16 Januari 2015

HO CHI MINH MU TUNGGU AKU DATANG


ENTRY kali ni nak share something different tentang Butik Bridal ingin shoot bajunya di luar sekitar Malaysia . Alhamdulillah, hati ini rasa bersyukur kerana diberi peluang untuk  photoshoot di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.


Aku percaya pada erti "Rezeki", kerna Allah telah aturkan setiap rezeki hambannya. Tapi, bukanlah semata-mata mengharapkan sesuatu yang hadir. Kita perlu ada usaha, kalau tiada usaha mana nak datang hasilnya. betol idok ?

Walaupun pernah merangkul Juara Best Talent Male Pameran Pengantin Klang 1.0 dan Best Talent Male Color Blocking High Fashion Runway ia bukan satu kemenagan tapi ia satu cabaran. 

One day, bila ada Butik Bridal menelefon tentang Job Photoshoot di Vietnam rasa jantung nak tertinggal pulak. Mana tidak, ramai di luar sana berbakat besar berbanding aku. 

Tapi, rezeki itu mungkin berpihak kepada aku. Terima Kasih Butik D'Feshazz Bridal kerana mempercayai kebolehan aku.



Mungkin rezeki ni membuatkan ramai yang hasad dengki kepada aku. Aku masih tidak faham kenapa masih ramai cemburu apa yang aku telah usahakan. As kawan, kita perlu support bukan berkata belakang. Tapi, aku redha apa yang terjadi kepada aku, sebab setiap ujian pasti ada hikmahnya. 

Sedang enak memikirkan tentang Photoshoot. Rezeki aku untuk membuat satu penulisan di vietnam untuk dimasukkan dalam Majalah Libur (Travel Magazine). 

Aku seorang yang suka akan pengalaman. That why, setiap peluang yang hadir akan aku saut. Aku berusaha demi pencapaian aku. Aku sedar kesusahan aku, mungkin tiada siapa yang akan bantu. Aku bukan seorang remaja yang tergilakan enjoy semata-mata. Tapi aku lebih memirkan tentang masa hadapan dan minat serta kerjaya aku.

Buku Merah & Matawang Vietnam 

Tinggal beberapa hari lagi untuk terbang ke negara orang. Persediaan harus lengkap. Apa yang best tentang Vietnam yang pernah aku ketahui tentang Kain dan baju yang sangat murah. Apa yang perlu kita ketahui nama sebelum Vietnam ialah Burma. 

Sampai disini entry kali ini. Tunggu cerita "Aku Di Vietnam".



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign