16 Januari 2015

HO CHI MINH MU TUNGGU AKU DATANG


ENTRY kali ni nak share something different tentang Butik Bridal ingin shoot bajunya di luar sekitar Malaysia . Alhamdulillah, hati ini rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk  photoshoot di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.


Aku percaya pada erti "Rezeki", kerna Allah telah aturkan setiap rezeki hambannya. Tapi, bukanlah semata-mata mengharapkan sesuatu yang hadir. Kita perlu ada usaha, kalau tiada usaha mana nak datang hasilnya. betol idok ?

Walaupun pernah merangkul Juara Best Talent Male Pameran Pengantin Klang 1.0 dan Best Talent Male Color Blocking High Fashion Runway ia bukan satu kemenagan tapi ia satu cabaran. 

One day, bila ada Butik Bridal menelefon tentang Job Photoshoot di Vietnam rasa jantung nak tertinggal pulak. Mana tidak, ramai di luar sana berbakat besar berbanding aku. 

Tapi, rezeki itu mungkin berpihak kepada aku. Terima Kasih Butik D'Feshazz Bridal kerana mempercayai kebolehan aku.



Mungkin rezeki ni membuatkan ramai yang hasad dengki kepada aku. Aku masih tidak faham kenapa masih ramai cemburu apa yang aku telah usahakan. As kawan, kita perlu support bukan berkata belakang. Tapi, aku redha apa yang terjadi kepada aku, sebab setiap ujian pasti ada hikmahnya. 

Sedang enak memikirkan tentang Photoshoot. Rezeki aku untuk membuat satu penulisan di vietnam untuk dimasukkan dalam Majalah Libur (Travel Magazine). 

Aku seorang yang suka akan pengalaman. That why, setiap peluang yang hadir akan aku saut. Aku berusaha demi pencapaian aku. Aku sedar kesusahan aku, mungkin tiada siapa yang akan bantu. Aku bukan seorang remaja yang tergilakan enjoy semata-mata. Tapi aku lebih memirkan tentang masa hadapan dan minat serta kerjaya aku.

Buku Merah & Matawang Vietnam 

Tinggal beberapa hari lagi untuk terbang ke negara orang. Persediaan harus lengkap. Apa yang best tentang Vietnam yang pernah aku ketahui tentang Kain dan baju yang sangat murah. Apa yang perlu kita ketahui nama sebelum Vietnam ialah Burma. 

Sampai disini entry kali ini. Tunggu cerita "Aku Di Vietnam".



15 Januari 2015

Event Aniversarry Majalah LIBUR ( TRAVEL LOG )


Orang kata kalau cerita lama bila diungkapkan, cerita itu sudah jadi lapuk . Tapi , im so sorry guys sebab terlalu lambat sangat updated tentang Event 12 Aniversarry Majalah Libur . Firstly , tak tahu pun tentang event ni, tapi my sis Bella Luna bagitahu nak join tak event Libur . Apa yang paling best ada "Lucky Draw" . Siapa yang tak teruja bila dengan perkataan cabutan bertuah . Lagi-lagi Khemah berharga Rm 1500 hanya seminit sahaja pemasangan ( Brand Coleman ) . Of coz , otak melayang-layang memikirkan.


Jutaan terima kasih kepada Majalah Libur kerana menjemput kami di majlis Hi-Tea sempena 12 Aniversarry Libur . Apa yang best krew-krew ( wartawan , photog n lain) libur sangat friendly dan sporting . Jemputan hanya 20 orang sahaja. Orang kata "limited Edition" . Mata melihat pengacara libur yang sangat petah bercakap , tapi tak tahu siapa geranganya . 

Tanya kak Sally , "siapa dia tuh kak ?" .
Kak sally pun bersuara "Alah.. Radin pengacara ERA tuh"

Hati terkelu melihat seorang yang amat petah bercakap.. Yelah, orang kata "Bakat semulajadi".. Semua manusia dilahirkan sama, walaupun sama ia terselit satu kelebihan dan satu kekurangan,
Bila kelebihan dan minat diasahkan . In shaa allah , seseorang itu bisa berjaya suatu hari nanti .


Firstly, bila dapat rasa Starbucks memang Aummmm .. Dia punya likat dan pekat memang terbaikkkkkk dari ladang kelapa sawit .. Hihihi . Mata asyik mengilau melihat blogger-blogger lain menang cabutan bertuah kecilan ( Tudung , Cd Maharaja Lawak Virus n lain2 ) . 

Kak sally dapat laaaa . hehe

Mata berkenan dengan beg travel berharga Rm 350.00 ( Second lucky draw ) . Tapi , hampa tak dapat. Dalam hati bersuara "Mungkin takde rezeki hari ini kot" . Apapun menunggu First Lucky Draw ( Khemah Brand Coleman ) ... Hati dup dap ... dup dap ... . Yelah , Hampir 10-12 nama tidak disebut lagi ... Cara eyes contact Radin langsung tidak memandang wajah aku . Mungkin bukan aku.

"Lucky draw ini dimenangi oleh Ramly" kata Radin ...

Hati bersuara "Itu nama bapak aku" 

"Bukan Ayahnya dapat, tapi anaknya Faez Ramly" kata radin .

Yelah , siapa tak terkejut bila menang first lucky draw . Aku terus mara kehadapan .. 


Thanks a lot to Allah sebab berikan rezeki ini kepadaku . 
Million thanks to Brand Coleman for Lucky Draw 


Muka cover happy katannya ... Layankan laaaa .


Apa lagi sesi menjawab lepass nih .....
  



"Dah dapat nak bawa pi mana, Logik akal lah" kata Radin 

" Ulu Yam maybe" aku membalas jawapan . 

Semuaaa tergelakkkk ..... 

Yelah, yang lain bila kata travel pernah pi Beijing, Korean dan lain-lain . Sampai aku bawa khemah pi Ulu Yam . Agak megelitik hati juga ... 

Radin pun bertanya " So now , belajar or study"

Aku membalas " Masih study mengambil jurusan Diploma Pengurusan Risiko"

Separuh tergagah sambil "HAH !!"

Seorang membalas pertanyaan " Ada ke Pengurusan Disko"

Hahaha . Rupannya tersalah dergar ... Selesai sahaja terus sesi bergambar . Mohh laaa layan gambar pula yeeee ... 

Blogger dan team Libur 



Kanan hujung : Kak sally dan kiri hujung : Bella Luna ( My sister )


Team libur , Radin dan kami 

Selfie paling MAHAL 


Aku , Bro Radin , Kak sally , kak Bella Luna dan Top Blogger ( BroFramestone)

Teruskan Selfie


Akhir sekali , Jutaan terima kasih kepada Team Libur, Majalah Libur, Karangkraf, Starbucks kota kemuning Shah Alam , Mr.Jocko  dan lain-lain sama ada terlibat secara langsung . Masih teriang-iang 12 Anniversarry Libur . Sangat-sangat GEMPAK ! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign