18 April 2016

8 FAKTA YANG TIDAK KETAHUI OLEH NETIZEN MENGENAI PENDAKWAH LANTANG BERSUARA - DR ZAKIR NAIK

Hasil carian imej untuk Dr. zakir naik

FAKTA l PENDAKWAH LANTANG BERSUARA 

Setakat mana korang mengenali Dr Zakir Naik, rata-rata netizen mengenali beliau hanya seorang penceremah yang berani lantang bersuara secara fakta iaitu perbandingan agama. Dr Zakir Naik bukan sahaja menghafal kitab suci al-quran, malah mengetahui kesemua intipati kitab-kitab agama lain.

Dr Zakir Abdul Karim atau dikenali sebagai Dr Zakir Naik merupakan seorang penceramah, ulama dan pendakwah yang berani menyampaikan ceramah islam dan perbandingan agama  di seluruh dunia. Beliau dilahirkan pada 18 Oktober 1965 di Mumbai. Beliau merupakan seorang doktor perubatan Medicine and Surgery (MBBS) dari mumbai. 

Menurut laman blog The Islamic Research Foundation (IRF), dalam tempoh 20 tahun (sehingga tahun 2014) Dr Zakir telah mengadakan lebih 2,000 sesi ceramah di seluruh dunia. 

Antara ialah 
  • Amerika Syarikat
  • Kanada
  • United Kingdom
  • Itali
  • Perancis
  • Arab Saudi
  • Australia
  • New Zealand
  • Afrika Selatan
  • Botswana
  • Nigeria
  • Ghana
  • Indonesia 
  • Singapura
  • Brunei 
  • Thailand, 
  • Hong Kong 
  • China
  • Mauritius
  • Sri Lanka
  • Maldives

Sumber The Islamic Research Foundation (IRF)

Actually, pada tahun 2012 Dr. Zakir Naik telah mengadakan ceramah di Malaysia. Ceramah beliau pernah berlangsung di UITM (Johor Bahru), Kuantan dan PWTC (Kuala Lumpur).

Apa yang menarik lagi, sesi ceramah beliau di Bihar, India telah dihadiri lebih daripada 1 juta dan secara tidak langsung menjadi salah satu perhimpunan terbesar di dunia bagi ceramah agama. 


Dr Zakir Naik pernah menerima pelbagai anugerah dari pelbagai pemimpin di seluruh dunia. Di Malaysia, beliau pernah menerima Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada tahun 2013 yang disampaikan oleh YDPA, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang berlangsung di Putrajaya. 
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign