30 April 2016

BUFFET RAMADAN DENGAN 300 JUADAH MAKANAN DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)


REVIEW FOOD l Buffet Ramadan Dengan 300 Juadah Makanan Di Putrajaya International Convention Centre

"Hidangan Tradisi Warisan Budaya" sebagai tema buffet Ramadhan dengan menghidangkan lebih daripada 300 juadah makanan berkonsepkan ala warung.


Apa yang menarik "300 Juadah" makanan dari pelusuk negeri dan lain-lain hidangan seperti :

*Pantai timur
*Selatan Semenanjung
*Utara Semenanjung
*Pembuka selera
*Aneka Panggang
*Pemanis Mulut
*Buah-buahan (Kebun Pak Rusmi)









"Aneka Panggang" menghidangkan sajian panggang yang memukau antaranya :
  • Kambing panggang bersama sayur panggang berserta sos bbq, lada hitam dan pudina.
  • "BBQ Grill" menyediakan hidangan bakar ikan kembung, ikan talapia, ikan pari, ikan keli yang diperap bersama sambal.
  • Satar Terengganu, otak-otak, stik daging dan lain-lain.




Cafe PICC menyediakan ruang kapasiti sebanyak 1000 orang pada masa yang sama dengan membawa konsep "Warisan Budaya" yang akan menghidupkan lagi suasana keindahan keindahan pada bulan ramadan di PICC.

Para pengunjung juga boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh berjemaah bersama artis dan beberapa personaliti jemputan di Surau PICC. Kelengkapan telekung untuk kaum muslimah dan sejadah turut disediakan.

Pihak Pengurusan PICC juga telah menyenaraikan beberapa aktiviti menarik seperti 
  • Gerai-gerai jualan di Bazaar PICC 
  • Majls Iftar Amal Wakaf bersama Ustaz Don pada 18 Jun 2016
  • Majlis Iftar Akustika bersama Zamani dan Mawi pada 22 Jun 2016
  • Majlis Iftar Amal bersama Anak-Anak Yatim
  • Pengisian kerohanian dan kebajikan

Turut diadakan aktiviti mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai selepas solat Asar di Perkarangan Pondok Keselamatan PICC. Apa yang menarik mengenai bubur lambuk ini disediakan oleh pasukan Chef PICC.

Stesen "Kawah Warisan" menjadi tarikan disepanjang bulan Ramadhan ini dengan hidangan 3 jenis iaitu :
  • Nasi Briyani
  • Nasi Kandar
  • Nasi Dagang (Terengganu)

Apa yang menarik, para pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama Wang Tunai dan beberapa hadiah menarik dengan hanya mengisi borang penyertaan bersama bukti pembelian bufet. 


Ramadhan Buffet bermula pada :

Tarikh : 8 Jun 2016 - 3 Julai 2016
Masa   : 6.30 PM - 10.30 PM

Harga bagi dewasa dan kanak-kanak adalah seperti :

DEWASA hanya RM 98.00 Seorang.
KANAK-KANAK yang berumur 6 hingga 12 tahun hanya RM 49.00 seorang.

Untuk membuat tempahan, para pelanggan boleh menempah secara atas talian di www.ticketonline.my/PICC atau menerusi telefon di talian 03-8887600

25 April 2016

PEREKA FESYEN "DIKECAM" OLEH NETIZEN MENGENAI BAJU RAYA TAHUN 2016


FASHION l Pereka Fesyen"DIKECAM" Oleh Netizen Mengenai Baju Raya Tahun 2016

Industri fesyen saban hari semakin berbeza mengikut peredaran zaman. Tapi sejauh manakah fesyen itu diterima oleh masyarakat bergantung kepada pereka fesyen tersebut. 

Actually, aku agak "alert" tentang industri fesyen kerana rata-rata kawan di alam maya sering melakukan peragaan dengan fesyen terkini. 

 
Menurut kenyataan Anuar Faizal di Sinar harian katanya, Gambar berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yg 'slimfit', lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.
"Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri"


Menurut pereka fesyen, tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan 'instant sampin' supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.
Katanya lagi "Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa.

Netizen kritik fesyen tersebut, kerana fesyen tersebut tidak menepati ciri-ciri pakaian tradisional melayu. Netizen menganggap pakaian tersebut tidak menghormati peradaban orang melayu.

 

Pada pendapat aku mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pereka fesyen tersebut di Sinar Online, seharusnya pereka fesyen tersebut lebih peka tentang sensitiviti masyarakat orang Melayu. Sepatutnya, pereka fesyen perlu menjelaskan di laman sosial mengenai gambar tersebut, kerana hal ini boleh menimbulkan spekulasi masyarakat.

Kesimpulanya, Pereka fesyen perlu menjelaskan terlebih dahulu sebelum produk dijadikan bahan kritikan.

22 April 2016

99% PERATUS PEMOHON DITERIMA KERJA JIKA IKUT 10 TIPS YANG DIBERIKAN

Hasil carian imej untuk interview


REVIEW l 99% Peratus Pemohon Diterima Kerja Jika Ikut 10 Tips Yang Diberikan

Interview (temuduga) adalah proses dimana seseorang majikan menilai bakal pekerja untuk bekerja di dalam syarikat, organisasi atau firma. Pada ketika ini, majikan mempunyai kuasa untuk menentukkan samaada pemohon memenuhi kriteria atau tidak yang ditetapkan oleh sebuah syarikat. 


Pada permulaan aku agak kabur dalam interview skill, iaitu bagaimana ingin menarik minat majikan terhadap pemohon, walaupun tanpa sebarang pengalaman. 

Segmen kali ini, aku kupaskan beberapa tips dan langkah untuk menarik minat majikan tanpa berfikir panjang. Harap korang dah bersedia mengikuti beberapa tips dan langkah ini. 

Ingat ! dalam temuduga korang mesti peka dan bersiap sedia ketika berhadapan oleh panel temuduga.

3 Asas penting yang korang perlu tahu ketika ditemuduga :

1. Communication skill penting kerana ketika itu majikan akan menilai tahap penguasaan bahasa especially Bahasa Inggeris. 
2) Pengetahuan dalam Bahasa Inggeris selaras Bahasa Antarabangsa.
3) Ketika ditanya soalan dari majikan, jawab straight to point. (jangan merapu ke mana-mana sudah)

 
1) Qualitifacation relevant - Masa korang apply kerja tu mesti la selari apa yang korang belajar. Takkan belajar management korang apply kerja sebagai nurse. Nampak sangat tak logik kan. 

 
2) Research about firm - tips ni sangat penting dan korang perlu sedikit research tentang syarikat tersebut walaupun firma yang kecil.
 
3) Confidence + Interested - Ingat ketika korang menuju ke bilik temuduga, korang perlu jalan dengan yakin sebagai tanda korang dah bersedia untuk ditemuduga. Kemudian tunjukkan minat korang pada pekerjaan yang korang mohon, sebagai contoh "tanya tentang syarikat tersebut"
4) Presentable (grooming) - Kekemasan diri juga diambil kira dalam temuduga. Antaranya :
  • Formal attire - Warna sesuai ketika ditemuduga (gambar diatas)
  • Rambut kemas 
  • Pen hitam
  • Tali pinggang
  • Kasut kulit hitam 

 
5) Shakehand & Smile - Ketika korang salam dengan majikan, tangan korang jangan terlalu lembik dan berikan sebuah senyuman bukan gelak tau ! 
Bagi muslim, korang boleh tengok bagaimana etika menolak salam bagi yang bukan muhrim. 

6) Answer all question - Jawab kesemua soalan yang ditanya. Atleast, korang dah prepare basic question yang akan ditanya.
 
7) Case study (situation) - Kalau korang ditanya mengenai case study, jika tidak tahu korang boleh minta masa untuk memikirkan jawapan (supaya jawapan lebih efektif).
8) Offer good position - Pastikan buat majikan korang tergamam melihat kriteria dan personaliti korang ketika ditemuduga.
Hasil carian imej untuk interview ask any benefit
9) Ask if you have any doubt - Tanya tentang kelebihan jika korang berkhidmat di syarikat tersebut. Contoh insurance, cuti sakit, dan lain-lain.
Hasil carian imej untuk interview sell yourself
10) Sell yourself - Jangan lupa jual diri korang kaw-kaw tau ! jual diri bermaksud kelebihan korang yang tidak ada pada orang lain. 

 Hasil carian imej untuk interview hired
Kalau korang ikut tips dan langkah ini ketika ditemuduga, 99% peratus korang "can be hired". 



21 April 2016

MASYARAKAT MASIH TIDAK FAHAM APA ITU SIRIM BERHAD



REVIEW l Masyarakat Masih Tidak Faham Apa Itu SIRIM Berhad

SIRIM Berhad bermaksud Standard & Industrial Research Institute of Malaysia ialah sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menfokuskan kepada teknologi di Malaysia.


Korang percaya tak ? kebanyakkan masyarakat masih kurang faham apa itu SIRIM Berhad. Actually, sebelum aku sampai di SIRIM, Shah alam. Apa yang aku faham tentang SIRIM iaitu :

  • SIRIM memberi persijilan untuk barangan eletrik. 
  • SIRIM meluluskan barangan eletrik. 
  • SIRIM menguji barangan eletrik.
Senang cerita, sangkaan aku tentang SIRIM tak jauh dari bab eletrik lah. Tapi sangkaan itu salah belaka, setelah mendergar ceramah dari pekerja SIRIM. 



Secara ringkas mengenai SIRIM adalah SIRIM bukan sahaja meluluskan serta memberi persijilan kepada syarikat yang berasaskan teknologi. 

Sebernanya SIRIM juga menjaga alam sekitar seperti meletakkan tukun ke dasar laut demi memulihara habitat di dalam air seperti ikan.

Selain itu, SIRIM juga menolong usahawan Malaysia dari segi pembungkusan untuk menarik minat pelanggan. 


(Gambar di atas adalah usaha SIRIM meletakkan tukun di dasar laut)





Tentu korang tertanya, kenapa SIRIM terlibat secara langsung dalam kaedah pembungkusan, kerana melalui kaedah pembungkusan yang cantik dan sistematik menunjukkan produk Malaysia setanding dengan produk antarabangsa. 

Melalui kaedah pembungkusan, SIRIM amat menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat secara langsung dalam dunia usahawan untuk meningkatkan taraf ekonomi kehidupan. 

Antara pencapaian dan pengiktirafan SIRIM Berhad :

 

 

  




Jom kita jalan-jalan di gallery SIRIM Berhad.


Dekat situ korang boleh nampak yang SIRIM juga terlibat secara langsung dalam proses pembuatan produk Malaysia.



Masuk bab kecantikan tentu korang suka kan. Actually, produk kecantikan Sireh Emas formulasi bioteknologi juga antara produk yang diluluskan oleh SIRIM, ini membuktikkan produk tersebut selamat digunakan.



Kalau korang datang ke galerry SIRIM, macam-macam teknologi yang korang akan belajar. Antara teknologi yang dihasilkan oleh SIRIM adalah mesin pembuatan karipap. 

Cuba korang perhatikan mesin tersebut, fuh ! mudah gila usahawan sekarang nak berjaya melalui teknologi yang dihasilkan oleh SIRIM kan. 



Terlalu banyak maklumat yang aku perolehi melalui SIRIM. Apa yang aku boleh sampaikan iaitu perkembangan teknologi semakin pesat. 

Melalui SIRIM Berhad, mereka bertanggungjawab menyampaikan kepada masyarakat mengenai teknologi. Sebagai masyarakat kita perlu peka terhadap perkembangan teknologi, kerana perkembangan teknologi seiringi dengan peredaran zaman.

Harap dengan perkongsian ini, serba sedikit dapat meningkatkan pengetahuan korang mengenai SIRIM. So lepas ini, kalau korang terpikir untuk menghasilkan sesuatu produk, boleh rujuk SIRIM. 

Secara kesimpulanya, manusia dan teknologi tidak dapat dipisahkan kerana melalui teknologi ia memudahkan manusia untuk melakukan aktiviti harian. 


19 April 2016

GADIS BERTUBUH BESAR TAWAN BEBERAPA PUNCAK GUNUNG

http://www.faezramly.com/


REVIEW l Gadis Bertubuh Besar Tawan Beberapa Puncak Gunung 

BOB atau erti kata lain Badan Orang Besar merujuk kepada fizikal seseorang yang bertubuh obesiti. Statistik obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia saban hari semakin serius sehingga menjadi antara penyebab utama kematian di hospital kerajaan.


http://www.faezramly.com/

Merujuk statistik pada tahun 2015, Malaysia antara negara yang tertinggi yang memiliki penduduk yang mempunyai masalah Obesiti. 

(Melalui sumber Pertubuhan Kesihatan Sedunia)

Sebelum tu, aku perkenalkan Cik Kiah yang berumur 26 tahun bekerja sebagai Pegawai Bank yang ingin kongsikan pengalaman dan tips bagaimana ingin menurunkan berat badan secara sihat dan konsisten. 

Cik Kiah saban hari kecewa tubuh badan semakin hari semakin melambung, sehingga Cik Kiah rasa dia perlu buat sesuatu. Jom kita baca pengalaman Cik Kiah yang ingin kongsikan transformasi dirinya.

http://www.faezramly.com/

"Gemuk ! what gemuk ? semua orang taknak gemuk, semua orang ingin memiliki tubuh badan yang kurus dan langsing. Tapi dasar hakikatnya MALAS nak bersenam. Malas nak jaga pemakanan dan malas nak usaha turunkan berat badan. Orang kata "hanya menanam tebu di tepi bibir sahaja"". Itulah Cik Kiah dahulu, selesai tugas dari bekerja, Cik Kiah balik, makan dan terus tidur. Senang cerita, rutin harian Cik Kiah tak berubah langsung. Pada ketika malam, Cik Kiah makan nasi berpinggan-pinggan mengalahkan saka. Tapi mulut Cik Kiah kata nak KURUS ! memang tak kemana lah. Bayangkan ketika itu berat Cik Kiah 90kg keatas.
Kesempatan ini, Cik Kiah ingin kongsikan pengalaman Cik Kiah boleh berubah dari seorang yang pemalas tuk diet kepada seseorang yang bersungguh-sungguh untuk turunkan berat badan. Bermula pada Mei 2015, kawan Cik Kiah yang bernama Eliza mengajak Cik Kiah pergi hiking. Bayangkan dengan gaya hidup Cik Kiah yang pemalas, tiba-tiba diajak oleh seseorang rakan untuk melakukan aktiviti yang lasak. Cik Kiah pun terima melakukan aktiviti yang Cik Kiah tidak pernah lakukan. Nak tahu sebab apa Cik Kiah terima ? sebab Cik Kiah hanya ingin hilangkan rasa bosan dekat rumah. Bayangkan rutin harian Cik Kiah hampir sama, memang agak bosan lah.

http://www.faezramly.com/

http://www.faezramly.com/
Kali pertama Cik Kiah hiking naik Gunung Datuk, memang dalam hati Cik Kiah menyumpah dan memang takkan panjat gunung lagi dah. Cik Kiah berapa kali agak tewas dan bila sampai di puncak. "Yaa Allah, indahnya pemandangan ni". Mula dari situ semangat Cik Kiah berkobar-kobar nak hiking.  

Beberapa gambar yang ingin Cik Kiah kongsikan kepada pembaca. Antara tempat yang pernah Cik Kiah hiking seperti Penang Hill, Gunung Angsi, Gunung Irau, Gunung Ledang, Gunung Besar Hantu dan banyak lagi. 


http://www.faezramly.com/

Bermula berat badan hampir mencecah 90kg keatas. Kini, berat badan Cik Kiah tinggal 66kg sahaja !. Bagi Cik Kiah, itu adalah transformasi diri Cik Kiah yang sangat besar dan Cik Kiah berpegang teguh "Nak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih"
Sekarang Cik Kiah lebih menjaga pemakanan yang sihat dan Cik Kiah ingin kongsikan beberapa tips.
         1) Breakfast - Lemon suam dan Roti Bakar
      2) Lunch - Cik Kiah tidak akan ambil nasi lebih 1 senduk sebab Cik Kiah
                      tak boleh lari daripada nasi. Bagi Cik Kiah 1 senduk sudah
                      memadai sebab Cik Kiah bukanlah bekerja dalam sektor yang
                      memerlukan tenaga yang kuat.

     3) Dinner - Malam Cik Kiah tetap makan, tapi tidak seberat macam dulu
                      yang mengalahkan saka.


     4) Kurangkan minum AIS BATU.
 http://www.faezramly.com/
Che Kiah tak simpan gambar penuh Cik Kiah ketika berat badan melambung. Maklumlah, Cik Kiah nak pandang pun rasa malu. Apatah lagi kalau orang pandang Cik Kiah. 

Nak tahu kenapa Cik Kiah memilih aktiviti hiking ? sebab setiap kali jumpa orang, orang akan sentiasa beri motivasi kepada Cik Kiah. Hampir setiap minggu Cik Kiah pergi hiking sehingga tertubuh "Gadis Gunung Team". Sehingga kini, Cik Kiah masih cari kawan-kawan yang berminat pergi hiking. Kalau korang berminat, jangan lupa mesej Cik Kiah di facebook tau, boleh klik terus menerusi laman facebook --> Cik Kiah .



Kesimpulanya, tiada yang mustahil jika kita berusaha untuk melakukan sesuatu perkara diluar kotak. Obesiti bukanlah penghalang untuk kita melakukan aktiviti yang mencabar. Oleh itu, korang yang masih kategori obesiti jangan pernah menyerah untuk memiliki badan yang langsing. Percayalah, jika korang mengamalkan gaya hidup sihat ia bukan setakat untuk kesihatan, malah kecergasan fizikal dan mental korang. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign