21 September 2015

ADAKAH ANDA SEORANG YANG RASICT ?



Akhir-akhir ini, pelbagai isu dan ragam dapat dilihat oleh sesetengah individu atau kumpulan yang ingin mencetuskan sensitiviti semua kaum dan etnik di Malaysia. 

Kata-kata aku hanya sebuah nukilan, yang tak mampu mengubah pendapat atau pandangan orang lain. 

"I'm MUSLIM, I'm Malay, and I'm Malaysian people but I'm not Rasict"

Pelaksanaan dasar pecah dan perintah telah mengeruhkan perpaduan masyarakat  di Tanah Melayu (Malaysia) dan terdapat jurang perbezaan ekonomi dan sosial di kalangan kaum. Sejak dulu lagi, usaha british menempatkan kita di lain kawasan bagi mengelakkan dan sebarang usaha penyatuan.

Wujudnya sekolah Vernikular yang mengasingkan kita semua. Yaa, ini juga antara sebab sesetengah individu tidak menghormati sensitiviti bangsa dan agama di Malaysia

Demokrasi adalah hak bebas bersuara. Tidak semestinya bebas, kita sesuka hati untuk melakukan di luar tindakan sehingga boleh mencetuskan sensitiviti pada bangsa lain. 

Pendapat aku tentang individu yang tidak menghormati perasaan kaum lain dalam perhimpunan atau di status sosial media, adalah individu yang tidak mengenali dan bergaul secara rapat.

Mungkin juga, individu ini sejenis manusia yang berpuak untuk tidak berkawan atau bercampur dengan bangsa lain. Tak rasa malu ke pelbagai lontaran dilepaskan di media sosial, kemudian bertegur sapa seperti tidak berlaku apa-apa. 

Secara realitinya, masyarakat di Malaysia masih harmoni dan bertegur sapa. Sejak kebelakangan ini, sesetengah individu atau kumpulan sedaya upaya ingin mencetuskan kontroversi melalui poster berkaitan isu perkauman (racism). 

Jangan kerana nira setitik, rosak susu sebelangga. Jangan kerana seseorang kita bermusuhan dan aku menentang individu yang membangkitkan isu perkauman dan tidak menjaga sensitiviti perasaan orang lain. Banyak pages di sosial media seperti facebook yang cuba mempengaruhi serta membangkitkan isu yang  menyebabkan tercetusnya pergaduhan.

Disini, bukan sahaja  aku ingin mendapatkan segulung Diploma. Malah, aku dapat mengenali masyarakat Borneo lebih mendalam. Permulaanya, aku hanya sekadar mendergar negeri Sabah di bawah Bayu, dan Sarawak negeri Kenyalang. Tapi, percayalah mereka sudah lama mengamalkan konsep 1 Malaysia sebelum PM ke-6 merasmikan lagi. Pelbagai etnik dan suku kaum terjalin dengan eratnya. Malah, sehinggakan mereka harus angkat sumpah untuk memohon sesuatu, bahawa wujudnya etnik mereka di dalam negeri Sabah dan Sarawak.

Kalau kita berkawan dengan semua bangsa dan etnik di Malaysia, tentunya kita akan menghormati setiap sensitiviti dari sudut Agama, Bangsa, Adat Resam dan lain-lain. 

Bumi Allah hanyalah sementara dan Allah menciptakan pelbagai bangsa untuk mengenali antara satu sama lain. 

Bukankah, Allah mewujudkan sesuatu tentu ada sebabNya. 

Akhir sekali, aku tak rasict jika seseorang itu menghormati antara satu sama lain. 




Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign