30 April 2016

BUFFET RAMADAN DENGAN 300 JUADAH MAKANAN DI PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)


REVIEW FOOD l Buffet Ramadan Dengan 300 Juadah Makanan Di Putrajaya International Convention Centre

"Hidangan Tradisi Warisan Budaya" sebagai tema buffet Ramadhan dengan menghidangkan lebih daripada 300 juadah makanan berkonsepkan ala warung.


Apa yang menarik "300 Juadah" makanan dari pelusuk negeri dan lain-lain hidangan seperti :

*Pantai timur
*Selatan Semenanjung
*Utara Semenanjung
*Pembuka selera
*Aneka Panggang
*Pemanis Mulut
*Buah-buahan (Kebun Pak Rusmi)









"Aneka Panggang" menghidangkan sajian panggang yang memukau antaranya :
  • Kambing panggang bersama sayur panggang berserta sos bbq, lada hitam dan pudina.
  • "BBQ Grill" menyediakan hidangan bakar ikan kembung, ikan talapia, ikan pari, ikan keli yang diperap bersama sambal.
  • Satar Terengganu, otak-otak, stik daging dan lain-lain.




Cafe PICC menyediakan ruang kapasiti sebanyak 1000 orang pada masa yang sama dengan membawa konsep "Warisan Budaya" yang akan menghidupkan lagi suasana keindahan keindahan pada bulan ramadan di PICC.

Para pengunjung juga boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawikh berjemaah bersama artis dan beberapa personaliti jemputan di Surau PICC. Kelengkapan telekung untuk kaum muslimah dan sejadah turut disediakan.

Pihak Pengurusan PICC juga telah menyenaraikan beberapa aktiviti menarik seperti 
  • Gerai-gerai jualan di Bazaar PICC 
  • Majls Iftar Amal Wakaf bersama Ustaz Don pada 18 Jun 2016
  • Majlis Iftar Akustika bersama Zamani dan Mawi pada 22 Jun 2016
  • Majlis Iftar Amal bersama Anak-Anak Yatim
  • Pengisian kerohanian dan kebajikan

Turut diadakan aktiviti mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai selepas solat Asar di Perkarangan Pondok Keselamatan PICC. Apa yang menarik mengenai bubur lambuk ini disediakan oleh pasukan Chef PICC.

Stesen "Kawah Warisan" menjadi tarikan disepanjang bulan Ramadhan ini dengan hidangan 3 jenis iaitu :
  • Nasi Briyani
  • Nasi Kandar
  • Nasi Dagang (Terengganu)

Apa yang menarik, para pengunjung juga berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama Wang Tunai dan beberapa hadiah menarik dengan hanya mengisi borang penyertaan bersama bukti pembelian bufet. 


Ramadhan Buffet bermula pada :

Tarikh : 8 Jun 2016 - 3 Julai 2016
Masa   : 6.30 PM - 10.30 PM

Harga bagi dewasa dan kanak-kanak adalah seperti :

DEWASA hanya RM 98.00 Seorang.
KANAK-KANAK yang berumur 6 hingga 12 tahun hanya RM 49.00 seorang.

Untuk membuat tempahan, para pelanggan boleh menempah secara atas talian di www.ticketonline.my/PICC atau menerusi telefon di talian 03-8887600

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign