17 Mac 2016

SERVIS LAYANAN CHATIME IOI PUCHONG MALL SANGAT-SANGAT BIADAP DAN TIDAK BERETIKA !


BAD REVIEW SERVICES l CHATIME


Produk dan perkhidmatan tidak dapat dipisahkan. Jika produk dikenali tetapi layanan perkhidmatan sangat-sangat biadap, ia menunjukkan sesebuah syarikat tidak peka atas layanan pekerja mereka terhadap pelanggan.

Aku boleh kira berapa kali aku minum chatime. Bulan lepas dan hari ini aku masih dilayan servis yang buruk ke atas 2 pekerja Chatime IOI puchong mall. Tindakan ke atas 2 pekerja  ini membuatkan aku kesal.

Salah ke ? kita sebagai customer yang jarang membeli produk minuman chatime, menanyakan soalan ke pada mereka...


Aku pun order kepada seorang pekerja yang tidak nampak seperti penduduk tempatan..

"Saya nak Ice blanded Classic Hazelnut Latte" 

Reaksi pekerja chatime itu dengan keadaan wajah muka dan nada yang kerek (sombong).....

"Ice blended D"

Aku pun tercenggang melihat reaksi pekerja tuh. Dalam keadaan terkejut, aku berbalas kata...

"hmmm... Classic hazelnut latte, D kan"

Seorang lagi staff yang nampak bukan warga tempatan keluar dari tempat booth datang ke arah aku, sambil tunjuk huruf F di papan menu...

Aku jadi keliru, dia sebut D kenapa tunjuk F. Tapi, takpelaaa aku faham hanya senarai menu F mungkin untuk blended.

Aku pun bertanya "Jika, hazelnut ni tukar kepada blanded boleh tak?" *Tak salah jika tanya apa yang kita tak faham.....

Dengan wajah yang sinis memandang ke arah aku, dan dia terus melangkah 1 langkah ke belakang sambil berbisik kepada staff yang tunjuk menu, seolah-olah katakan sesuatu tentang aku sambil pandang pandang ke arah aku..

Ketika itu, terus staff berbangsa Cina datang melayan aku dan memberi layanan baik, bertanyakan aku nak menu apa.... Dan pada ketika itu, 2 staff yang sama masih memandang ke arah aku seolah aku ini bertanyakan soalan bodoh kepada mereka..

Aku terus bersuara ke arah mereka "Kenapa ? ada masalah ke saya nak tanya tentang menu nih"...

Terus dia menunduk kepala dalam keadaan wajah yang sinis.

Pada ketika itu, aku berfikir kenapa staff berbangsa cina ini boleh layan aku dalam keadaan yang baik. Tetapi 2 staff perempuan chatime ini sangat tidak menghormati pelanggan mereka. Mungkin, soalan ini soalan bodoh buat mereka kot.....

Aku berharap sangat, syarikat chatime dapat mempertingkatkan mutu kualiti perkhidmatan mereka melalui latihan akan datang.


Kenapa aku tafsirkan mereka biadap, sebab mereka langsung tak menghormati pelanggan sebagai pembeli yang mendatangkan keuntungan.


Mungkin, lepas ini aku agak teragak-agak untuk datang dan membeli ke Chatime lagi.

Terima kasih Chatime di atas layanan baik anda kepada pelanggan. 

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign