25 Mei 2015

KEMBARA SEBUAH PULAU BESAR YANG MENYIMPAN 1001 KISAH


TRAVELOG I PULAU BESAR PULAU KERAMAT

Tak kenal maka tak cinta. Itulah rumusan awal yang ingin aku ungkapkan setelah berkunjung ke Pulau Besar Melaka. Pulau Besar adalah Pulau terbesar di dalam negeri Melaka.

Kalau zaman dahulu, tak bercinta pun takpe, sebab Pulau Besar sememangnya menyimpan misteri yang tersendiri. Pada pandangan aku, Pulau Besar dahulunya adalah Pulau Keramat iaitu Pulau Penyebaran Agama Islam. Hampir 4-5 kali aku sudah berkunjung ke Pulau Besar, tetapi kali ni baru aku berani untuk kongsi pengalaman dan cerita tentang Pulau Besar iaitu Pulau Misteri. 

Sebelum ni, bukan aku tak berani tuk kongsikan tetapi aku tak bersedia tuk menceritakan. Setiap kali aku datang, aku akan mengumpul cerita dan infomasi tentang Pulau Besar.


                        


Sebelum aku duk cerita lagi panjang, aku nak jawab persoalan orang dahulu yang takut atau gerun akan nama Pulau Besar. Aku menjadi tanda tanya dan timbul satu persoalan kenapa ? 

Akhirnya terjawab juga, Orang dahulu kata 


"kalau datang semata-mata untuk membuang masa, buang hasrat tuk datang ke sana kerna yang datang ke sana seharusnya menyimpan hajat tersendiri" 

bermaksud Pulau besar bukan Pulau peranginan atau pelancongan untuk di buat main-main kerna Pulau itu sememangnya menyimpan keramat tersendiri. Kalau yang hadir tanpa niat, maka hadir sesuatu luar jangkaan seperti, bot terbalik dan lain-lain. Allahuallam...

Pulau Besar, Pulau yang menyimpan kisah misteri dan sejarahnya tersendiri. Tidak seperti pulau yang lain pernah saya kunjungi kerana Pulau Besar mempunyai keunikannya berbanding pulau-pulau yang ada di sekitar Malaysia.

Sukar untuk aku gambarkan dengan perkataan tentang ‘ketenangan’ dan ‘kedamaian’ yang dapat aku rasakan ketika berada di pulau ini. Mungkin juga apa dapat yang rasakan di pulau ini adalah nikmat dan keberkatan yang telah Allah SWT kurniakan ke atas sebuah pulau yang telah banyak berjasa kepada syiar Islam di rantau Nusantara.

Tidak lengkap rasanya jika kunjungan aku ke pulau ini tidak menyelongkar misteri yang terdapat di pulau ini. Meskipun terdapat pelbagai versi dan cerita yang dikaitkan dengan sesuatu kejadian misteri di pulau ini, namun sebagai umat Islam yang beriman pada kekuasaanNya, kita harus sentiasa berhati-hati agar akidah kita sentiasa terpelihara daripada sesuatu perkara yang boleh menyesatkan.


video


Terdapat 2 cara jika korang ingin kesana. Korang boleh menaiki feri dari Jeti Anjung Batu atau menaiki bot laju dari Jeti Umbai. 

Perjalanan dengan feri adalah berjadual manakala bot laju pula masa perjalanan pergi/balik bergantung kepada pasang surut laut dan masa yang ditetapkan sendiri oleh penumpang.

7.30 pagi/Jumaat aku memulakan perjalanan dari Jeti Umbai dengan menaiki bot laju dengan bayaran Rm 100 pergi dan balik. Muatan yang dibenarkan untuk perjalanan ke Pulau Besar seramai 8 orang.

Perjalanan mengambil masa dalam 15 minit sejauh 11km.

Sampai sahaja di sana, aku memilih tempat yang bersuaian untuk mendirikan khemah. Sampai disana, baru aku perasan Majlis Pembandaran Melaka sudah meletakkan undang-undang baru iaitu dilarang berkhemah di hadapan Surau pada hari Isnin sehingga hari Jumaat.


aku apa lagi, merasmikan khemah baru jenama Coleman laaa. Maklumlah, dapat lucky semasa "12 Aniversarry Blog O'Rama atau Majalah Libur" satu-satunya Majalah Travel berbahasa Melayu (Karangkraft).

Jam 10 pagi selepas mengisi perut, aku meneruskan misi untuk melawat kawasan makam. Alhamdulillah, aku masih ingat lagi untuk melawat semua tempat atau peninggalan sejarah.


MAKAM Sultan Syeikh Arifin




Nama sebenar Sultanul Aarifeen ialah Sheikh Ismail Abdul Qadir (qaddasallahu sirrahu). Beliau adalah keturunan yang ke 18 Rasullullah (S.A.W) dari nasab keturunan Saidina Hassan (r.a). Beliau juga adalah merupakan cicit kepada Sultanul Aulia Sheikh Abdul Qadir Jailani. 


Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam islam. Menurut riwayat sewaktu beliau ke Madinah menziarah makam Nabi, beliau telah didatangi satu suara yang menyuruh beliau mengembangkan ilmu Islam di kepulauan Jawa. Sebagai seorang yang taat kepada agama beliau menunaikannya dan beliau telah mengembara dan akhirnya tiba di Pulau Besar bersama-sama dengan 43 orang ahli dalam kumpulannya. Di antara orang yang penting dalam kumpulan itu ialah gurunya Sheikh Yusuf Siddiq dan saudaranya Sheikh Ibrahim Abdul Qadir.

Di Pulau Besar ilmunya telah berkembang luas dan beliau mempunyai pengikut yang sangat ramai. Sultanul Ariffin telah meninggal dunia pada 17 Rabiul Awal tahun 925H ketika beliau berusia 58 tahun. Selain dari beliau, di situ juga termakam antara 41 hingga 43 orang pengikut-pengikut beliau yang lain. Beliau mempunyai seorang anak lelaki dan 2 orang anak perempuan.

                                                                                                                        Sumber wikipedia 



MARINA RESORT dikenali sebagai Perkampungan Bunian





Seterusnya aku nak cerita kawasan paling misteri dan digeruni oleh penduduk sekitar Pulau Besar. Marina Resort sangat cantik dan indah jika dipandang, tapi sayangnya misteri telah menyebabkan tiada seorang pun berani untuk bermalam atau menyinggah di kawasan ini. 

Apa yang aku tahu tentang Marina Resort. Marina Resort dibagunkan untuk pusat pelancongan dan secara tidak langsung untuk menghapuskan kisah mistik atau perkara khurafat yang berada di sekitar Pulau Besar.

Hasil cerita yang aku tahu tentang Marina Resort seperti sepasang kekasih orang putih yang menginap di kawasan Marina Resort dan satu hari mereka bersiar-siar di tepi pulau dengan melakukan perkara tidak sepatutnya. Tapi, telah terjadi sesuatu yang tidak diingini. Tak silap aku mereka hilang atau mati. Itu cerita lama dah. 


                                    

Ada jugak aku tahu, pelancong dari luar negara telah membawa masuk minuman alcohol atau Arak ke Pulau Besar. Tetapi bot itu telah terbalik. Macam-macam cerita aku dergar laa. 

Masa first time aku pergi Pulau Besar tanpa direction, tempat inilah aku, keluarga dan keluarga angkat (kawan-kawan) duk rehat. Sampai tertidur lagi. Mana tidak, masa tuh kami cari tempayan pecah atau dikenali perigi nenek kebayan. 

Tapi, satu pulau aku duk pusing mencari. Dekat 4-5 jam jugak berjalan tanpa air dan direction yang betul. Alhamdulillah, selamat tidak berlaku apa-apa diingini. 

Tapi, secara tidak langsung aku dapat melangkah kaki ke Perigi Bunian, Tasik Bunian, tapak kaki Sultan Syeikh Arifin sebab kawasan itu adalah kawasan paling belakang dan jarang orang datang kesini. 

Untuk pengatahuan korang, disitulah tempat Istana Bunian (Berdasarkan info buku 732 tahun kisah misteri Pulau Besar). Istana Bunian itu bersebelahan dengan Marina Resort. Apa yang aku faham, Marina resort itu perkampungan Bunian dan kehadapan sedikit adalah Istananya. AllahuAllam, hanya Allah sahaja tahu kebenaranya.




                              

Menurut cerita, sebenarnya terdapat sejumlah 146 buah kampung orang bunian di kawasan Pulau Besar ini tetapi kawasan ketara yang boleh dilihat hanyalah di kawasan Marina Resort ini sahaja.

kawasan tersebut juga terdapat telaga (Perigi Bunian) dan tasik bunian. Telaga tersebut juga dipercayai merupakan telaga pertama di pulau hasil munajat pak syeikh bagi mendapatkan bekalan air tawar sehingga kini malah air tersebut juga apabila di minum amat menyegarkan. 


Masa aku dalam kehausan, aku merasa jugalah air perigi bunian nih, memang tidak dinafikan rasa sejuk, segar dan hilang rasa penat berjalanan. Masa aku rasa tuh, perigi tuh betul-betul bersih. Tapi, sekarang tidak seperti dahulu lagi


Pemandangan dari jauh melihat keindahan Marina Resort.






 TASIK BUNIAN





Tasik Bunian tentu menjadi tanda tanda apa yang ada di dalam Tasik itu. Sememangnya ada beribu ikan tawar, aku pun tak pasti. Masa dulu aku bagi roti, kumpulan by kumpulan ikan datang untuk makan. Beribu datang dari hujung, sekarang tasik ini tidak dijaga seperti dahulu. 


Tasik Bunian pun ada cerita tersendiri yang aku duk dergar, antaranya salah seorang pengunjung telah mengambil salah seekor ikan yang berada dalam Tasik Bunian. Semasa pengunjung itu hendak pulang ke Jeti Umbai menaiki bot, bot yang mereka naiki tidak jumpa jalan balik, seperti berlegar-legar di kawasan perairan Pulau Besar. Dan Pakcik itu menegur salah seorang mereka bahawa mereka telah membawa pulang bukan Hak milik mereka. Dan Mereka akui dan meletakkan semula ikan tersebut ke Tasik itu. AllahuAllam. 

Apa yang aku tahu pun kisah itu dah lama berlaku. Rata-rata yang aku dergar, orang Melaka ( orang tua-tua) pun tak berani nak masuk Pulau Besar. Walhal kita tahu, Melaka dan Pulau Besar bukan jauh sehingga beratus kilometer, tapi kerana takut akan nama Pulau Besar yang dahulunya adalah Pulau Keramat.









Ini namanya Nenas Pulau Besar, Hihi. aku pun tak kenal buah apa yang aku tangkap nih. Cuma apa yang aku leh katakan tentang buah ini. Bentuk buah ini seakan buah nenas dan pokoknya rendang. 

Apa pandangan aku tentang buah ni, mungkin buah ini beracun atau tidak boleh dimakan. Kalau buah ini boleh makan, tentunya burung atau tupai akan makan. Tapi ini tidak apa yang kita fikirkan. Seolah-olah buah ini masak dan buruk hingga ke akhirnya.

Pokok ni adalah landmark di kawasan Tasik Bunian. Jadi, kalau sesiapa ingin kunjung ke Tasik Bunian (Kawasan belakang Pulau). Pokok ini boleh jadi landmark sebab Tasiknya ke dalam sedikit takut pengunjung tidak perasan akan tasik ini.

Tasik Bunian apa yang aku leh bagitahu jarang orang berkunjung ke sini sebab tasik ini betul-betul belakang Pulau dan harus tempuh liku-liku hutan kecil atau secara umumnya kawasan Istana Bunian. 

Pada aku, harus berhati-hati laa, sebab kita tak tahu apa akan terjadi. aku pun agaknya seram jugaklah, kot-kot terserempak dengan haiwan berbisa ke? 

Sekiranya, korang tidak biasa ke Tasik Bunian dan hati memang berkobar-kobar ke sana, harus ada orang yang guide (pemandu pelancong berbayar kalangan penduduk Pulau Besar).



Ini salah satu gambar yang aku leh tunjuk kat korang semua. aku terpaksa lalu liku-liku hutan yang track jalanya sudah mula menutupi oleh daun-daun tebal.


GUA YUNUS


Korang lihat korang boleh tafsir apa yang berlaku di Gua Yunus, perkara khurafat dan syirik berlaku secara terang-terangan. Mereka (Agama lain) percaya tentang keramat di Pulau Besar ini. 

Inilah berlaku kenapa Pulau Besar tidak keramat seperti dahulu. Perkara yang ditegah berlaku di sini. Kononya mereka berharap agar wali ini boleh mengambulkan atau menyembuhkan penyakit mereka. aku nak cakap panjang-panjang pun tak guna, sebab ini kepercayaan mereka. Kalau kita (Islam) tegur, baru mereka tersipu-sipu malu. 

aku tak tahu laa sangat tentang cerita tentang Gua Yunus nih. Cuma aku tahu, ini tempat Iktikaf (bertapa) seorang wali yang bernama Yunus. Selain itu, tempat ini juga salah satu tempat pembelajaran orang islam dahulu. Mereka akan berhenti di tepi perairan dan naik ke atas. Kebiasanya sekarang, ramai pesilat akan bertapa di sini. Itu aku tak pasti apa mereka buat. Mungkin berwirik mungkin juga, entahlah.....

Pada pandangan aku, tak salah kalau kita hendak bertapa (Iktikaf) kalau kita buat dengan cara yang betul. Kita mengambil ketenangan dan bersyukur kepada pencipta kita tentang apa yang diberi kepada kita. Senang cerita, kita Mengabdikan diri kita dengan Dia dengan cara berwirik(berzikir) dan bertafakur. Apa-apa kita berbalik kepada kepada pegangan kita semula. In shaa Allah. 

Ada orang kata, sebernanya di bawah laut ini ada Gua lagi. Katanya itulah Gua Yunus tempat Yunus Iktikaf pada beratus-ratus zaman dahulu. Aku pun terpikir juga, mungkin juga benar, dahulu kutub Utara dan kutub Selatan masih dibeku oleh ais, dan secara tidak langsung paras air laut ini sebernanya lebih rendah berbanding sekarang. Tapi, bila hari ini, paras air laut semakin tinggi menyebabkan Gua dibawah ini ditutup untuk masuk. AllahuAllam...... 



Pandangan dari Gua Yunus terus menghala ke laut. Rasa tenang kan ? macam itulah ketenangan yang aku dapat. aku rasa, aku nak terus pandangan begini hingga ke akhir hayat. Rasa keindahan yang tidak dapat ditafsirkan kepada orang lain. Mungkin juga ketenangan ini sang pencipta beri kepada kita untuk dirasa secara PERCUMA. 



Penat aku duk cerita, bagi aku selfie jap. Panas terik wajib pakai SPF untuk menghalang matahari menembusi ke kulit wajah kita.


KUBUR TOK PUTIH








Awal lagi Jabatan Agama Islam Melaka sudah meletakkan notis tentang DILARANG melakukan amalan-amalam Syirik dan Khurafat di tempat ini. Tapi, mereka tetap buat. 

Entahlah aku pun tak tahu, aku rasa diorang perlu memperketatkan lagi undang-undang. Hampir 4-5 kali aku datang. Tak pernah aku jumpa penguatkuasa mereka yang menjaga. Seharusnya mereka perlu jika tidak mahu berlaku perkara sebegini. Aku tak nampak usaha pihak yang terlibat. 



Inilah Makam Tok Putih, aku tak seberapa tahu tentang cerita Wali tok putih. Cuma yang aku tahu mereka ini mahir dalam dunia Persilatan dan Akhirat (ISLAM).



MAKAM TOK JANGGUT





Inilah Makam Tok Janggut dan Tok Janggut hampir sama kemahiran seperti Tok putih iaitu Mahir dalam dunia Persilatan dan Akhirat (ISLAM).

                                

Mesti pelikkan, kenapa makam wali dan nabi dahulu panjang-panjang kan. Bukan sebab mereka tinggi seperti galah tapi kerana darjat mereka yang tinggi. Itupun apa yang kawe tahu laaa. hihi. 


MUZIUM PULAU BESAR



Kali ini sudah 2 kali masuk ke Muzium Pulau Besar. Pada pandangan aku, pertama kali jejak ke Pulau Besar harus menuju ke muzium Pulau Besar. Banyak info diberikan kepada pengujung. 

Harga melawat Muzium Pulau Besar:

DEWASA                              RM 5.00
KANAK-KANAK                   RM 2.00




Masa kali pertama aku melawat muzium ni rasa krik-krik jeee. Tapi, bila kali ni aku melawat sangat berbeza. Pelbagai info akan diberikan. Atleast, korang takde laaa sesat. Maklumat muzium ini lengkap, padat, dan fakta. 

aku akan kongsikan beberapa foto. Nak tahu lebih detail boleh datang ke muzium ini.


REPLIKA BATU BELAH



















                





 REPLIKA GUA YUNUS 













Aku tertarik dengan keratan akhbar tentang pembekalan eletrik ke Pulau Besar. Sebelum ini aku pergi tiada pun tiang eletrik. Tapi, masa aku naik bot tuh aku lalu bawah tiang eletrik tuh. Aku seperti terkejut beruk sekejap. 

Yelah, bayangkan berapa jauh penyambungan tiang eletrik ini dari Jeti Anjung Batu hingga ke Pulau Besar. Jauhhh tuh, tapi yelaaaa nak buat macam mana, Pulau Besar sekarang seperti Pusat Pelancongan. 


Serba sedikit gambar yang dapat kawe kongsi dengan korang semua. Maaf gambar tak berapa cantik sangat, maklumlah phone campak anjing jeee.


TEMPAYAN PECAH ATAU PERIGI NENEK KEBAYAN

            

 Gambar di atas aku kat Tempayan Pecah atau dikenali sebagai perigi nenek kebayan iaitu Nenek Siti Fatimah. Ada yang kata itu adalah Dang Wangi dan suaminya Laksamana Hang Jebat. Setelah Hang Jebat Wafat beliau menjadi Bidan dan Pengamal Perubatan. AllahuAllam.

Tempayan Pecah ini ada beberapa versi. aku 
pun tak berapa pasti. 

Orang dulu kata, kalau ada rezeki kita letakkan tangan kita ke dalam air perigi itu, kemudian kautkan. Kalau ada rezeki, dapat emas, batu cincin, dan macam-macam laa. Itu kisahnya. Kawe pun tak tahu.



POKOK DISULA




Masa aku pergi ke Pokok Disula ni ikut laluan belakang, tepi surau (Jalan Shortcut). Jarang pengunjung tahu, sebab jalan tuh tersembunyi sedikit. Tapi seram juga jalan sorang-sorang di Pulau Besar. Macam-macam bunyi burung dapat kita dergar.

Kisah Pokok Disula apa yang aku tahu, dahulunya ada perempuan disula akibat melakukan perkara tidak sepatutnya. AllahuAllam. 

Itupun cerita bualan mulut orang. Tidak tahu sahihnya. 


TASIK BIAWAK


Tasik Biawak betul-betul berdekatan dengan Pokok Disula. Apa yang aku nak kongsi tentang Tasik Biawak ini pelik dan ajaib. Maybe.....

Dahulunya Tasik Biawak dipenuhi dengan air dan biawak. Tapi, aku musykil kemana AIR dan BIAWAK ini Pergi. Kemana mereka menghilang dan dimana biawak ?

BIAWAK ..... Ohhhh ..... BIAWAK !


Cukuplah sampai disini serba sedikit yang aku dapat kongsikan tempat di Pulau Besar, Sebernanya banyak. Tapi aku tak larat nak kongsikan. hihihi

Sekarang masa untuk aku kongsi beberapa foto menarik di Pulau Besar...







                 

aku sebelum ini tak pernah nampak Telur Penyu. Tapi, itulah kali pertama aku melihat telur penyu Pulau Besar. Orang lama Pulau Besar ambil dan jual dihadapan surau.

Aku tanya, mana dapat telur penyu nih sedangkan ini Pulau. Orang tuh kata, dia ambil di Gua Yunus.

Pelik juga, Gua Yunus kebanyakkan batu besar. Macam mana Penyu itu hendak menggeram telurnya. Hmmmm. Pelik pada aku laa.

Orang kata kalau nak tengok penyu datang ke Gua Yunus. Kalau ada rezeki kita dapat lihat, dapat laaaaa. Dergar cerita ada 4-5 ekor penyu. hihihi

Orang tuh jual Rm 2 sebiji. Kawe tak beli sebab kawe tak makan dan lagi satu jaga habitat Penyu. hehehe...



                                

Aku macam biasa, datang sana kita bercamping. Tak mampu nak bayar duit challet Rm 200 semalam. Hihihi.




Masa aku
 datang ke kedai tuan dia. Tuan dia cakap "Rizki..... bangun ! ada orang datang nih", dalam hati aku mungkin anak dia tidur kot. Rupanya Rizki nih kucing. Kena tipu hidup-hidup. Hihihi.....




Padang Golf terbiar begitu sahaja, sebelum ini padang golf ini sememangnya digunakan oleh pelancong. Tapi, berlaku apabila pelancong datang bermain. Tiba-tiba golf yang mereka main itu datang ke arah mereka semula....

Ada juga, yang aku dergar Mat Salleh datang bermain golf tapi golf itu datang semula dan terkena kepala mat salleh itu semula. Mati katanya. Entahlah. Ada yang kata, bola itu kemungkinan terkena dekat Anak Bunian. Kiranya Mak bapak bunian datang serang laaa nih. Hihihi. 



Gambar ini sempat aku tangkap masa pagi lagi. Best sangat bila lihat pemandangan yang luas sambil derusan ombak membadai. 

Rasanya sampai disini saja kita bersua. Apapun, aku doakan perjalanan pergi dan balik sesiapa hendak ke Pulau Besar. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign