta tenggelam kerana banjir . Air sangat-sangat deras sehinggakan kami khuatir jika ia hanyut dek arus kerna sungai betul2 bersebelahan tempat kami lalu . Apapun , hati rasa bersyukur kerna dapat merasai sebagai seorang sukarelawan . In shaa allah , jika dizinkan ingin terus menjadi sukarelawan misi seterusnya ...
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign