31 Januari 2016

PRODUK ANTI JERAWAT NO 1 DI MALAYSIA ( REFINITY ACNE HYDROGEL )


"Datang tak dijemput !, pulang dihantar dengan setitik
Refinity acne hydrogen"

                                             
                       
Apa itu Jerawat ?

Jerawat (acne) adalah kulit yang tidak normal di mana terjadinya infeksi bakteria dan perandangan tisu kulit pada pori-pori.

Untuk lebih jelas lagi, ini disebabkan adanya kotoran yang menyumbat saluran minyak. Maka, proses pembentukan yang dinamakan Jerawat.




Secara asasnya, terdapat beberapa faktor jerawat hadir tanpa diundang.

1) Peredaran hormon.

Berlaku sekitar remaja yang berumur 14-20 tahun. Pada saat ini, tak perlu la tegur "kuat berangan ke?", memang pada waktu ini hormon remaja tak menentu. 

2) Kosmetik (makeup)

Debu kosmetik (makeup) adalah salah satu faktor pembetukkan jerawat di muka apabila pori-pori anda tersumbat dan secara tidak langsung permukaan kulit anda tidak bernafas menyebabkan bakteria berkumpul sangat cepat. 

Oleh itu, cara terbaik menghilangkan makeup dengan menggunakan makeup remover, bilas muka anda dengan air suam dan menggunakan sabun pencuci muka yang bersesuaian.

3) Pemakanan

Pemakanan adalah salah satu faktor pembentukkan jerawat di muka apabila anda mengambil pemakanan kurang berkhasiat seperti berminyak (makanan bergoreng), dan tenusu yang berlebihan.

4) Gangguan Emosi

Tekanan atau stress kebiasanya berlaku kepada semua manusia. Cuma, hanya manusia sendiri mampu mengawal tahap tekanan yang dihadapinya. 

5) Produk tidak bersesuaian

Pencuci muka, hydarate (moisturizer) krim siang dan malam salah satu keperluan asas harian manusia.

Bagaimanakah cara untuk anda mengetahui produk tersebut tidak bersesuaian dengan anda. Apabila pertumbuhan jerawat secara drastik. 

Oleh itu, carilah produk yang berasaskan botanical (tumbuhan) dan herba demi keselamatan wajah anda. 


Setakat ini tentu korang dah faham, tentang serba sedikit mengenai pertumbuhan jerawat.


Kenali 4 Jenis kulit korang

1) Kulit Normal

Kulit normal kebiasaanya ia satu anugerah. Dimana kulit orang normal kebiasanya bebas mempunyai sebarang masalah seperti berminyak, kering, jerawat, dan lain-lain. Korang patut bersyukur jika korang golongan bebas dalam masalah kulit. 

2) Kulit Kering

Kulit kering sangat perih kepada sesiapa yang menghadapinya. Dimana kulit tersebut kurang kelembapan di permukaan wajah. Kulit kering yang melampau akan menyebabkan lapisan kulit anda sentiasa terkopek sehingga kemerahan.


3) Kulit Kombinasi (kering & berminyak)

Kulit kombinasi (combination skin) adalah gabungan kulit kering dan berminyak. Dimana kulit berminyak di beberapa bahagian tetapi kering di beberapa bahagian wajah yang lain.

4) Kulit Berminyak.

Kulit berminyak adalah disebabkan oleh beberapa faktor seperti pemakanan yang tidak seimbang atau tidak betul, perubahan hormon, tekanan, dan perubahan cuaca.

Kelebihan orang yang mempunyai masalah kulit berminyak adalah lambat menghadapi masalah kulit jeragat seawal 30-an. 


Terdapat beberapa Jenis Jerawat 

1) Jerawat Nasi

Jerawat nasi adalah jerawat yang ukurannya lebih kecil dan tidak sakit. Kebiasannya jerawat nasi mudah tumbuh di kawasan pipi dan rahang, kerana tempat tersebut merupakan kawasan yang mengandungi minyak paling tinggi.

2) Jerawat Batu

Jerawat batu adalah jerawat yang ukurannya besar dan meninggalkan kesan lubang pada permukaan kulit.



Tentu korang dah faham kewujudan keturunan Jerawat ni kan. Jadi, takkan korang akan terus biarkan kewujudan ini terus menerus sehingga menjejaskan kulit korang dan kehidupan seharian korang. 

Jerawat salah satu penyebab korang hilang keyakinan dalam diri. Hanya orang yang pernah lalui atau sedang lalui tahu akan perasaan ini. Tapi, korang mesti kena yakin bahawa Refinity Acne Hydrogel mampu mengatasi seawal 24 Jam.

APA ITU REFINITY ACNE HYDROGEL ? 


Refinity Acne Hydrogel diformulasi oleh Ahli Farmasi Malaysia dari herba asli terbaik iaitu Salix Alba Extract yang sangat efektif merawat jerawat dan parut jerawat. 

Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana produk Refinity bebas daripada bahan kimia. 


5 SEBAB AKU MEMILIH REFINITY ACNE HYDROGEL :

1) PANTAS BERTINDAK

Formulasi Acne Hydrogel FOKUS untuk hilangkan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.



2) SENANG & MUDAH


Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.


3) SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF

Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif untukmenghilangkan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4) PENGIKTIRAFAN

Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia(NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.



5) 98% PENGGUNA BERPUAS HATI

Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.

Masih ragu-ragu untuk memilih produk anti jerawat Refinity acne hydrogel ?

Jangan risau, saya akan tunjuk keberkesanan produk tersebut melalui beberapa testimoni selepas menggunakan produk anti jerawat no 1.




”REFINITY ACNE HYDROGEL TERBAIK ! “ Alhamdulillah, sebelum ni muka akak memang banyak jerawat. Nak sentuh pun sakit. Nak cuci muka lagi la sakit. Lepas guna Refinity Acne Hydrogel, jerawat dah mula kering. Sekarang lepas 1 minggu, jerawat makin kurang. Takde sakit dah. Gambar terbaru memang hampir clear jerawat. Tinggal merah-merah je lagi.
                                                               Wan Nor Asliza, Terengganu
                                                               Cikgu sekolah






”DARI BINTIK KE FLAWLESS ! “ Kulit muka saya dulu memang ada bintik-bintik jerawat. Memang susah sangat nak hilang. Pakai apa pun sama je hasilnya. Tapi lepas saya pakai REFINITY Acne Hydrogel, memang cepat kesan dia. Tak sampai 24 jam dah start nampak perubahan. Jerawat makin kecut. Tak sampai 1 minggu, kulit dah jadi FLAWLESS ! Memang terkejut juga dengan kesan dia. Kawan-kawan semua puji kulit makin cantik. Terima kaish REFINITY ! 
                                                                            Cynthia, Sarawak
                                                                            Pekerja kerajaan



” JERAWAT CLEAR SEKEJAP JE ! “ Dah penat saya pakai produk jerawat. Tak penah berkesan. Makin tambah jerawat adalah. Kawan suggest saya untuk guna produk ni. Saya malas mula-mula nak pakai. Sebab dah putus asa. Tapi saya cakap kat diri, ini last time saya beli produk jerawat. Lepas ni tak nak dah. Tapi Alhamdulillah, tengok gambar je la. Semua tu bukti keberkesanan Acne Hydrogel ni. Memang superb. Kulit muka saya dah jadi macam dulu kala. Masa zaman kulit licin bersih. Sukanya saya ! 
                                                                               Siti Wan, Johor
                                                                               Pekerja swasta



Masih tak percaya ? Meh baca testimoni dari aku sendiri selepas menggunakan produk Refinity Acne Hydrogel. 


                                    

Aku mempunyai masalah kulit kombinasi, dimana beberapa bahagian berminyak dan beberapa bahagian kering. Kebiasannya jerawat aku mudah tumbuh di bahagian rahang dan pipi. 
Pembentukkan jerawat di rahang kebiasannya orang yang menghadapi tekanan. Biasalah, cabaran seorang pelajar selalunya menghadapi tekanan belajar. Tambahan pula, pelajar akhir semester. 
Selepas aku menggunakan Refinity Acne Hydrogel ia satu keajaiban, dimana hanya setitik acne hydrogel mampu mengatasi seawal 24 Jam. 
Masalah kulit sensitif amat rumit  saban hari. Dimana, kulit sensitif hanya sesuai beberapa produk yang berasaskan botanical dan herba 
Tapi dengan produk Refinity yang diformulasi dari herba asli sangat sesuai untuk semua jenis kulit yang  bermasalah.
20 Januari-31 Januari genap 11 hari menggunakan Refinity Acne Hydrogel yang sangat efektif merawat jerawat. Alhamdulillah, nampak perbezaan selepas menggunakanya.

Selepas meletakkan setitik Acne hydrogel perubahan seperti :

                                         


1) Jerawat sukar tumbuh.

2) Parut jerawat semakin pudar.

3) Bekas permukaan jerawat lebih licin dan sekata.

4) Jerawat menyerah kalah seawal 24 Jam

5) Cepat meresap ke dalam permukaan kulit.

Kebiasanya, kalau kita sapu jenis produk berkrim kulit kita terasa melekit dan berminyak. Tapi, aku sangat berpuas hati dengan produk Refinity Acne Hydrogel kerana mudah meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak dan melekit.


Cara penggunaan :

1) Bersihkan muka dengan kering

                                   

Tips sedikit, apabila korang mencuci muka harus menggunakan teknik 3 jari semasa membuat urutan di muka. 3 jari di atas adalah permukaan jari yang sangat lembut

Apabila korang mencuci muka, make sure teknik urutan ini daripada bawah ke atas untuk membuka serta membersihkan debu di liang pori.


                                   

Bagi kulit sensitif, aku menggunakan Facial Cloths yang sangat lembut untuk mengelakkan kecenderaan pada kulit wajah yang sensitif. 

2) Sapu produk Refinity Acne Hydrogel di bahagian jerawat


                                         

3) Gunakan secara konsisten 2 kali sehari. 

- Gunakan pada waktu pagi.

- Gunakan pada waktu malam sebelum korang tidur.



Kalau korang jenis kaki travel, botol Refinity Acne Hydrogel sangat mudah bawa kemana sahaja. Tiada alasan untuk korang skip cara penggunaan hokay. Korang nak nampak kesan efektif mesti gunakan secara konsisten tau.


                                 

Ukuran ketinggian botol hanya 12cm dan isi kandungan 15ml.



Apakah pantang larang jika terdapat jerawat di wajah?

Jangan picit atau pecahkan jerawat. Ini akan menyebabkan bakteria tersebar ke kawasan lain yang tidak ditumbuhi jerawat dan menyebabkan lebih banyak jerawat keluar. Jangan menyentuh kulit muka dengan tangan yang kotor. Bersihkan tangan. Sekiranya Nampak jerawat keluar, cepat-cepat sapu REFINITY Acne Hydrogel !


REFINITY Acne Hydrogel sesuai untuk siapa?


Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita pada semua peringkat umur yang mempunyai masalah kulit sensitif, jerawat yang baru tumbuh, jerawat lama, jerawat batu, jerawat pasir dan bekas jerawat yang hodoh. 


REFINITY Acne Hydrogel juga boleh digunakan pada wanita mengandung atau menyusukan anak kerana bahan aktif yang terkandung hanyalah herba asli yang langsung tidak memudaratkan. Ia juga membantu memudarkan kesan parut jerawat lama dengan menghasilkan sel-sel kulit baru yang sihat.



Berapa lama korang dapat lihat kesannya?

Kesan awal seperti pengecutan jerawat dapat dilihat dalam masa 24 jam. Kesan ketara pula dapat dilihat seawal 24 jam sehingga 1 minggu bergantung kepada individu.


Berapa harga Refinity Acne Hydrogel sebotol ?

Harga asal : Rm 90.00 sebotol. Tapi, harga boleh dapatkan harga mampu milik sekarang !

Hanya RM 70.00 Sebotol !


DAPATKAN REFINITY ACNE HYDROGEL HARI NI JUGA !

Dan kembalikan kulit wajah seperti dulu. Anda risau?


JAMINAN 100% BERKESAN

Sekiranya tidak berkesan, hubungi khidmat pelanggan Refinity Acne Hydrogel dengan segera !


JAMINAN 100% BARANG SAMPAI
Sekiranya barang tidak sampai untuk pertama kali, pihak Refinity Acne Hydrogel akan post untuk kali kedua dan seterusnya sehingga sampai !


JAMINAN KHIDMAT NASIHAT SELEPAS JUALAN

Jangan bimbang, korang boleh menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan di 019-544 3000 jika terdapat sebarang persoalan.


Sekiranya korang berminat, korang boleh kunjungi website di bawah. Hanya klik link di bawah, korang mampu mengalahkan jerawat menyerah kalah seawal 24 Jam.




28 Januari 2016

3 DOKUMEN PENTING SEMASA PERMOHONAN LESEN MEMANDU

Setiap kali kita berurusan dengan Badan Kerajaan, Kerajaan pusat, Bank, Perbadanan NGO dan lain-lain. Kita akan tertanya-tanya tentang Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh mereka. 

Sebernanya takde laa rumit sangat berurusan dengan mereka. Jika kita research sedikit sebelum datang, takde la sampai sana kita terpingga-pingga. Maklumlah, setiap tahun tentu procedure yang ditetapkan oleh mereka berubah-ubah. Mungkin untuk penambahbaikan sistem dan SOP mereka.

Pengalaman hari ini nak cerita, tentang Permohonan Lesen Memandu setelah tamat P.

Kebiasanya, kalau orang yang menetap di Klang atau Shah alam lain tak bukan mereka akan berurusan dengan JPJ Padang Jawa. 

Tapi disebabkan pengangkutan awam terbatas ke JPJ Padang Jawa. Aku merelakkan diri pergi ke JPJ Petaling Jaya.

Jadi sebelum pergi, buat research sedikit pengangkutan awam yang mudah ke sana. So, paling dekat di JPJ Petaling Jaya.

Perjalanan aku bermula 6.20 pagi dari Puchong sampai di JPJ Petaling Jaya jam 10 pagi.


1) Check pengangkutan awam yang mudah dari KL Sentral. Paling mudah naik LRT.

                                          


Mesti korang tertanya-tanya, 

"ehh naik LRT nak berhenti kat mana?"

korang mesti turun di Perhentian Taman Jaya kalau nak berurusan dengan JPJ Petaling Jaya. Perjalanan dari KL Sentral ke Taman Jaya lebih kurang mengambil masa dalam 15-20 minit. 

Turun dari LRT Taman Jaya korang dah nampak Bangunan JPJ Petaling Jaya, bersebelahan dengan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. Hanya jalan kaki dalam 5 minit.

Kemudian korang terus menuju ke kaunter no. giliran.

2. Dokumen penting untuk membuat Permohonan lesen baru setelah tamat P :

a) Lesen lama ( lesen P)
b) Kad Pengenalan
c) Gambar ukuran passport (background putih)

Tentang gambar nih korang kena alert sikit sebab ada separuh JPJ minta gambar, ada separuh yang tak minta. 

Mostly apa yang aku baca blog yang mereka pernah berurusan, staff kaunter JPJ minta gambar juga. Tadi pun, aku tak bawa gambar hanya tawakal je laa. Selamat dia tak minta. 

Sebernanya tujuan gambar tuh untuk letakkan di lesen baru. Kalau ada yang staff diorang tak minta, means diorang gunakan gambar kad pengenalan korang letak di lesen baru.

Harga hidupkan lesen :

1 Tahun = Rm 30

Pelarasan tarikh (samakan tarikh hari lahir) = Rm 15


                         

Perghhh.. comform sendu bila tengok giliran yang ke-50.

Jam 11.10 pagi aku dah settle ambil kad. Agak cepat juga diorang buat kerja, mana tidak 3 kaunter khas dibuka untuk lesen sahaja. 

Staff JPJ Petaling Jaya awesome laaa, diorang layan penuh budi bahasa walaupun warga asing. Inilah yang sepatutnya kita mahukan kualiti dalam pekerjaan. Hihihi

Tapi yang peringat umur nih faham-faham je laa. Huhuhu.

Akhir sekali, buat persiapan sebelum berurusan mana-mana pejabat dan yang paling penting datang awal untuk mengelakkan korang tunggu lama.

p/s : Yeahh ! awal umur 20 tahun dah settle P. 


16 Januari 2016

3 SEBAB PERKATAAN "KELING" MEMBAWA SENSITIVITI KAUM

                                                 
                                                   
Isu sensitiviti kaum, warna kulit, bahasa, dialek, adat mahupun agama sangat-sangat sensitif kepada sesuatu individu atau golongan masyarakat.

Isu rasisme "Hitam" dan "Putih" di Amerika adalah isu yang sukar untuk aku faham, "why" penerimaan warna kulit itu menjadi jurang kaum bagi negara Amerika.

Alaaa, kita tak payah pegi jauh ! orang kita bila nampak *rambut kerinting apro *kulit hitam hanya nampak gigi terus panggil : 

"Eiiiii... Nigger laaaaa !"

Oi ! perkataan "Nigger" sangat sensitif bagi mereka. Mereka lebih suka kalau mereka dipanggil "black" berbanding "Nigger". Kalau korang berani cubalah test depan diorang.. Hahaha

Baru-baru ni viral satu video di Politeknik Shah Alam yang berdurasi selama 2 minit 49 saat di salah sebuah pages di Facebook. 

Apa yang aku faham tentang kronologi video tersebut puncanya salah seorang pengawal keselamatan Melayu menyebut perkataan "Keling" kepada 5 orang pelajar Politeknik tersebut menyebabkan berlakunya kemarahan sekumpulan pelajar india yang berkumpul di Pondok Keselamatan. Kumpulan pelajar India tersebut hanya menyuruh pensyarah mereka memanggil guard tersebut untuk meminta maaf akibat perkataan "Keling" yang dilemparkan kepada mereka. 

Yelah ! siapa tak marah soal sensitif kaum kan. Ramai cuba menyalahkan pensyarah dan meleparkan kata-kata kesat yang kononya tetap backup kaum sendiri. Apa yang aku lihat, pensyarah tersebut seperti terpingga-pingga seolah itu bukan dibawah penyelianya. Mana tidak, pensyarah tuh mungkin blur apa yang berlaku dan tak faham bagaimana berlaku walaupun diulangi penjelasan pelajar India tersebut dalam bahasa English. 

Aku pun marah ! sepatutnya guard tersebut dah tahu diri tuh salah pergilah minta maaf secara terbuka atas perbuatan diri sendiri. Mudah kannn...

Isu soal panggilan "Keling" daripada dulu tidak lenyap dek bumi. Seolah menjadi penggunaan #Hastag.

Apa pandangan aku dari segi maksud perkataan "Keling" itu adalah India muslim atau dikenali sebagai Mamak. 

Buktinya dari pandangan aku, Caudeer Mohudeen juga dikenali sebagai Kapitan Keling iaitu seorang Ketua Kaum India yang sangat dikenali dan berpengaruh pada zaman SHTI (Syarikat Hindia Timur). Masjid Kapitan Keling juga diletakkan atas nama beliau atas dasar usaha beliau meminta sebidang tanah untuk mendirikan sebuah Masjid yang terletak di Pulau Pinang. Selain itu, penggunaan nama jalan turut ditukar dari Lebuh Pitt kepada jalan Masjid Kapitan Keling.


                    
Makam Kapitan keling bersama 3 isterinya.
1. Che Minah (Isteri pertama)   2. Mak ma (Isteri kedua)
3. Tengku Maheran - Kerabat Diraja Kesultanan Kedah (Isteri ketiga) 


Bagi kaum India Malaysia perkataan "Keling" itu seolah perkataan kurang hormat, dianggap menghina atau bahan ejekkan... Antara fahaman aku tentang perkataan tersebut : 

Keling = Seolah memerli mereka sembahyang ketika bunyikan loceng "Klink".


Keling = Mendakwa bahawa istilah (keling) tersebut kurang hormat bagi
             masyarakat India Malaysia kerana menggangap menyamakan istilah 
             "nigger" untuk masyarakat Amerika Afrika.

Keling = Kebanyakkan Imigran dari India yang awal bekerja di ladang dikenali
             sebagai "keling". Oleh itu, apabila mereka mencapai kemajuan dari
             segi ekonomi dan pendidikan. Mereka ingin menjauhkan perkataan
             stigma kelas bawahan. 

Sama juga perkataan "Paria" yang kita sebut tapi tidak tahu istilah dan maksud sebalik perkataan.

Paria =  Dalam Hindu ada beberapa peringkat kasta. Kasta Pariaya adalah
            kasta yang dihina dan dibenci. So, bila kita memanggil orang India
            dengan panggilan "Pariaya" adalah kurang beradab kerana mereka
            bukanlah dari kasta pariaya tersebut. 

Aku pernah tengok filem tamil tentang golongan Brahmin hanya boleh kahwin dengan golongan mereka sahaja.

Sama juga masyarakat Melayu bila penjajah katakan kaum melayu pemalas, semua tunjuk berang mengatakan mereka bukan dalam kategori tersebut, the same situation dengan panggil "Kasta" dan "paria".


Jika kita tahu perkataan tersebut itu lebih berbunyi kearah negatif. Elakkan penggunaan atau panggilan kepada mereka. 

Zaman sekarang bukan zaman dahulu yang ada jurang perbezaan. Ini zaman GST, ada peluang kena gapai. 

Sebelum dilabel "Rasisme" jaga tutur perkataan dan tingkah laku yang membawa maksud negatif kepada sesebuah masyarakat hokayyyy...


P/S : Sekiranya maksud atau penyampaian di atas salah. I'm sorry, hanya beri pandangan peribadi... Kosong-kosong ! hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign