07 November 2015

JALAN-JALAN CARI PASAL SIRI 7 BY HARRIS DANIEL



Kali pertama join adventure jalan-jalan cari pasal siri 7 by Harris Daniel. Tema Red Riding Hood.  




Make-up by D'feshazz Bridal



Designer by Norman Naim
















Bukan mudah untuk bawa sesuatu watak yang bukan dalam diri kita


*Behind scene







Sedikit demi sedikit untuk dapatkan feel tuh....





Photographer by Harris Daniel




Photographer by Hafyzy Ahmad Dzayarabey



Photographer by Hafyzy Ahmad Dzayarabey



Photographer by Hafyzy Ahmad Dzayarabey




Menghayati sesuatu watak yang bukan pada diri kita bukan mudah. Tetapi kita cuba buat yang terbaik, agar mendapatkan hasil yang sangat terbaik. Proud of them.



06 November 2015

TVC IKLAN - SYUKUR SELALU


Alhamdulillah, kali ni shooting agak commercial. Sebelum nih shooting just kenal pelakon dari drama dan filem. kali ni lebih kenal penyanyi Dayang Nurfaizah dan Black. Selain itu, pengarah dan krew produksi yang sangat the best....

Sebelum mula pengambaran, sedikit info dari pengarah Tvc iklan Syukur selalu.



Behind scene before shooting




Dayang Nur Faizah adalah satu nama besar dalam industri hiburan tempatan. Bukan setakat mempunyai bakat dalam nyanyi, malah suara serak basah membuatkan ramai terpukau. 

Daripada dulu, memang minat gila dengan Dayang. Especially, lagu Di pintu Syurga.. Memang gegar bulu romaa... 

Masa pertama kali berbual dengan Dayang... Perghhh ! suara dia boleh kita ngantuk.. Serak merduu....

Kesimpulan mengenali Dayang memang Awesome ! humble person..




Antara beberapa scene dalam iklan syukur selalu....




05 November 2015

PENGUMUMAN PEMENANG "SUKAA SUKII GIVEAWAY BY SFCT"



Terima kasih kepada semua blogger yang menyertai
 "Sukaa Sukii Giveaway By SFCT"...

Menggunakan khidmat Random.org seramai 13 blogger 
terpilih dalam giveaway by SFCT.

13 blogger yang dipilih oleh Random.org :


6 Poskad Streert Art, Penang by Sally Samsaiman


5) Lily


2 Buah buku novel by Faez Ramly




5 buku note Street Art, Penang by Ct yang menaip




Kepada pemenang yang terpilih, sila beri butiran seperti di bawah :

Url :
Nama :
Alamat :
No H/p :

Whatapps saya 019-2061053 (Faez)


Diucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menjayakan Giveaway ini.



P/s : Maaf atas kelewatan pengumuman pemenang Giveaway by SFCT. 


25 Oktober 2015

5 SEBAB KORANG KENA BELI MINUMAN KAKI REPUBLIK

                                  

Apa itu Kaki Republik ? 

Kaki Republik adalah Perniagaan kecil dari usahawan muda melayu yang terletak di Puchong Perdana berdekatan dengan Kompleks hijau ( tepi jalan ) 

                                      
               


5 Sebab kenapa korang patut beli minuman dari Kaki Republik kerana :

1. Hanya mampu kata "Sedap". Rasanya lebih kurang macam starbucks.

2. "Harga" lebih murah berbanding di luar sana yang tentu harganya melebihi Rm 10 ke atas.

3. Yang penting "Halal". Tentunya korang boleh tengok masa diorang buat..

4. Musim jerebu tentunya buat kita rasa lesu dan tak bermaya, tapi lepas layan "Cappucino dari Kaki Republik" perghh... segarrr....

5. "Support"  Perniagaan anak melayu.



Korang boleh tengokkan, nak beli pun terpaksa beratur. Tentunya sedap, 
kalau tak sedap takde maknanya orang beratur panjang...

Kalau korang tiba-tiba mengindam nak beli, datanglah awal sikit kul 4 ke ? kalau petang takot ramai macam nak amek BR1M pulak.. Hehehe...


                       


Buat masa nih Kaki Republik menawarkan 6 jenis minuman

1. Green Tea
2. Red Tea
3. Mocha
4. Expresso
5. Cappucino
6. Chocolate

Regular Cup - RM 3.00
Giant Cup - Rm 5.00



20 Oktober 2015

KENAPA ANDA PERLU DATANG KE TADOM HILL, BANTING

                                     

"Tak kenal maka tak cinta" kalau dah kenal tentu korang nak datang lagi. 

Sebelum ni, telinga aku asyik tengiang-ngiang tentang Tadom Hill. Apa yang aku tahu, tempat nih menjadi viral di sosial media tentang keindahan dan kejernihan air di sana. 

"Indah khabar dari rupa" membuatkan hati aku berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tidak. Aku buat keputusan untuk pergi ke sana pada Awal Muharam. 

Perjalanan aku dari Puchong mengambil masa dalam 1 Jam untuk kesana. Aku suggestkan korang untuk gunakan waze sebagai penunjuk arah. Jika korang dari puchong, korang boleh lalu highway belakang one city menghala ke KLIA, just follow je signboard KLIA. Bila korang dah jumpa tol di KLIA tuh, dalam 3-5KM korang boleh susur kiri dan exit bulatan masjid.. Lepas tuh korang boleh laa gunakan waze yee.. 

Sekiranya korang gunakan waze, bila 100 meter nak sampai, korang kena hati-hati sikit.. Risau korang terlepas, sebab jalan belum siap sepenuhnya.

Awal Jam 10 pagi aku sampai di Tadom, Banting. Aku terkesima tengok keadaan disana. Memang betol "indah khabar dari rupa". Aku mula pelik dan tertanya, asal suasana krik-krik dan kaunter pendaftaran takde orang dan aku hanya nampak beberapa orang sahaja di cafe tadom. Mata aku hanya melihat beberapa kelompok kumpulan meluru masuk ke dalam. Mungkin kaunter pendaftaran dekat dalam kot. 


                   


Jalan punya jalan nampak orang berbaris punya panjang. Baru aku nampak keindahan di Tadom hill, walaupun belum siap sepenuhnya. Mereka menggunakan konsep Buloh untuk menarik minat pengunjung dan pelancong. Hampir 95 peratus adalah dari Buloh. Fasiliti di sana sangat terbaik. Mereka menyediakan kemudahan seperti Cafe, tandas, bilik mandi, surau dan lain-lain. 

Punyalah lama beratur, sampai giliran aku...

                         

Rupanya muatan masuk ke Tadom Hill seramai 150 Orang. Ko ghase ? Haha.
Mood excited berubah ke muram, yelah punya sesat nak ke sini. Tiba-tiba je "Maaf, tutup". Abang Rela yang baju kuning pekat menasihati agar kami bersabar dan jangan marah dia. Hahaha, padahal tak marah pun, mungkin pengalaman dia kat situ asyik kena marah dengan pengunjung kot.

Atas nasihat abang Rela, dia suruh letak nama dalam list, Yelahh... 
Takkan laa nak tunggu sampai orang keluar, paling lama orang akan keluar jam 1-2 petang. Betul kata dia, datang dari jauh takkan nak main sekejap kan. Sebab bayaran masuk tuk ketinggian 135cm keatas adalah RM 20 kerana public holiday. Hari biasa hanya Rm 18. Harga tuh termasuk life jacket dan lain-lain. 


                            


Perut sudah berbunyi.... Tak makan punya pasal. Takpelah, kteorang amek keputusan untuk cari makan di depan. 

Setibanya di depan, ramai orang beratur di kaunter pendaftaran bersebalahan dengan cafe. Aku terpikir, kemungkinan ni la yang member aku kata "indah khabar dari rupa". Rupanya, kaunter di depan adalah tempat mandi yang kecil, panas dan kurang memuaskan. Beberapa lagi aktiviti seperti flying fox dan lain-lain. 

Bila tanya di cafe depan, satu habuk makanan belum jual. Yang ada, minuman berkarbonat yang harganya agak mahal.

Pada pandangan aku, sebelum korang datang ke sini. Siap sedia bungkus makanan dan minuman, sebab harganya lebih mahal dari biasa. Jika korang memang takde masalah bab duit walaupun ekonomi kebam boom, beli je laa. Apa salahnya kan.. 

Takkan lah aku nak berlapar, nak taknak. Aku keluar jugak dari tadom hill tuh. Cari kedai makan. Tapi tak jauh dari 600 meter ada warung tepi jalan, masakan dia boleh tahan jugak, harga pun okay. 

Rupanya warung tuh memang tumpuan orang kampung di sana, Kampung Labohan Dagang. 

Sesudah makan, aku gerak semula ke tadom hill.. Masih belum ada yang keluar, menanti terus menanti... haha.. Secara tak langsung, mendidik supaya tuk bersabar...

Sempat jugak jadi kepochi tanya abang Rela kat situ. Rupanya, yang bahagian depan itu adalah Tadom Base dan tempat yang aku sedang menunggu adalah Tadom Hill. Aku pun pelik, apa beza dia erk...

Aku tanya lagi....
"Apa perbezaan Tadom Hill dan Tadom Base"

Abang Rela tuh jawab...
"Lain management"

Aku tak puas hati ! aku tanya lagi...
"Owner yang sama ke?"

Abang Rela jawab
"Yup, tapi lain management (jawapan agak kabur sikit)"

Aku pun tanya lagi..
"Tempat nih belum siap sepenuhnya kan, kalau dah siap tentu harga akan naik kan"

Abang Rela pun jawab
"Kemungkinan akan naik, Bulan 11 baru akan dirasmikan tempat nih, tapi pihak Tadom beri peluang kepada pengunjung tuk mandi manda dan lawat kawasan nih"

Takpelah, detik demi detik belum ada yang keluar lagi, mood selfie tiba-tiba wujud.. hehe...

Perasan tak yang kat belakang tuh, itu kaunter pendaftaran tuk masuk ke Tadom Hill, sebelum nak berdaftar kena lepaskan diri dulu dengan abang Rela. Baru dapat masuk dan daftar disitu..


                 


Tak lama kemudian, aku diberikan satu borang untuk di isi. Borang tuh lebih butir-butir keselamatan jika berlaku tidak diingini..


                 



Kemudian selepas membuat bayaran, kteorang diberikan pass ala-ala cam sunway lagoon... 

                 

Sekiranya, korang ada membawa barangan berharga seperti emas dan lain-lain. Aku sarankan agar korang sewa looker yang dikenakan Rm 10. Nak buka tutup sampai lebam pun takpe. hehe... "sediakan payung sebelum hujan", sekiranya berlaku kehilangan atau kecuriaan pihak Tadom tidak bertanggungjawab. Jadi, korang kena be carefull sikit barang-barang tuh, tak salah labur Rm 10 dari hilang barang yang tentu nilainya besar.

                       

Selesa tak bilik mandi di Tadom hill ? Ko ghaseeee ! haha.

Pada aku, sangat-sangat selesa. 9/10 boleh beri. Siap ada tempat tuk letak barang kat tepi dan ada tempat sangkut untuk tuala, baju dan lain-lain.

Selesa kan, rasa macam kat tempat grand je kan...


                          


Korang selalu tak ? kalau pegi mana-mana mesti kisah pasal tandas kan.. Mesti kisah kannn.... cepat ngaku.. Hehe.

Kalau pergi mana-mana waterfall dan lain-lain pusat reakreasi mesti tandas dia sangat-sangat mengecewakan. Tapi, di Tadom hill mereka menitik beratkan tentang keselesaan dan kebersihan kepada para pengunjung dan pelancong.
Tak rugi kalau korang jadikan Tadom Hill sebagai salah satu destinasi percutian bersama ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan korang sendiri.


               



               


Sampai tempat basuh tangan pun gunakan buloh jugak. Tentu, menarik perhatian korang kan....



               

Yang mana bersiap ala-ala puteri Raja tuh, jangan risau. Cermin ajaib bersebelahan di tempat bilik mandi. Jadi, tak perlu lah bawa cermin sebesar gajah tuk datang ke Tadom hill kan..

                



                 


Tempat nih masih belum digunakan lagi, mungkin selepas perasmian baru dibuka untuk kegunaan orang ramai.


                 


Tentu korang tertanya, apa benda lah tuh... Macam rumah pun ada..

Itu bukan rumah, itu salah satu kemudahan tuk orang yang beragama islam tuk menunaikan solat di surau. Jadi, rasanya tiada masalah untuk pengunjung yang memikirkan dimana ruang tuk solat kan... 


                

Kawasan tandas dan tempat camping pun tak berapa jauh sangat lebih kurang 40-60 meter jee, mungkin tiada masalah untuk korang pergi ke tandas lewat malam kalau ada jenis member atau orang sebelah jenis tidur tak ingat dunia (padahal acah-acah tidur) sebab dia pun takut untuk teman. hehehe.


                 

Ini adalah kawasan camping, muatan tuk satu khemah lebih kurang 4 orang. Kalau jenis korang suka akan keselasaan, 3 orang pun dah cukup. Jangan lupa bawa barang sepatutnya seperti bantal atau selimut. Yelah, korang di tempat kelapa sawit, kalau siang pun sejuk apatah lagi kalau malam. Ingat ! jangan lupa bawa..


                

Mana tahu satu hari kalau korang buat family day, kebetulan ada mak ayah, pak cik makcik, atok nenek dan sebagainya. Korang boleh sewa seperti gambar di atas. Apa yang aku tahu mereka sediakan tilam dan bantal. Tapi, buat masa ni belum lagi dibuka sehingga hari perasmian pada bulan 11.


                
(Sumber google)


                         







Betul mengujakan apabila melihat air kehijauan, dari padangan bawah nampak rendah je... Tapi, bila nak lompat... Perghhhhh, gayat dia memang tak yah citer laa.. terketar kaki nak lompat, tapi aku paksa kan diri tuk lompat juga. hehe




                            

Pertama kalinya selfie dalam air.. Korang boleh lihatkan kejernihan air di Tadom Hills. Memang best dan terbaik....





Alang-alang sampai dekat sana, jangan lupa tuk main rakit sekali tau. Kalau waktu public holiday macam kteorang pegi nih. Korang mesti kena aim jee dekat diorang yang main rakit nih. Yelah, bukan senang nak rampas rakit kat diorang, bayangkan 1 puak dia je main kat 20-30 minit. Belum lagi tang diorang nak selfie segala macam. Jadi korang mesti follow diorang kemana hokayy. Mesti ada teknik tuk merampas nahkoda rakit tuh...

                                  

Muka agak sunburn dan rentung sikit lepas mandi. Tapi, pengalaman sesuautu yang baru. Sebelum nih, mandi sungai, laut , kolam. Tapi, kali nih lain daripada yang lain. Air dia sangat berbeza dengan air yang lain. Korang patut pegi dan rasakan air yang sangat berbeza.


Mungkin korang asyik teruja dengan beberapa keindahan di Tandom Hills, ada jugak basic pantang larang yang perlu korang patuhi dan ambil tahu. Atleast, sampai di sana korang tak perlu tanya beberapa kali.

Ada beberapa pantang larang.

1. Sekiranya ada luka di anggota badan korang, elakkan untuk mandi di Tadom hills. Kemungkinan ada kuman yang kita tidak ketahui.

2. Jangan letakkan Jaket keselamatan (life jacket) di tanah, batu dan lain-lain yang menyebabkan jaket tersebut kotor dan berpasir

3. Sekiranya korang nak duduk bersantai walaupun nak mandi semula, letakkan jaket keselamatan di tempat yang mereka sediakan.

4. Elakkan masuk di kawasan jajahan Tadom Base sekiranya taknak ditegur oleh rela dan staff Tadom Hills. 

5. Kalau excited pun nak mandi, jangan sampai terlalu jauh. kalau korang taknak jadi pemerhatian selepas ditegur (malu kot kena tegur)

6. Jangan buang sampah mereta tempat sekiranya korang taknak ditegur oleh CCTV bergerak pihak Tadom Hills.

7. Setiap kelakuan, pergerakkan korang di awasi oleh CCTV yang mungkin korang tak perasan (kecuali tandas,bilik mandi,surau)

8. Pantang larang yang terakhir, kalau jenis korang mulut celupah macam saka tak pernah di ajar. MOHON JANGAN DATANG okay.


Jadikan Tadom hills sebagai tempat baru korang untuk relax bersama kawan, keluarga dan suami isteri tau. 

Yang belum khawin jangan nak ngade-ngade untuk relax hokay !..



                                           Enjoy your journey :)

SUKAA SUKKI GIVEAWAY 1.0 BY SFCT

                            
                              

Syarat-syaratnya:

   1) Buat entry Giveaway bertajuk "Sukaa Sukii Giveaway by SFCT"

  2) Copy banner dan backlink ke entry ni.

  3) Follow blog 


   4) Follow Instagram


  5) Like Fanpage


   
6) Publish entry dan tinggalkan link entry di dalam ruangan komen

   

Senang je kan...


Antara hadiah-hadiahnya :

6 Poskad Streert Art, Penang by Sally Samsaiman

2 Buah buku novel by Faez Ramly

5 buku note Street Art, Penang by Ct yang menaip



(Hadiah akan di'update'  jika ada penambahan)


Segmen ini akan berlangsung.....

MULA 20hb Oktober l TAMAT 30hb Oktober (11.59pm)


Kami akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 13 orang blogger ye...

Terima kasih....


p/s : 2 November 2015 keputusan akan di update....



04 Oktober 2015

APA ITU SHAWL PERFUME ?






Tentu ramai tertanya-tanya apa itu Shawl Perfume, wangi ke ?

Itu antara soalan pertama yang ada di minda aku..

Aku minat ke arah perniagaan, tak kesah laaa perniagaan apa sekali pun, janji halal. Bak orang kata, kalau dah minat penat pun tak terasa. Aku percaya 9/10 adalah rezeki dari perniagaan. Tapi.... Bukan MLM tau ( Multi-Level Marketing ). Terus terang aku memang tak suka MLM, even company nombor 1 in the world.

Permulaanya, aku mencari sesuatu produk yang sememangya rutin setiap orang akan memakainya. Akhirnya, aku terjumpa Shawl Perfume. Pada permulaanya aku agak ragu jugak, boleh ke ? laku ke ? orang nak beli ke ? boleh jana pendapatan aku sebagai student ke ?. 

Akhirnya, aku ambil keputusan untuk memulakan perniagaan secara direct dan onlines. 

Hari pertama aku menjual Shawl Perfume sangat laku. Hampir 30 botol terjual dalam masa beberapa jam sahaja.

Tentu ramai terkejut, wangi sangat ke ?

Ya... Wangian yang sangat lembut membuatkan ramai terpikat akan harumanya. Teruja bila melihat customers suka akan harumanya.


Shawl Perfume adalah Produk Bumiputera yang di inspirakan wangian Antarabangsa. Mempunyai Set Lelaki dan Perempuan dan mempunyai 5 jenis wangian berbeza di dalam kotak. 

Kenapa anda perlu beli Shawl Perfume kerana ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja. Shawl Perfume berbentuk Pen dan sesuai kepada pemakai yang selalu aktif dan travel ke luar. 


 :: For women ::

Code 1 : Inspired by Avril Lavigne Forbidden Rose

Code 2 : Inspired by Gucci Envy Me
Code 3 : Inspired by Gucci Flora

Code 4 : Inspired by DKNY Fresh Blossom (sold)
Code 5 : Inspired by Britney Spears Midnite Fantasy 


::: For men :::


Code 1 : Inspired by Lacoste Essential
Code 2 : Inspired by Montblanc Starwalker
Code 3 : Inspired by David Beckham Pure Instinct
Code 4 : Inspired by Hugo Boss Red
Code 5 : Inspired by Paco Raban One Million


Size : 13-15cm
1 botol x 9ml

Jom kenali perfume yang anda suka.....


FOR WOMEN




Code 1 for women : Inspired by Avril Lavigne Forbidden Rose. 

Antara kegilaan customers apabila merasai haruman wangian yang sangat lembut dan segar. Haruman di inspirasi dari Wangian Antarabangsa..




Code 2 for women : Inspired by Gucci Envy Me.

Wangian Flora Green lebih sesuai kepada wanita yang suka akan bau haruman bunga yang segar dan baunya seolah baru dipetik. Haruman di inspirasi dari Wangian Antarabangsa..



Code 3 for women : Inspired by Gucci Flora.

Antara kegilaan customers apabila merasai kelembutan fruity floral, sesuai digunakan kepada pemakai yang tidak suka bau kemanisan.. Haruman di inspirasi dari Wangian Antarabangsa




Code 4 for women : Inspired by DKNY Fresh Blossom.. 

Wangian yang sangat kuat dan tahan lama.. Sesuai kepada pemakai yang aktif pergerakkan.. Haruman di inspirasi dari Wangian Antarabangsa..





Code 5 for women : Inspired by Britney Spears Midnight Fantasy.. 

Antara kegilaan customers apabila merasai kelembutan dalam manisan, sesuai digunakan kepada pemakai yang akan suka kepada bauan segar. Haruman di inspirasi dari Wangian Antarabangsa..





FOR MEN



Code 1 : Inspired by Lacoste Essential


Wangian Floral yang segar dan kuat. Sesuai kepada lelaki yang aktif pergerakkan. Haruman akan sentiasa segar. Haruman di inspirasi dari Wangian Antarabangsa..



Code 2 : Inspired by Montblanc Starwalker

Haruman wangian yang akan sentiasa kelihatan macho dan bertenaga. 

Haruman di inspirasi dari Wangian Antarabangsa..




Code 3 : Inspired by David Beckham Pure Instinct
Wangian yang sentiasa segar dan harum. Sesuai kepada lelaki yang tidak suka wangian terlalu keras. Haruman di inspirasi dari Wangian Antarabangsa..




Code 4 : Inspired by Hugo Boss Red

Haruman floral yang sangat lembut. Wangian kelihatan lebih segar dan tenang apabila anda memakainya. Haruman di inspirasi dari Wangian Antarabangsa..




Code 5 : Inspired by Paco Raban One Million

 Wangian yang keras akan kelihatan anda lebih bersemagat apabila memilikinya. Haruman di inspirasi dari Wangian Antarabangsa..




Antara feedback member selepas menggunakan Shawl Perfume. Dilla beli sekali 3 botol wangian kerana suka haruman dari Shawl Perfume.




Alhamdulillah, permintaan semakin tinggi. Apabila customers puas hati, aku yang jual pun rasa happy jee.

Apa yang difikirkan tuh, cepat grab ! sebelum terlambat...

Hanya RM 15.00 sebotol Termasuk Postage ! 

WHATAPPS : 019-206 1053 :: FAEZ ::

Sekiranya anda berminat jadi agen untuk jana pendapatan melalui shawl perfume, capai phone terus whatapps okay :)..

Visit ig shop : @hotgalleryonlines



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign