22 Mac 2016

KEJAYAAN MR MALAYSIA YUSUF TONY TERSIMPUL SEBUAH KISAH YANG PENUH INSPIRASI



Disebalik kejayaan Yusuf Tony tersimpul inspirasi buat diri aku ! ...


Nama Mohd Yusuf Tony tidak asing lagi dalam dunia modeling. Rata-rata mereka yang ingin menceburi karier ini, tentu kenal siapa beliau. Malah, menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin menapak dalam industri model. 

Dalam hidup ini, tentu korang mempunyai seseorang sebagai inspirasi. Dalam hidup aku, Selain Tan sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi inspirasi dalam dunia perniagaan. Yusuf Tony juga sebahagian inspirasi dalam hidup.

Apa beza mereka berdua adalah karier yang diceburi. Kebiasanya, inspirasi dikaitkan dengan soalan "kenapa" beliau menjadi inspirasi dalam hidup kita. 


Secara umum, Tan sri Syed Mokhtar Al-bukhary bukan sahaja dikenali sebagai ahli perniagaan. Beliau juga seorang usahawan melayu yang terkaya di Malaysia. Kenapa beliau salah seorang inspirasi dalam hidup, kerana sifat kemanusiaan yang tidak lupa kepada orang kurang bernasib baik.

Begitu juga Yusuf tony, Anak kelahiran Wilayah Persekutuan Labuan ini memulakan kariernya pada April 2015 selepas ayahnya meninggal dunia pada awal tahun 2015. Beliau dilahirkan pada 25 september 1990. Beliau anak kelima dari enam adik beradik. Impian beliau dari sejak kecil lagi, adalah melihat ibu bapanya gembira melihat kejayaan yang dicekapi.

Kejayaan beliau yang pada hari ini membuahkan hasil selepas meraih beberapa pencapaian yang sangat mengagumkan.

Beliau memulakan perjalanan dengan runway anuar faizal, diikuti dengan pertandingan "hotsearch2015" mendapat tempat keenam dari 32 penyertaan. 

Beliau tidak putus asa untuk meneruskan kariernya dengan memasuki pertandingan Moh Glam United SS dan memenangi 2 kategori  iaitu Mr Favourite dan Mr Fitness, sekali gus diberi gelaran Best Male Model.

Selepas beliau jadi juara, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia ke Indonesia dalam Mr Universal Ambassador yang dilatih oleh Oda Yunus dan Public Speaking oleh Dato Mahadzir Lokman.




                               #Teamasia ketika beliau di Indonesia

Kejayaan beliau di Indonesia amat membanggakan, antaranya :

Mr Universal Ambassador Top 6 in Marks

No 11 dari 27 Contestant berlainan negara
Top 5 Public Speaking
Top 5 Sport Competition








                                                         Top 5 Sport Competition



Seterusnya, beliau berangkat ke Philippines dengan segalas tanggungjawab yang diberi. Pencapaian beliau ketika di philippines sekali lagi membuahkan hasil kejayaan dengan membawa nama Malaysia ke Philippines, sekaligus beliau rangkul gelaran 1st runner up Mr. PanContinental. Antara pencapaian beliau ketika di Philippines :

Subsidiary title Best Body Physique
Subsidiary title Best Swimwear
Subsidiary title Best Resort Wear
Subsidiary title Best Suit
Subsidiary title Best Model
Subsidiary title Friendship With Honour




Untuk mendapat gelaran Mr. Ambassador dan Mr PanContinental. Contestant akan diberikan task, melaksanakan tugasan diberi untuk merangkul beberapa kategori Subsidiary title dipertandingkan. Bukan mudah untuk merebut Subsidiary title jika contestant tidak fokus dalam melaksanakan tugasan diberi.




Kenapa beliau salah seorang inspirasi dalam hidup kerana pencapaian beliau dalam dunia model amat membanggakan. Pencapaian beliau tempat kedua dalam Public Speaking, menyakinkan aku beliau seorang mempunyai tahap keyakinan yang tinggi dalam diri. Selain itu, beliau juga berjaya memegang amanah dan tanggungjawab yang berat apabila memikul nama Malaysia ke persada negara.

Kalau korang nak tahu pencapaian tertinggi beliau setakat ini, beliau digelar Mr Malaysia kerana memenangi 2 pencapaian tertinggi iaitu Mr Universal Ambassador di Indonesia dan Mr PanContinental di Philippines pada tahun 2015.




Disebalik kejayaan Yusuf Tony (Dato Mahadzir Lokman)

Apabila ditanya mengenai seseorang inspirasi yang beliau kagumi. Katanya, Dato Mahadzir Lokman kerana idolnya seorang pengacara antarabangsa yang boleh bercakap dalam 7 bahasa dengan fasih dan baik sekali. 

No wonder lah, kalau beliau pernah rangkul tempat kedua dalam public speaking, kerana sifunya bukan calang-calang orangnya. 


                         





Jadi dalam hidup korang perlu ada seseorang sebagai inspirasi dan kenapa korang memilih dia sebagai inspirasi korang.

Seorang yang digelar inspirasi tidak semestinya seorang kaya, mempunyai pangkat, taraf kehidupan dan lain-lain. Tetapi, inspirasi adalah seseorang itu mampu menunjukkan contoh atau tauladan untuk terus kita maju kehadapan.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign