11 Julai 2015

TIPS BALIK RAYA YANG ADA PERLU KETAHUI !

 

Siapa nak balik kampung kena baca ni. Yang raya rumh sendiri tak payah baca. 

Hah !! Yang ni serius penting !!!, Kalau semua tak percaya cuba imbas kembali tahun lepas punya raya.. mesti semua tersenyum.. tahun ni kita buat yg terbaik eh...

Pesanan kepada yang balik beraya rumah mertua atau sedara mara..

Baju dalam & seluar dalam tolonglah bawa yang elok sikit.. jadi bila basuh, sidai atau tercicir takde laa malu nak mengaku nanti.. takpun beli baru lagi bagus.. ni seluar dalam dah macam roti jala.. Ada jugak dah macam tanggok ikan kat parit tu tak payah la nak bawak..

Tuala pun bawak la yang baru.. yang dah lusuh kena clorok tu tak payah la nak bawak.. beli baru pun elok.. kita juga yang pakai.. ni kekadang dah macam alas kaki pun nak pakai gak.. kekadang ada yg dah belubang lubang...

Kebanyakkan orang barang2 mandian pun tak berapa kesah.. berus Gigi tu bawak la sorang satu yg baru.. kalau kat supermarket tu 5batang baru RM5.. ni rupa dah macam berus jamban pun nak bawak jugak.. isikan didalam satu bekas untuk kita & anak2 punya.. biasakan anak2 simpan balik dalam bekas kalau dah digunakan.. biasalah.. kalau dah ramai2 diorang ni main sauk je apa yang dapat..

Satu lagi kalau bawak bantal & "Gebo" (selimut) bawak la yang semenggah sikit.. bantal yg dah leper sama ngan plywood tu tak payah la bawak.. tukar la sarung yg elok sikit.. kekadang gebo tu dah macam kain buruk dah..

Kita ni nak beraya bukan hanya luaran je.. baju nak lip lap.. gelang sampai kesiku..tudung melilit macam kena belit ular... tapi bila sidai seluar dalam dah macam roti jala.. tuala dah macam alas kaki.. berus Gigi dah kembang Macam berus jamban, bantal dah macam "Ojol" ( getah sekerap)..  tu belum lagi aroma yg dibawa sekali balik ke kampung tu..pergh...

orang perempuan kena jaga benda2 ni semua... sebab biasanya para suami tak ambik tahu pun pasal benda ni.. dia tahu semua sudah siap je.. benda2 yg macam ni lah kita kena aware sebenarnya.. semua ni mencerminkan keperibadian kita sekeluarga.. tak kira la balik rumah mertua/sedara mara atau balik rumah mak sendiri...

Salam aidilfitri untuk semua... 


10 Julai 2015

BANTUAN RUMAH PERLINDUNGAN ANAK-ANAK AL-NASUHA


"MEREKA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA !"


Hulurkan bantuan ringankan beban, adalah ungkapan sering kita dergarkan ! namun, kadang-kadang kita endahkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

Mereka tidak meminta untuk kita merasa apa yang mereka rasa, namun mereka memerlukan bantuan kita untuk hulurkan seikhlas hati kita kepada mereka.

Saya ditugaskan dalam Subjek Pengurusan Masyarakat, yang seharusnya saya menyelami hati masyarakat. Aktiviti masyarakat, bukanlah pertama kali saya turut serta malah saya akan ambil peluang sebegini. 

Apa yang ada dalam kotak pemikiran saya ialah ingin merasa dan membantu mereka ! Saya tidak mampu untuk hulurkan bantuan dari segi kewangan. Tapi ! saya hanya mampu untuk mengeluarkan kudrat saya untuk mereka.... 

Saya diamanahkan untuk menjadi ketua kumpulan. Beberapa cadangan telah dikemukan, namun saya memutuskan untuk mengambil Rumah Perlindungan..

Sukar untuk memutuskan rumah perlindungan mana lebih memerlukan..

Akhirnya saya memutuskan untuk memilih Rumah Perlindungan Al-Nasuha, Gombak Permai. Mereka terdiri daripada Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Terbiar dan juga Ibu Tunggal. 



Yes ! saya perlu bantu mereka ! 

Amat menyedihkan, tiada badan GO dan NGO yang jaga mereka !

Siapa perlu tolong jika bukan kita !

Mungkin kita rasa kita susah, tapi kadang kala kita lupa ada yang lebih susah dari kita. Kadang kala kita lupa yang rezeki kita bukan 100% milik kita, kita lupa yang INI adalah tanggungjawab kita sebagai manusia. 

Ayuh ! bantulah mereka, mungkin kita tidak sangka yang kita antara hamba yang boleh mengukir senyuman di wajah mereka. 

Allah tidak pernah memandang berapa jumlah anda beri. Tapi, Allah lihat keikhlasan dihati anda....


MEREKA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA !

Saya akan laksanakan Program khidmat masyarakat saya pada 15 ogos 2015, saya menerima seikhlas hati jika Tuan/Puan memberi apa-apa sumbangan seperti :
*Barang dapur
-Beras, Gula, Susu, Milo dan apa jua
-Pampers ( 2-5 tahun)
-Susu Dutch Lady ( 2-5 tahun )
-Baju masih boleh digunakan (2-19 tahun)
-Lain-lain sumbangan
BOLEH WHATAPPS SEKIRANYA ANDA INGIN MENYUMBANG BARANG SEPERTI DI ATAS. 

019-2061053 ( FAEZ )

Saya menerima Wang SUMBANGAN seikhlas hati daripada ANDA....

7053508406 ( Mohamed Faiz Bin Ramli )
Sila inform jika anda masukkan beberapa jumlah di Talian 019-2061053 (Whatapps)

02 Julai 2015

SUKASUCRE BISTRO BY MASTERCHEF MALAYSIA DATO DR. FAZLEY


Kali pertama follow Ramadhan Giveaway by Dr. Fazley. Kebiasaanya, selalu hadir jemputan as Food Media Blogger. Aku pun try dan terpilih sebagai random dari Dato Fazley sendiri. Alhamdulillah, mungkin rezeki ramadhan katakoo...



Suasana di dalam Sukasucre Bistro


Suasana agak nyaman dan relax dengan alunan music romantic. Sesuai untuk pelanggan yang ingin rasa ala-ala candle light dinner. 

Sambil menunggu berbuka puasa bersama Dr. Fazley kita selfie dahulu. 


Apa yang best dengan Dr. Fazley, beliau sangat-sangat humble dan friendly. Berbeza dengan artis di set shooting.  



Korang boleh cuba rasa masakan dari Sukasucre Bistro. Sangat-sangat sedap dan menyelerakan.




Sup Daging yang sangat sedap dan menyelerakan


Antara dessert yang ada di SukaSucre Bistro by Dr. Fazley.


Lupa nama menu, tapi ayam dan sambal sangat 5 star. 


Ini sebernanya yang kami tunggu-tunggukan. 
Desert from by Dr. Fazley.


Sedap sangat-sangat. Korang boleh cuba disini yee :)


Alamat 
Sukasucre Bistro, Wisma RYU,
Taman Pertama,Cheras
Kuala Lumpur.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign