10 Julai 2015

BANTUAN RUMAH PERLINDUNGAN ANAK-ANAK AL-NASUHA


"MEREKA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA !"


Hulurkan bantuan ringankan beban, adalah ungkapan sering kita dergarkan ! namun, kadang-kadang kita endahkan kepada mereka yang kurang bernasib baik. 

Mereka tidak meminta untuk kita merasa apa yang mereka rasa, namun mereka memerlukan bantuan kita untuk hulurkan seikhlas hati kita kepada mereka.

Saya ditugaskan dalam Subjek Pengurusan Masyarakat, yang seharusnya saya menyelami hati masyarakat. Aktiviti masyarakat, bukanlah pertama kali saya turut serta malah saya akan ambil peluang sebegini. 

Apa yang ada dalam kotak pemikiran saya ialah ingin merasa dan membantu mereka ! Saya tidak mampu untuk hulurkan bantuan dari segi kewangan. Tapi ! saya hanya mampu untuk mengeluarkan kudrat saya untuk mereka.... 

Saya diamanahkan untuk menjadi ketua kumpulan. Beberapa cadangan telah dikemukan, namun saya memutuskan untuk mengambil Rumah Perlindungan..

Sukar untuk memutuskan rumah perlindungan mana lebih memerlukan..

Akhirnya saya memutuskan untuk memilih Rumah Perlindungan Al-Nasuha, Gombak Permai. Mereka terdiri daripada Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak Terbiar dan juga Ibu Tunggal. 



Yes ! saya perlu bantu mereka ! 

Amat menyedihkan, tiada badan GO dan NGO yang jaga mereka !

Siapa perlu tolong jika bukan kita !

Mungkin kita rasa kita susah, tapi kadang kala kita lupa ada yang lebih susah dari kita. Kadang kala kita lupa yang rezeki kita bukan 100% milik kita, kita lupa yang INI adalah tanggungjawab kita sebagai manusia. 

Ayuh ! bantulah mereka, mungkin kita tidak sangka yang kita antara hamba yang boleh mengukir senyuman di wajah mereka. 

Allah tidak pernah memandang berapa jumlah anda beri. Tapi, Allah lihat keikhlasan dihati anda....


MEREKA MEMERLUKAN BANTUAN ANDA !

Saya akan laksanakan Program khidmat masyarakat saya pada 15 ogos 2015, saya menerima seikhlas hati jika Tuan/Puan memberi apa-apa sumbangan seperti :
*Barang dapur
-Beras, Gula, Susu, Milo dan apa jua
-Pampers ( 2-5 tahun)
-Susu Dutch Lady ( 2-5 tahun )
-Baju masih boleh digunakan (2-19 tahun)
-Lain-lain sumbangan
BOLEH WHATAPPS SEKIRANYA ANDA INGIN MENYUMBANG BARANG SEPERTI DI ATAS. 

019-2061053 ( FAEZ )

Saya menerima Wang SUMBANGAN seikhlas hati daripada ANDA....

7053508406 ( Mohamed Faiz Bin Ramli )
Sila inform jika anda masukkan beberapa jumlah di Talian 019-2061053 (Whatapps)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign