28 Januari 2016

3 DOKUMEN PENTING SEMASA PERMOHONAN LESEN MEMANDU

Setiap kali kita berurusan dengan Badan Kerajaan, Kerajaan pusat, Bank, Perbadanan NGO dan lain-lain. Kita akan tertanya-tanya tentang Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh mereka. 

Sebernanya takde laa rumit sangat berurusan dengan mereka. Jika kita research sedikit sebelum datang, takde la sampai sana kita terpingga-pingga. Maklumlah, setiap tahun tentu procedure yang ditetapkan oleh mereka berubah-ubah. Mungkin untuk penambahbaikan sistem dan SOP mereka.

Pengalaman hari ini nak cerita, tentang Permohonan Lesen Memandu setelah tamat P.

Kebiasanya, kalau orang yang menetap di Klang atau Shah alam lain tak bukan mereka akan berurusan dengan JPJ Padang Jawa. 

Tapi disebabkan pengangkutan awam terbatas ke JPJ Padang Jawa. Aku merelakkan diri pergi ke JPJ Petaling Jaya.

Jadi sebelum pergi, buat research sedikit pengangkutan awam yang mudah ke sana. So, paling dekat di JPJ Petaling Jaya.

Perjalanan aku bermula 6.20 pagi dari Puchong sampai di JPJ Petaling Jaya jam 10 pagi.


1) Check pengangkutan awam yang mudah dari KL Sentral. Paling mudah naik LRT.

                                          


Mesti korang tertanya-tanya, 

"ehh naik LRT nak berhenti kat mana?"

korang mesti turun di Perhentian Taman Jaya kalau nak berurusan dengan JPJ Petaling Jaya. Perjalanan dari KL Sentral ke Taman Jaya lebih kurang mengambil masa dalam 15-20 minit. 

Turun dari LRT Taman Jaya korang dah nampak Bangunan JPJ Petaling Jaya, bersebelahan dengan Kompleks Mahkamah Petaling Jaya. Hanya jalan kaki dalam 5 minit.

Kemudian korang terus menuju ke kaunter no. giliran.

2. Dokumen penting untuk membuat Permohonan lesen baru setelah tamat P :

a) Lesen lama ( lesen P)
b) Kad Pengenalan
c) Gambar ukuran passport (background putih)

Tentang gambar nih korang kena alert sikit sebab ada separuh JPJ minta gambar, ada separuh yang tak minta. 

Mostly apa yang aku baca blog yang mereka pernah berurusan, staff kaunter JPJ minta gambar juga. Tadi pun, aku tak bawa gambar hanya tawakal je laa. Selamat dia tak minta. 

Sebernanya tujuan gambar tuh untuk letakkan di lesen baru. Kalau ada yang staff diorang tak minta, means diorang gunakan gambar kad pengenalan korang letak di lesen baru.

Harga hidupkan lesen :

1 Tahun = Rm 30

Pelarasan tarikh (samakan tarikh hari lahir) = Rm 15


                         

Perghhh.. comform sendu bila tengok giliran yang ke-50.

Jam 11.10 pagi aku dah settle ambil kad. Agak cepat juga diorang buat kerja, mana tidak 3 kaunter khas dibuka untuk lesen sahaja. 

Staff JPJ Petaling Jaya awesome laaa, diorang layan penuh budi bahasa walaupun warga asing. Inilah yang sepatutnya kita mahukan kualiti dalam pekerjaan. Hihihi

Tapi yang peringat umur nih faham-faham je laa. Huhuhu.

Akhir sekali, buat persiapan sebelum berurusan mana-mana pejabat dan yang paling penting datang awal untuk mengelakkan korang tunggu lama.

p/s : Yeahh ! awal umur 20 tahun dah settle P. 


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign