07 September 2015

SEHARI BERSAMA RUMAH PERLINDUNGAN AL-NASUHA





      "Sehari Bersama Anak-Anak Al-Nasuha" adalah program masyarakat yang pertama dijalankan di Putra Intelek International College. Subjek MPU 2412 Pengurusan Masyarakat adalah subjek diwajibkan ke atas kami sebagai tanda Malaysian Qualification Agency (MQA) dalam Diploma Risk Management. 

Istilah Aur dengan tebing itulah kami kelas 1 di antara 10 kelas, yang diberi nama "Aria Eva" diambil dari bahasa Greek yang membawa maksud Melody of life. Slogan "Spread The Happiness" bukan hanya sebuah kata slogan tapi menjadi kata rangsangan untuk kami menyebarkan kegembiraan kepada anak-anak Al-nasuha. 

Objektif Program Kelas Satu.

i. Memberi kesedaran tentang tanggungjawab sosial terhadap anak yatim, fakir miskin, anak terbiar dan ibu tunggal.

ii. Memupuk sifat penyayang dalam kalangan pelajar terhadap golongan yang kurang bernasib baik. 

iii. Membina semangat kerja berpasukan dan persefahaman melalui aktiviti luar.

Rumah Perlindungan Al-Nasuha adalah rumah kebajikan persendirian yang di uruskan oleh Puan Fatmah Husin yang dikenali sebagai Umi sebagai pengelola Rumah Perlindungan Al-Nasuha. Rumah tersebut didiami seramai 75 orang termasuk Anak Yatim, Fakir Miskin, Anak terbiar dan juga ibu tungal. Kira-kira RM 30 ribu setiap bulan untuk menguruskan 3 buah rumah yang berada di Gombak Permai, Batu Caves.

Kami menyahut cabaran dan sepakat memilih Rumah Perlindungan Al-Nasuha sebagai tempat program masyarakat kami kerana didiami lebih 50 kanak-kanak dan juga dapat meringankan beban umi pada bulan itu.



Setiap kumpulan atau organisasi tentunya mengidamkan sebuah logo yang Gah dan mudah dikenali. Begitu juga kami, selaku pengerusi berpendapat "Burung Angsa Laut" sesuai di jadikan sebuah Logo dan panduan untuk kumpulan kami, sebagai perangsang dan kekuatan tersendiri.

"Burung Angsa Laut' mudah dikenali sebagai burung yang berkelompok dan mereka sentiasa bersama-sama demi meneruskan kehidupan seharian.

Begitu juga kami, kami jadikan burung angsa laut sebagai kekuatan kami. Jika mereka sentiasa berkerjasama dalam pasukan begitu juga kami. Kami memerlukan antara satu sama untuk mencapai tujuan dan objektif program kami.

Oleh itu, bukan mudah untuk merealisasikan sebuah program yang begitu hebat dari segi pengurusan. Malah, ia memerlukan kerjasama antara satu sama lain. 

Tapi, kami semua telah di pertemukan untuk melaksanakan sebuah program kemasyarakatan yang begitu luar jangkauan kami sendiri, termasuk pensyarah kami iaitu Miss Noor Effa selaku penasihat Subjek Pengurusan Masyarakat.




Selain itu, pelbagai pamplet telah di keluarkan demi menampung kos Program Rumah Perlindungan Al-Nasuha. Kami menjangkakan menerima bantuan dari pihak tajaan. Tetapi, 3 minggu terakhir sebelum program di laksanakan, kami menerima khabar tentang tajaan menarik diri kerana mempunyai masalah tersendiri. Seolah "Hasrat hati hendak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai"

Anggaran bajet kelas kami sebanyak RM 4000.00 / 4K untuk menampung program sehari bersama Al-Nasuha. Kelas kami masih memerlukan 2K untuk melaksanakan program pada pertengahan Ogos itu.

Walau bagaimanapun, kami mencabarkan diri bila berhadapan dengan masyarakat yang sendiri kami tidak mengenali latar belakang mereka dan meminta sumbangan ikhlas dari mereka. Tetapi, bukan semudah itu masyarakat ingin menyumbang Seringgit kepada kami. Malah, kami juga dihalau kerana mereka tidak berminat dan beranggapan kami menipu.

*IOI Mall, Puchong

*MIdValley, Petaling Jaya

*KL sentral, Kuala Lumpur


Kini kami sedar, tidak semudah itu untuk melaksanakan sesuatu program yang baik, apatah lagi bila berhadapan untuk meminta sumbangan. Apa menjadi kekuatan kami adalah "tidak pernah putus asa dan erti kekalahan" 




Aktiviti seterusnya, kelas kami menjalankan "heena" untuk orang ramai demi menampung kos yang masih tidak mencukupi.

Hasil permintaan yang tinggi, "heena" adalah salah satu aktiviti yang sangat luar biasa dan kami sendiri meletakkan "heena" sebagai aktiviti luar jangkauan kami sendiri.

Jutaan terima kasih kepada Nina, bila berhadapan lebih 30 orang ke atas untuk melukis heena di tangan. Aktiviti ini dijalankan sepanjang 2 minggu terakhir sebelum program dilaksanakan.



                             











Gambar di atas antara aktiviti jualan Car Boot Sales yang berjaya mengutip dana yang tinggi. 

Di sini, kami menegaskan kelas kami bukan sahaja melaksanakan program masyarakat semata-mata. Malah, kami belajar cara untuk menarik minat orang ramai untuk membeli pakaian pre-loved.

Oleh itu, Strategik Pemasaran harus di buat rapi agar pelanggan mudah membeli tanpa sebarang keraguan

Kami menggunakan konsep "Membeli sambil beramal" untuk mempengaruhi minda pelanggan untuk membeli. Oleh itu, pelanggan bukan sahaja membeli barangan terpakai tetapi mereka beranggapan ini sahaja cara untuk mereka menolong dan berbakti kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. 

Untuk jualan preloved kami, kebanyakkan baju masih belum digunakan dan baru hanya sekali dua di gunakan.

Bukan itu sahaja, pamplet menarik juga dapat mempengaruhi sesiapa sahaja untuk menyumbang ke program kami.

Oleh itu, kami menekankan warna merah, kuning dan biru sebagai teknik strategik pemasaran untuk sesiapa sahaja membacanya.


HARI SABTU 8 OGOS 2015
                             
HARI AHAD  9 OGOS 2015


HARI AHAD  9 OGOS 2015
Kami juga telah membuka peluang orang ramai untuk menyumbang barang keperluan asas untuk di berikan kepada Rumah Perlindungan Al-Nasuha. 

Anggaran barang keperluan asas dianggarkan melebihi RM 2000.00

Terima kasih tidak terhingga kepada mereka yang beri sokongan kepada kami untuk diagihkan barangan keperluan kepada Rumah Perlindungan Al-Nasuha.

                   

Gambar di atas, adalah persiapan yang di buat rapi sebelum bertolak ke Rumah Perlindungan Al-Nasuha.

* 2 Kek tersebut adalah kek Meraikan Rumah Al-Nasuha. 

* Sebanyak 30 Hamper di sediakan untuk permainan yang di buat oleh AJK aktiviti.

* Sebanyak 2 Cenderahati (bakul buah) diberikan kepada Penasihat kami iaitu Miss Noor Effa dan juga fasilitator kami Miss Jayesri sebagai tanda penghargaan kami kepada mereka.


                  


Konsep "Budi Ditabur Kasih Disemai" sebagai lambang tema kami dalam melaksanakan program masyarakat tersebut. 



                   

Ini antara makanan tengahari yang kami sediakan sempena program kami, iaitu Nasi Tomato, Ayam masak merah dan papadom. 

Minum petang kami mendapat tajaan dari individu yang niat untuk memberi 500 biji kuih muih kepada anak-anak al-nasuha.

* Karipap
* Kuih Lapis
* Pau Sambal
* Talam Ubi
* Seri Muka

                               


Sampai sahaja di Vista Prima pada 07.26 pagi. Kami mengalihkan barangan ke bas dan bertolak ke Gombak Permai pada jam 7.45 pagi dan tiba di sana Jam 08.30 pagi.


                                       


Jam 9.25 pagi, team kami mula escort anak Al-Nasuha dari Rumah mereka ke Dewan berdekatan dengan mengambil masa 5 minit untuk berjalan kaki.

Macam-macam reaksi di wajah mereka bila terpaksa bangun pagi. tetapi, bila aktiviti permainan sudah dijalankan begitu ceria di wajah mereka.

Bukan setakat mereka sahaja ceria, kami team aria eva lebih ceria dari anak-anak Al-Nasuha. 
Seolah-olah mereka yang jemput kami ke program mereka. Begitu teruja bila kami dapat ikut main bersama dan meluangkan bersama mereka. 

Walaupun, senyuman di wajah mereka begitu ceria seperti tidak berlaku apa-apa. Namun, hati mereka terpahat dengan kesedihan bila ketiadaan ibu dan ayah, ditinggalkan seperti tiada belas kasihan. Namun, mereka tetap teruskan kehidupan mereka seperti anak-anak yang lain.




                 

Jam 10 pagi kami memulakan aktiviti lambung kasih dan lain-lain aktiviti sehingga jam 12 tengahari. 

Sangat-sangat meriah sehingga mereka tidak mahu berhenti bermain. Tetapi apakah daya, masa begitu cepat meninggalkan kami dengan mereka.

                             


                 

Tepat Jam 12.00 tengahari. Makanan tengahari di edarkan kepada semua Anak Al-Nasuha.

Team Kelas kami mengambil makanan untuk mereka dan layan mereka dengan sepenuh kasih sayang. Malah, kesedihan kami seperti terpahat bila melihat wajah mereka yang makan tanpa suapan seorang ibu seperti anak orang lain. 

Tentu kadang kala hati mereka meronta dan menjerit ingin mendapat belaian dan suapan dari seorang insan yang bergelar ibu. Namun, jeritan itu hanya mereka rasai dan di belenggu oleh suara hati mereka sendiri. 




                   

Selepas selesai mereka makan tengahari, aktiviti indoor dijalankan di dalam dewan.

Mula-mulanya kami menjangka yang mereka tidak berminat untuk bermain "Music Chair" kerana kepenatan akibat aktiviti outdoor. 

Tetapi, perasaan berkobar-kobar ingin terus bermain. Aktiviti "music chair" dijalankan dengan penuh ceria dan gembira.


                             


Tepat 1.30 petang, aktiviti diteruskan dengan majlis penutup yang diwakili Lisa dan Afiqah sebagai pengerusi majlis program bersama anak Al-nasuha

Seterusnya, ucapan diteruskan oleh saya sendiri selaku pengerusi MPU subjek Pengurusan Masyarakat. Selaku pengerusi program, bukan mudah untuk merealisasikan sesebuah program itu berjalan dengan lancar. Ditambah pula, program itu di luar kawasan daerah kolej kami. Selaku pengerusi, saya berpendapat bahawa program yang kami melaksanakan bukan sahaja Jaguh Kampung di sesuatu tempat. Malah ia memberi peluang dan pengalaman kepada kumpulan kami untuk mengadakan program di luar kawasan. Sememangnya, program ini bukan sahaja menerapkan nilai kasih sayang kami kepada mereka. Tetapi, membuka minda betapa beruntungnya kami dilahirkan di dunia disamping kedua ibu bapa kami.

Pada permulaanya, kami menjemput Dato Sudzek sebagai tetamu terhormat untuk merasmikan program kami. Tetapi, "Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan". Saat akhir, beliau tidak dapat hadir untuk merasmikan kerana diwajibkan untuk beliau hadir majlis di Putrajaya. 

Begitu juga, kami bukan mengadakan program sekadar memenuhi kehendak MQA. Tetapi, kami menjemput Akhbar Sinar Harian sebagai Liputan Media. 

Dalam Pengajian Pengurusan Risiko, kami diajar tentang subjek Public Relations, iaitu pentingnya Media untuk memberikan pendedahan yang lebih meluas kepada orang ramai tentang program yang kami laksanakan. Liputan Media bukan sahaja untuk publisiti sesuatu cerita. Tetapi, tujuan kami, menjemput Akhbar Sinar Harian untuk menyeru anak muda agar menyahut dan merasai pengalaman bersama Anak yatim. 

Selain itu, kami menekankan kepada masyarakat tentang tanggungjawab kita sebagai manusia untuk lebih prihatin dan rasa bertanggungjawab dalam kebajikan sosial kemasyarakatan.

Selaku Pengerusi, saya berpendapat kami telah mencapai tujuan kami kerana hampir semua subjek di dalam pengajian telah kami memperaktikal di program sehari bersama Al-Nasuha.


                                           

Sesi diteruskan dengan penyampaian botol air kepada semua anak-anak Al-nasuha. 


                             

Seterusnya, penyampai hadiah diberikan kepada kumpulan dan individu yang memenangi aktiviti yang kami anjurkan. Begitu ceria dan gembira bila melihat wajah mereka ketika melihat hadiah yang begitu banyak.


                   

Majlis diteruskan dengan pemberian sumbangan ikhlas daripada kami kelas satu kepada Rumah Perlindungan Al-Nasuha sebanyak RM 3000.00 (3 ribu).

Alhamdulillah, kami berjaya mengumpul dana untuk program kami sebanyak RM 6000.00 (6 ribu).

RM 3000.00 telah pun kami gunakan sebagai Majlis Bersama Anak Al-Nasuha.

Selesai majlis penutup di akhiri dengan pemberian wang sumbangan. 

Majlis diteruskan dengan minum petang bersama mereka.




   



Seterusnya, kami menghantar barang sumbangan ikhlas ke Rumah Perlindungan Al-Nasuha. Sumbangan terdiri daripada keperluan asas dapur dan juga pakaian.

Selesai menghantar barangan keperluan asas di Rumah Perlindungan Al-Nasuha. kami kembali ke dewan untuk mengemas barang dan bersiap sedia kembali ke hostel masing-masing.



                


Inilah dia, Miss Noor Effa pensyarah yang banyak membantu, memberi nasihat dan memikirkan hal keselamatan kami. 

Pensyarah kami banyak memimpin dari awal program hingga ke akhir. Setiap teguran darinya akan kami memperbaiki untuk masa akan datang. In shaa allah.. 

Akhir kata, Kami terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah kami iaitu Miss Noor Effa Farah selaku penasihat kelas 1. 

Tidak lupa kepada Miss Jayesri Sevakumaran sebagai Fasilitator menilai kerja kami sepanjang program berlangsung. 

Selaku pengerusi, saya terima kasih tidak terhingga buat Naib Pengerusi saya iaitu Amirah Zakaria yang banyak membantu saya sepanjang melaksanakan program "Sehari Bersama Anak Al-Nasuha". Sikap yang tegas dan tidak kompromi adalah sikap yang saya kagumi oleh beliau.

Tidak lupa, semua pelajar kelas satu iaitu kumpulan Aria Eva yang banyak membantu dalam melaksanakan program begitu indah. 

Apa yang saya kagumi oleh kumpulan saya sendiri mereka melakukan sesuatu kerja begitu ikhlas tanpa sebarang rungutan. Mereka melakukan sepenuh hati mereka dan mereka langsung tidak berkira walaupun itu bukan kerja mereka. Bak pepatah melayu mengatakan "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Walaupun kami sebelum ni tidak mengenali antara satu sama lain. Sikap kelompok tidak pernah hadir. Malah kami seolah mengenali antara satu sama lain. Mungkin juga itu salah satu faktor kejayaan kami. 


              
Pada Ahad 23 ogos 2015, program kami telah mendapat liputan dari Akhbar Sinar Harian. 

Terima kasih buat Puan Norafiza Wartawan dari Akhbar Sinar Harian.


Rumusan kejayaan kami mengumpul dana sebanyak RM 8K, bukan terletak kepada program amal. Tapi, kejayaan kami adalah "Satu Hati" yang tidak pernah dibelah bahagi. Walaupun kadang-kadang "Angin berputar, ombak bersahut" bukan alasan untuk kami menyerah kalah. 


Terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, dalam melaksanakan Program Masyarakat MPU 2412 Kelas 1 (ARIA EVA).


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign