02 Mac 2016

NASI DAUN PISANG PUJAAN HATI MALAYA

                         

Food Review | Nasi Daun Pisang

Korang pernah cuba tak merasai kenikmatan makanan india iaitu Nasi daun pisang. Fuhh ! serius korang rugi duduk dekat Malaysia tapi tak pernah try masakan india yang dikenali sebagai masakan rempah ratus.

Tak semestinya bila sebut kari atau bawang ketiak leh bau ! ada juga kebaikan rempah ratus dalam badan kita.

Okay, mana tahu lepas ni tiba-tiba korang ngidam nak makan nasi daun pisang. Korang boleh cuba dan comform korang akan teringat dekat ane tuh ! opss.. Tak laa, tentu-tentu laaa nasi daun pisang tuh.

Nasi daun pisang actually baru Rm 6 je ! murah kan.. Kalau korang jenis kuat makan, korang boleh tambah nasi bila-bila masa sahaja dengan kadaran 0.00 ringgit je ! so, selagi perut korang rasa tak penuh tambah je laaa. 

Kalau di negara India, diorang akan makan nasi bertambah-tambah, maybe untuk 2-3 orang punya makan. Yelah ! dekat sana diorang kerja kuat.


Ini antara lauk tambahan, setiap mangkuk berbeza harganya. Kalau korang rasa Nasi daun pisang cam kosong takde lauk, korang boleh tambah. Makin tambah makin mahal laaa.

Pada pandangan aku, cukup je laa pilih 1 lauk, tak salah kalau pilih banyak cuma takut tak berabis pula kan.

Nak best kalau makan nasi daun pisang mesti makan guna "tangan". Fuhh ! comform berdesup jantung korang. 


Lepas habis makan, korang mesti tutup daun pisang tuh dari atas kebawah sebagai tanda merapatkan lagi hubungan. 


Ini namanya Sup Rasam, kebiasannya diorang akan tanya sama ada korang nak atau tidak. Sup Rasam ni adalah campuran herba atau rempah. Antara bahan yang ada dalam sup nih jintan manis, jintan putih, tomato dan lain-lain.

Kebaikan sup rasam ni sebagai penghadaman perut selepas menikmati nasi daun pisang ! korang mesti kena cuba sup nih...


RM 53.30 untuk 4 kepala ! tak murah dan tak mahal kan.

Kalau korang nak tahu tempat yang menyediakan nasi daun pisang, ada tertulis signboard kedai "Curry house". Jadi ! serbu laaaaaaaa....


p/s : Apa lagi.. Jangan tunggu-tunggu tau ! 

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign