14 Mac 2016

FILEM TAMIL PICHAIKARAN MAMPU MENGGAMIT HATI PENONTON


MOVIE REVIEW | PICHAIKARAN

Aku kurang pasti, kenapa aku boleh terjebak tengok filem tamil especially yang ditayangkan di pawagam. Mungkin ia satu kelainan yang tidak ada pada filem Malaysia, hollywood, hindustan, thailand dan sebagainya.

Actually, filem tamil mempunyai satu kelainan yang dibawa oleh produksi filem mereka. Filem tamil mempunyai jalan cerita realiti yang berlaku di negara mereka. Mungkin kita boleh lihat dari faktor kemiskinan, politik, gaya hidup dan sebagainya.

Filem Pichaikaran atau kata lain "Peminta sedekah" (beggar) telah membuatkan hati aku tersentak melihat dunia yang serba kekurangan.

Filem ini dilakokan oleh Vijay antony sebagai watak utama yang memegang watak Arul Selvakumar, iaitu watak sebagai peminta sedekah. Filem ini mengisahkan seorang anak yang berkorban selama 48 hari demi menyelamatkan ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kemalangan yang menimpa di kilang benang mereka. 

Watak Arul selvakumar dalam filem ini seorang ahli perniagaan yang sangat kaya. Setelah diberi penjelasan daripada tok sami, arul perlu menjadi seorang peminta sedekah tanpa menceritakan latar belakang diri beliau dan juga harus hidup tanpa mempunyai wang, telefon bimbit, dan sebagainya.

Selama 48 hari menjadi beggar (peminta sedekah). Banyak rintangan dan dugaan yang berlaku ke atas dirinya.

Apa yang menarik dalam filem ni membuatkan diri kita lebih bersyukur kerana masih ada tempat untuk kita berteduh, kasih sayang berbanding kehidupan seorang peminta sedekah dan gelandangan yang tidur hanya beralas kotak.

Pada pendapat aku, mungkin kita marah yang peminta sedekah ini hanyalah mencacatkan pemandangan. Tetapi kita lupa yang kita hidup bukan sekadar untuk terus hidup, tetapi membantu mereka dalam kehidupan serba kekurangan.

Dalam Islam juga melarang untuk kita meminta sedekah, tetapi dalam masa yang sama Rasulullah bersabda "tangan yang menghulur lebih baik daripada tangan menerima"

Tak miskin jika kita menghulur kepada mereka yang dalam serba kekurangan.

So, kalau korang nak tahu apa yang terjadi selama 48 hari. Korang perlu tengok hokayy...

p/s : Jangan risau, ada sarikata english dalam movie nih. 

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign