28 Mac 2016

PROGRAM AMAL ANAK-ANAK GELANDANGAN ANJURAN HANIS KAMAL BAKAR DAN RAKAN-RAKAN ARTIS BERSAMA RADIO WANITA 4U FM


Official Media | Media Blogger | Review


Ketika di interview oleh Classix Entertaiment selaku Offical 
Photographer dan Videographer.

26 Mac 2016 adalah tarikh kemuncak bagi program "Anak-Anak Gelandangan Anjuran Pelakon Hanis Kamal Bakar dan Rakan-Rakan Artis Bersama Radio Wanita 4U FM". Program ini berjalan dengan lancar serta jayanya dengan mendapat sokongan committe, sponsor,  sukarelawan serta mendapat liputan luas dari media cetak dan media blogger. 

Program amal ini lebih menfokuskan kepada anak-anak gelandangan yang kurang bernasib baik dari segi kehidupan.

Gelandangan merupakan fenomena masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dari realiti kehidupan masyarakat. Dalam fasal 34(1) undang–undang dasar 1945 “fakir miskin dan anak-anak yang terbiar dipelihara oleh Negara. Undang-undang ini yang dimaksud dengan fakir miskin adalah orang yang sama sekali tidak mempunyai sumber mata pencarian atau kemampuan memenuhi keperluan diri.

Banyak usaha kerajaan memastikan golongan ini tidak terlepas pandang. Antara usaha kerajaan seperti membangunkan Rumah Transit dan juga membina Kabin pusat khidmat gelandangan di Medan Tuanku. 

Actually, ini bukan kali pertama aku melibatkan diri dalam program kebajikan. Apa yang berbeza dengan program kebajikan yang pernah aku lakukan, apabila aku sendiri berhadapan dengan mereka yang mengalami rentetan hidup dan tiada tempat perlindungan. 

Aku menyelami perasaan ini sungguh perih sekali. Aku fikir sejenak, apakah nasib buat anak-anak ini. Berkeliaran di bandar Metropolitan menagih simpati meminta makanan, minuman, dan juga pakaian. Mereka tidak seperti anak-anak yang lain. Mereka berkeliaran mencari jalan, jalan yang mereka tidak fahami. 




Apa yang aku kagum dengan sukarelawan yang terlibat, mereka lakukan penuh semagat berpasukan. Walaupun mereka bukan dalam ahli kelab atau persatuan yang sama, tetapi nilai sukarelawan serta niat yang satu dapat mengukir senyuman di wajah anak gelandangan. 


 Mengasingkan barangan keperluan asas setiap kategori


Sumbangan individu pada hari program.

                                
    Committee dari kelab Alza Facelift Community Malaysia

  
 Committee dari kelab Bloodbrothers



 Sukarelawan sedang membuat persiapan 





Committee Galaxy Ampang Community Club under Galaxy Ampang Mall


President GACC sedang menagihkan barang keperluan asas kepada gelandangan


Committee Persatuan Penduduk Pandan 


Berselfie sikit orang kuat kak Ida dan kak Siti 
dari Committee Penduduk Pandan



Bersama wanita yang tabah menjalani dugaan hidup 
(Ibu tersayang)

Program kebajikan ini, mereka bukan sahaja mengagihkan barangan seperti makanan, minuman, pakaian, goodies dan lain-lain. Tetapi, terdapat beberapa aktiviti mendapat perhatian daripada golongan ini seperti face painting, busker, persembahan magic dan dancer. 

Jutaan terima kasih kepada committee terlibat seperti Radio Wanita 4U FM, Persatuan Penduduk Pandan, Bloodbrothers, The Family, Usahawan Muah, Explore Angel's Club, PEWARIS Malaysia, Big Unity Event, Galaxy Ampang Community Club , Alza Facelift Community Malaysia dan pihak yang terlibat yang menjayakan program ini dengan jayanya sekali.


Saat perasmian program anak-anak gelandangan



Program tersebut dirasmikan oleh pelakon Hanis Kamal Bakar, secara tidak langsung sekaligus melancarkan lagu tema anak gelandangan yang bertajuk "Jalanan" yang dinyayikan oleh Azumi dan Zman Dian serta penulis lirik Hanis Kamal Bakar dan komposer EDO Kontras. 


Band Scarlett's Diary mengiringi lagu tema 

Lirik lagu "Jalanan"

Ku berjalan di tepian
berkeliaran mencari teman
Di mana ku berjalanan
Ku tetap kesunyian

Di mana kau kasihan
Di mana kau kasih sayang
Agar ku mendapatkan
Secebis harapan

Tangisan dan rintihan
Jarang mendapat perhatian
Namun ku tak berdaya
Keluar dari kehinaaan

Oh Tuhan 
Berikan ku jalan
Dalam mencari jawapan
menghadapi dugaan

Senyuman ku terukir
Di dalam hati terasa pedih
Mengenangkan nasib diri
Ku cuma anak kecil....

                                        Ciptaan sepenuhnya oleh Hanis Kamal Bakar



  Persembahan dari Gurlz Republic



Jutaan terima kasih kepada Kak Azru Ashikin dan Kak Raja Dayah kerana mengambil bahagian menceriakan anak-anak ini dengan membuat face painting di wajah mereka


Perkenalan aku dengan kak zu hampir 3 tahun, kami kenal antara satu sama lain. Kata kak Azru "Akak tak mampu beri apa-apa, tapi akak mampu beri sumbangan melalui face painting". 


Hasil face painting dari Azru Ashikin


Ini dia ka Raja Dayah. Raja betul tau ! hehe







Seterusnya persembahan magic show dari rakan artis


*lepas amek gambar, abang botak ni kata okay tak rambut saya. hehe



Inilah Datin Nani CEO kepada Radio Wanita 4U FM. beliau merupakan penasihat kepada program kebajikan ini. Beliau sangat humble ketika menjalankan aktiviti ini.



      Wajah Anak-Anak gelandangan ketika hari program.


Ketika di luar menyaksikan gelagat mereka yang hadir, terdergar rintahan dari gelandangan...


Ketawa..... Jeles..... bergaduh..... inilah kita keluarga gelandangan...


Sesi pengagihan makanan, minuman dan goodies kepada mereka.



Antara sukarelawan yang hadir dibawah under Media Blogger. Inilah tanggungjawab kita sebagai masyarakat untuk mendekatkan diri kepada anak-anak yang kurang bernasib baik.



Terima kasih beloved sister kerana menyertai program ini.



Dalam melakukan program kebajikan tidak kira siapa anda, pangkat anda, taraf kehidupan anda. Inilah tanggungjawab kita sebagai manusia untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Jika bukan kita, siapa lagi akan bantu ?

Bantu mereka ! bukan menghina !



KAMILAH........... ! Media Blogger !
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign