20 Oktober 2015

KENAPA ANDA PERLU DATANG KE TADOM HILL, BANTING

                                     

"Tak kenal maka tak cinta" kalau dah kenal tentu korang nak datang lagi. 

Sebelum ni, telinga aku asyik tengiang-ngiang tentang Tadom Hill. Apa yang aku tahu, tempat nih menjadi viral di sosial media tentang keindahan dan kejernihan air di sana. 

"Indah khabar dari rupa" membuatkan hati aku berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tidak. Aku buat keputusan untuk pergi ke sana pada Awal Muharam. 

Perjalanan aku dari Puchong mengambil masa dalam 1 Jam untuk kesana. Aku suggestkan korang untuk gunakan waze sebagai penunjuk arah. Jika korang dari puchong, korang boleh lalu highway belakang one city menghala ke KLIA, just follow je signboard KLIA. Bila korang dah jumpa tol di KLIA tuh, dalam 3-5KM korang boleh susur kiri dan exit bulatan masjid.. Lepas tuh korang boleh laa gunakan waze yee.. 

Sekiranya korang gunakan waze, bila 100 meter nak sampai, korang kena hati-hati sikit.. Risau korang terlepas, sebab jalan belum siap sepenuhnya.

Awal Jam 10 pagi aku sampai di Tadom, Banting. Aku terkesima tengok keadaan disana. Memang betol "indah khabar dari rupa". Aku mula pelik dan tertanya, asal suasana krik-krik dan kaunter pendaftaran takde orang dan aku hanya nampak beberapa orang sahaja di cafe tadom. Mata aku hanya melihat beberapa kelompok kumpulan meluru masuk ke dalam. Mungkin kaunter pendaftaran dekat dalam kot. 


                   


Jalan punya jalan nampak orang berbaris punya panjang. Baru aku nampak keindahan di Tadom hill, walaupun belum siap sepenuhnya. Mereka menggunakan konsep Buloh untuk menarik minat pengunjung dan pelancong. Hampir 95 peratus adalah dari Buloh. Fasiliti di sana sangat terbaik. Mereka menyediakan kemudahan seperti Cafe, tandas, bilik mandi, surau dan lain-lain. 

Punyalah lama beratur, sampai giliran aku...

                         

Rupanya muatan masuk ke Tadom Hill seramai 150 Orang. Ko ghase ? Haha.
Mood excited berubah ke muram, yelah punya sesat nak ke sini. Tiba-tiba je "Maaf, tutup". Abang Rela yang baju kuning pekat menasihati agar kami bersabar dan jangan marah dia. Hahaha, padahal tak marah pun, mungkin pengalaman dia kat situ asyik kena marah dengan pengunjung kot.

Atas nasihat abang Rela, dia suruh letak nama dalam list, Yelahh... 
Takkan laa nak tunggu sampai orang keluar, paling lama orang akan keluar jam 1-2 petang. Betul kata dia, datang dari jauh takkan nak main sekejap kan. Sebab bayaran masuk tuk ketinggian 135cm keatas adalah RM 20 kerana public holiday. Hari biasa hanya Rm 18. Harga tuh termasuk life jacket dan lain-lain. 


                            


Perut sudah berbunyi.... Tak makan punya pasal. Takpelah, kteorang amek keputusan untuk cari makan di depan. 

Setibanya di depan, ramai orang beratur di kaunter pendaftaran bersebalahan dengan cafe. Aku terpikir, kemungkinan ni la yang member aku kata "indah khabar dari rupa". Rupanya, kaunter di depan adalah tempat mandi yang kecil, panas dan kurang memuaskan. Beberapa lagi aktiviti seperti flying fox dan lain-lain. 

Bila tanya di cafe depan, satu habuk makanan belum jual. Yang ada, minuman berkarbonat yang harganya agak mahal.

Pada pandangan aku, sebelum korang datang ke sini. Siap sedia bungkus makanan dan minuman, sebab harganya lebih mahal dari biasa. Jika korang memang takde masalah bab duit walaupun ekonomi kebam boom, beli je laa. Apa salahnya kan.. 

Takkan lah aku nak berlapar, nak taknak. Aku keluar jugak dari tadom hill tuh. Cari kedai makan. Tapi tak jauh dari 600 meter ada warung tepi jalan, masakan dia boleh tahan jugak, harga pun okay. 

Rupanya warung tuh memang tumpuan orang kampung di sana, Kampung Labohan Dagang. 

Sesudah makan, aku gerak semula ke tadom hill.. Masih belum ada yang keluar, menanti terus menanti... haha.. Secara tak langsung, mendidik supaya tuk bersabar...

Sempat jugak jadi kepochi tanya abang Rela kat situ. Rupanya, yang bahagian depan itu adalah Tadom Base dan tempat yang aku sedang menunggu adalah Tadom Hill. Aku pun pelik, apa beza dia erk...

Aku tanya lagi....
"Apa perbezaan Tadom Hill dan Tadom Base"

Abang Rela tuh jawab...
"Lain management"

Aku tak puas hati ! aku tanya lagi...
"Owner yang sama ke?"

Abang Rela jawab
"Yup, tapi lain management (jawapan agak kabur sikit)"

Aku pun tanya lagi..
"Tempat nih belum siap sepenuhnya kan, kalau dah siap tentu harga akan naik kan"

Abang Rela pun jawab
"Kemungkinan akan naik, Bulan 11 baru akan dirasmikan tempat nih, tapi pihak Tadom beri peluang kepada pengunjung tuk mandi manda dan lawat kawasan nih"

Takpelah, detik demi detik belum ada yang keluar lagi, mood selfie tiba-tiba wujud.. hehe...

Perasan tak yang kat belakang tuh, itu kaunter pendaftaran tuk masuk ke Tadom Hill, sebelum nak berdaftar kena lepaskan diri dulu dengan abang Rela. Baru dapat masuk dan daftar disitu..


                 


Tak lama kemudian, aku diberikan satu borang untuk di isi. Borang tuh lebih butir-butir keselamatan jika berlaku tidak diingini..


                 



Kemudian selepas membuat bayaran, kteorang diberikan pass ala-ala cam sunway lagoon... 

                 

Sekiranya, korang ada membawa barangan berharga seperti emas dan lain-lain. Aku sarankan agar korang sewa looker yang dikenakan Rm 10. Nak buka tutup sampai lebam pun takpe. hehe... "sediakan payung sebelum hujan", sekiranya berlaku kehilangan atau kecuriaan pihak Tadom tidak bertanggungjawab. Jadi, korang kena be carefull sikit barang-barang tuh, tak salah labur Rm 10 dari hilang barang yang tentu nilainya besar.

                       

Selesa tak bilik mandi di Tadom hill ? Ko ghaseeee ! haha.

Pada aku, sangat-sangat selesa. 9/10 boleh beri. Siap ada tempat tuk letak barang kat tepi dan ada tempat sangkut untuk tuala, baju dan lain-lain.

Selesa kan, rasa macam kat tempat grand je kan...


                          


Korang selalu tak ? kalau pegi mana-mana mesti kisah pasal tandas kan.. Mesti kisah kannn.... cepat ngaku.. Hehe.

Kalau pergi mana-mana waterfall dan lain-lain pusat reakreasi mesti tandas dia sangat-sangat mengecewakan. Tapi, di Tadom hill mereka menitik beratkan tentang keselesaan dan kebersihan kepada para pengunjung dan pelancong.
Tak rugi kalau korang jadikan Tadom Hill sebagai salah satu destinasi percutian bersama ahli keluarga, saudara mara dan kawan-kawan korang sendiri.


               



               


Sampai tempat basuh tangan pun gunakan buloh jugak. Tentu, menarik perhatian korang kan....



               

Yang mana bersiap ala-ala puteri Raja tuh, jangan risau. Cermin ajaib bersebelahan di tempat bilik mandi. Jadi, tak perlu lah bawa cermin sebesar gajah tuk datang ke Tadom hill kan..

                



                 


Tempat nih masih belum digunakan lagi, mungkin selepas perasmian baru dibuka untuk kegunaan orang ramai.


                 


Tentu korang tertanya, apa benda lah tuh... Macam rumah pun ada..

Itu bukan rumah, itu salah satu kemudahan tuk orang yang beragama islam tuk menunaikan solat di surau. Jadi, rasanya tiada masalah untuk pengunjung yang memikirkan dimana ruang tuk solat kan... 


                

Kawasan tandas dan tempat camping pun tak berapa jauh sangat lebih kurang 40-60 meter jee, mungkin tiada masalah untuk korang pergi ke tandas lewat malam kalau ada jenis member atau orang sebelah jenis tidur tak ingat dunia (padahal acah-acah tidur) sebab dia pun takut untuk teman. hehehe.


                 

Ini adalah kawasan camping, muatan tuk satu khemah lebih kurang 4 orang. Kalau jenis korang suka akan keselasaan, 3 orang pun dah cukup. Jangan lupa bawa barang sepatutnya seperti bantal atau selimut. Yelah, korang di tempat kelapa sawit, kalau siang pun sejuk apatah lagi kalau malam. Ingat ! jangan lupa bawa..


                

Mana tahu satu hari kalau korang buat family day, kebetulan ada mak ayah, pak cik makcik, atok nenek dan sebagainya. Korang boleh sewa seperti gambar di atas. Apa yang aku tahu mereka sediakan tilam dan bantal. Tapi, buat masa ni belum lagi dibuka sehingga hari perasmian pada bulan 11.


                
(Sumber google)


                         







Betul mengujakan apabila melihat air kehijauan, dari padangan bawah nampak rendah je... Tapi, bila nak lompat... Perghhhhh, gayat dia memang tak yah citer laa.. terketar kaki nak lompat, tapi aku paksa kan diri tuk lompat juga. hehe




                            

Pertama kalinya selfie dalam air.. Korang boleh lihatkan kejernihan air di Tadom Hills. Memang best dan terbaik....





Alang-alang sampai dekat sana, jangan lupa tuk main rakit sekali tau. Kalau waktu public holiday macam kteorang pegi nih. Korang mesti kena aim jee dekat diorang yang main rakit nih. Yelah, bukan senang nak rampas rakit kat diorang, bayangkan 1 puak dia je main kat 20-30 minit. Belum lagi tang diorang nak selfie segala macam. Jadi korang mesti follow diorang kemana hokayy. Mesti ada teknik tuk merampas nahkoda rakit tuh...

                                  

Muka agak sunburn dan rentung sikit lepas mandi. Tapi, pengalaman sesuautu yang baru. Sebelum nih, mandi sungai, laut , kolam. Tapi, kali nih lain daripada yang lain. Air dia sangat berbeza dengan air yang lain. Korang patut pegi dan rasakan air yang sangat berbeza.


Mungkin korang asyik teruja dengan beberapa keindahan di Tandom Hills, ada jugak basic pantang larang yang perlu korang patuhi dan ambil tahu. Atleast, sampai di sana korang tak perlu tanya beberapa kali.

Ada beberapa pantang larang.

1. Sekiranya ada luka di anggota badan korang, elakkan untuk mandi di Tadom hills. Kemungkinan ada kuman yang kita tidak ketahui.

2. Jangan letakkan Jaket keselamatan (life jacket) di tanah, batu dan lain-lain yang menyebabkan jaket tersebut kotor dan berpasir

3. Sekiranya korang nak duduk bersantai walaupun nak mandi semula, letakkan jaket keselamatan di tempat yang mereka sediakan.

4. Elakkan masuk di kawasan jajahan Tadom Base sekiranya taknak ditegur oleh rela dan staff Tadom Hills. 

5. Kalau excited pun nak mandi, jangan sampai terlalu jauh. kalau korang taknak jadi pemerhatian selepas ditegur (malu kot kena tegur)

6. Jangan buang sampah mereta tempat sekiranya korang taknak ditegur oleh CCTV bergerak pihak Tadom Hills.

7. Setiap kelakuan, pergerakkan korang di awasi oleh CCTV yang mungkin korang tak perasan (kecuali tandas,bilik mandi,surau)

8. Pantang larang yang terakhir, kalau jenis korang mulut celupah macam saka tak pernah di ajar. MOHON JANGAN DATANG okay.


Jadikan Tadom hills sebagai tempat baru korang untuk relax bersama kawan, keluarga dan suami isteri tau. 

Yang belum khawin jangan nak ngade-ngade untuk relax hokay !..



                                           Enjoy your journey :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign