29 Februari 2016

KEYCHAIN DARI SANG ISTIMEWA


                       

Tentu korang tertanya-tanya, siapa gerangan sang istimewa ini yang hampir memukau sesiapa sahaja yang melihat.

Hasil kerja tangan beliau juga sangat berbeza kerana menggunakan dawai keras dan playar untuk menghasilkan keychain yang berbentuk nama.

                          

Hanya Rm 5 sahaja ! murah kan ..

Korang tentu tahu tempat ni ! 

Turun tangga dari Times Square menghala ke plaza lowyat korang dah boleh tengok dia ada kat situ..

Kalau ternampak jangan lupa beli tau ! atleast kita dapat membantu mengurangkan beban mereka.

17 Februari 2016

HANYA BAWAH 18+ TAHUN SAHAJA YANG TIDAK DIBENARKAN MENONTON FILEM DEADPOOL !


  

Movie review | #DEADPOOL

Rata-rata korang mesti nak tahu jalan cerita filem Deadpool sama ada OK atau K.O. ?

Actually, aku taktahu sangat apa benda tuh Deadpool, seolah menjadi bual mulut disekililing. Ada yang ajak kononya best dan terbaik *walaupun dia sendiri belum tengok. hehe

Aku tonton filem ni pun secara tak sengaja seolah-olah rezeki orang belanja katakan. 

Masa beli tiket kat kaunter secara tak sengaja nampak 18+. Tiba-tiba terpikir, aku agak meminati filem jenis marvel especially X-men. Tapi, tak pernah nampak filem marvel ada 18+, sebab marvel sesuai ditonton seisi keluarga.

Betul tak ? kalau tak betul cakap je "YA"


Filem Deadpool best sebab lawak hambar yang dibawa oleh Ryan Reynolds iaitu watak utama dalam filem ni dan beliau juga pernah melakonkan filem Green Latern (2011) , X-men Origin : Wolverine (2009) dan R.I.P.D (2013) dan lain-lain.

Berbalik 18+, kenapa ia 18+ ? mungkin sebab terlalu berat untuk ditonton 18 tahun kebawah, sampai mereka imagine tak masuk dek akal. 

Bukan.....bukan......bukan......

Filem ini banyak adegan tak sepatutnya kanak-kanak melihat dan bukan setakat itu, perkataan dan perbuatan yang mereka lakokan itu membuat kita yang berasa malu walaupun ia sebernanya lawak dan lakonan semata-mata

Jika korang dah tahu filem nih 18 tahun keatas, jangan berjanji dengan anak/adik/sepupu yang tidak cukup umur untuk menonton filem #deadpool ini hokayyy.

Apapun jika korang nak tahu sangat jalan cerita yang dilakonkan oleh Ryan Reynolds yang melakonkan watak utama dalam cerita ini, jangan bawa mereka yang kurang 18+ tahun tau.

Selamat menonton ! 





03 Februari 2016

AWAS ! VIRUS ZIKA TIADA VAKSIN PADA SAAT INI



TIPS KESIHATAN l "Mencegah itu lebih baik dari mengubati" 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan beberapa negara yang mengalami virus ZIKA. Antara negara yang mengalami virus ini :

  • Brazil
  • Columbia
  • Suriname
  • Chile
  • Paraguay


Tanda-tanda virus Zika menyerupai demam denggi seperti :

  • Demam
  • Sakit otot
  • Sakit sendi
  • Sakit kepala
  • Sakit di belakang mata
  • Ruam




Peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindorm mikrosefali atau otak kecil dikaitkan dengan wabak virus ZIKA.

Virus ZIKA disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu Vektor yang sama bagi demam denggi.

Pada saat ini, Vaksin bagi virus ZIKA masih tidak jumpai, malah tiada ubat khusus bagi virus ini. Namun, pihak kesihatan  hanya dapat memberi rawatan bagi mengurangkan gejala dihadapi pesakit. 

Oleh itu, sebagai masyarakat kita perlu  mencegah dan mengawal  denggi dengan cara memusnahkan tempat pembiakan Aedes. Korang juga dinasihatkan memakai baju berlengan panjang serta berseluar panjang bagi mengelakkan virus ini. 

Sekiranya didapati korang mempunyai simptom-simptom di atas, dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau Hospital kesihatan yang berdekatan.

Korang bukan sahaja dapat mengurangkan risiko virus ZIKA. Malah, dapat mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes dari terus membiak.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign