11 Julai 2015

TIPS BALIK RAYA YANG ADA PERLU KETAHUI !

 

Siapa nak balik kampung kena baca ni. Yang raya rumh sendiri tak payah baca. 

Hah !! Yang ni serius penting !!!, Kalau semua tak percaya cuba imbas kembali tahun lepas punya raya.. mesti semua tersenyum.. tahun ni kita buat yg terbaik eh...

Pesanan kepada yang balik beraya rumah mertua atau sedara mara..

Baju dalam & seluar dalam tolonglah bawa yang elok sikit.. jadi bila basuh, sidai atau tercicir takde laa malu nak mengaku nanti.. takpun beli baru lagi bagus.. ni seluar dalam dah macam roti jala.. Ada jugak dah macam tanggok ikan kat parit tu tak payah la nak bawak..

Tuala pun bawak la yang baru.. yang dah lusuh kena clorok tu tak payah la nak bawak.. beli baru pun elok.. kita juga yang pakai.. ni kekadang dah macam alas kaki pun nak pakai gak.. kekadang ada yg dah belubang lubang...

Kebanyakkan orang barang2 mandian pun tak berapa kesah.. berus Gigi tu bawak la sorang satu yg baru.. kalau kat supermarket tu 5batang baru RM5.. ni rupa dah macam berus jamban pun nak bawak jugak.. isikan didalam satu bekas untuk kita & anak2 punya.. biasakan anak2 simpan balik dalam bekas kalau dah digunakan.. biasalah.. kalau dah ramai2 diorang ni main sauk je apa yang dapat..

Satu lagi kalau bawak bantal & "Gebo" (selimut) bawak la yang semenggah sikit.. bantal yg dah leper sama ngan plywood tu tak payah la bawak.. tukar la sarung yg elok sikit.. kekadang gebo tu dah macam kain buruk dah..

Kita ni nak beraya bukan hanya luaran je.. baju nak lip lap.. gelang sampai kesiku..tudung melilit macam kena belit ular... tapi bila sidai seluar dalam dah macam roti jala.. tuala dah macam alas kaki.. berus Gigi dah kembang Macam berus jamban, bantal dah macam "Ojol" ( getah sekerap)..  tu belum lagi aroma yg dibawa sekali balik ke kampung tu..pergh...

orang perempuan kena jaga benda2 ni semua... sebab biasanya para suami tak ambik tahu pun pasal benda ni.. dia tahu semua sudah siap je.. benda2 yg macam ni lah kita kena aware sebenarnya.. semua ni mencerminkan keperibadian kita sekeluarga.. tak kira la balik rumah mertua/sedara mara atau balik rumah mak sendiri...

Salam aidilfitri untuk semua... 


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign