13 Mac 2016

NANTIKAN PROGRAM CHARITY ANAK-ANAK GELANDANGAN DIANJURKAN OLEH PELAKON HANIS KAMAL BAKAR BERSAMA RAKAN-RAKAN ARTIS MALAYSIA



Siapa tak kenal pelakon lelaki Hanis Kamal Bakar yang pernah merangkul beberapa anugerah dalam industri perfileman Malaysia. Antara anugerah yang pernah beliau raih seperti:

Anugerah seri angkasa 2005 - Pelakon pembantu lelaki terbaik

Anugerah seri angkasa 2010 - Pelakon pembantu lelaki terbaik

Anugerah Tribute P Ramlee 2013 - Pelakon Pembantu lelaki terbaik


Tercetusnya idea program anak-anak gelandangan apabila pelakon hanis sendiri merasai disaat seorang budak lelaki berusia 9 tahun yang hanya berkaki ayam dengan sebuah senyuman mendampingi beliau dengan berkata....

"Abang ni pelakon kan... Abang, nak salam... hmm, boleh tak abang dukung?"

Aku berdiri kaku dan seolah mulut ku terkunci disaat melihat mereka dalam keadaan serba kekurangan datang ke arah aku.

Lalu mereka semua menghampiriku dalam keadaan wajah yang penuh senyuman di wajah.. tetapi, derita dan sengsara terpahat di hati... Permintaan mereka tetap sama iaitu....

"Abang nak salam... Abang... nak dukung.... Abang... marilah ikut saya"

Lalu dia memimpin ku dan membawa aku menghampiri yang selebihnya..

Tiba saat untuk aku beredar, seorang demi seorang menangis....

Aku terdiam tidak terkata.... Ya Allah ! yang aku dukung juga mulai menangis...

Aku pun mulai bersuara dalam keadaan yang menyentuh hati.....

"Jangan menangisss, tidak mengapa... Esok boleh jumpa abang ni lagi"

Mereka mula mengukir senyuman di wajah, dan aku pula melambai tangan ke arah mereka dengan langkah yang kecil dan perlahan. Hampir tumpah air mata ini ke lantai bumi, sebak di dada sayu dihati apabila melihat senyuman dan keceriaan mereka menggamit sekuntum memori.


(kisah yang dialami oleh Hanis Kamal Bakar)

Kata Hanis ketika dia melihat bayi yang tidak mempunyai kudrat di dalam keadaan suasana serba kekurangan, membuatkan beliau terpanggil untuk mengajurkan sebuah program kebajikan untuk anak-anak gelandangan.

Katanya, program ini lebih menfokuskan kepada kanak-kanak kecil dan bayi yang bawah lingkungan 2 tahun.

Program ini akan diadakan pada : 


Tarikh                 : 26 mac 2016 (sabtu)
Jam                    : 4 petang (Pengumpulan Barang)
Program bermula : 9 MALAM
Lokasi                 : Pusat khidmat gelandangan di Lorong Medan Tuanku 2 (Lot 1996 seksyen 41, Lorong medan tuanku 1 dan 2, Jalan sultan ismail, Kuala Lumpur)




Matlamat Program Charity Anak-Anak Gelandangan

Penganjuran Program Charity Anak-Anak Gelandangan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan rasa motivasi kepada masyarakat tentang kepentingan silaturahim, persaudaraan, kesukarelaan, bertanggungjawab dan melakukan kebajikan kepada masyarakat umum serta memupuk budaya sayang menyangi antara satu sama lain.



Objektif Program

i. Memberi kesedaran tentang tanggungjawab sosial terhadap anak-anak gelandangan.

ii. Memupuk sifat penyayang dalam kalangan masyarakat terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

iii. Membina semangat kerja berpasukan dan persefahaman melalui sukarelawan.



Committees Program anak-anak Gelandangan di antaranya :


1. Zman Dian - Organiser
2. Miza & Koie - HKB Crew
3. Kak Ann / Datin Nani - Radio Wanita 4U
4. Abg Lan / Abg Zali - Blood Brothers
5. Faez Ramly - Official Blogger 
6. Eijjat & Kery & Echa - The Family
7. Usahawan Muah
8. Explore Angel's Club
9. PEWARIS Malaysia
10. Big Unity Event 

Artis terlibat yang turut menjayakan seperti :

- Rockers Otai 90an
- Pelakon Malaysia
- Mentor
- AF
- Model
- Designer

Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan sekiranya anda ingin menyumbangkan barangan seperti berikut :


-Pakaian kanak2 lelaki
-Pakaian kanak2 perempuan
-Pakaian lelaki dewasa
-Pakaian perempuan dewasa
-Alat-alat permainan
-Bahan bacaan
-Tilam/toto
-Bantal dan selimut
-Makanan
-Minuman
-Wang ringgit
-Pampers
-Kasut/selipar
-Tuala wanita
-Barangan bayi

Dan lain-lain keperluan harian...



Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya dari masyarakat Malaysia dan kami juga berharap agar mendapat sokongan daripada pihak luar iaitu badan tertentu bagi melancarkan program ini dilaksanakan. Semoga program ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai matlamat serta objektif yang telah digariskan.

Ayuh ! bantulah mereka, mungkin kita di antara seribu manusia yang dapat ukir senyuman di wajah anak-anak yang kurang bernasib baik.

Sekiranya anda ingin menyumbang apa jua barangan atau sebarang soalan boleh berurusan dengan :

Zman Dian = 019-908 8923


"Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai"

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign