03 Februari 2016

AWAS ! VIRUS ZIKA TIADA VAKSIN PADA SAAT INI



TIPS KESIHATAN l "Mencegah itu lebih baik dari mengubati" 

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan beberapa negara yang mengalami virus ZIKA. Antara negara yang mengalami virus ini :

  • Brazil
  • Columbia
  • Suriname
  • Chile
  • Paraguay


Tanda-tanda virus Zika menyerupai demam denggi seperti :

  • Demam
  • Sakit otot
  • Sakit sendi
  • Sakit kepala
  • Sakit di belakang mata
  • Ruam




Peningkatan kelahiran bayi yang mengalami sindorm mikrosefali atau otak kecil dikaitkan dengan wabak virus ZIKA.

Virus ZIKA disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu Vektor yang sama bagi demam denggi.

Pada saat ini, Vaksin bagi virus ZIKA masih tidak jumpai, malah tiada ubat khusus bagi virus ini. Namun, pihak kesihatan  hanya dapat memberi rawatan bagi mengurangkan gejala dihadapi pesakit. 

Oleh itu, sebagai masyarakat kita perlu  mencegah dan mengawal  denggi dengan cara memusnahkan tempat pembiakan Aedes. Korang juga dinasihatkan memakai baju berlengan panjang serta berseluar panjang bagi mengelakkan virus ini. 

Sekiranya didapati korang mempunyai simptom-simptom di atas, dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau Hospital kesihatan yang berdekatan.

Korang bukan sahaja dapat mengurangkan risiko virus ZIKA. Malah, dapat mengurangkan pembiakan nyamuk Aedes dari terus membiak.




Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign