19 April 2016

GADIS BERTUBUH BESAR TAWAN BEBERAPA PUNCAK GUNUNG



REVIEW l Gadis Bertubuh Besar Tawan Beberapa Puncak Gunung 

BOB atau erti kata lain Badan Orang Besar merujuk kepada fizikal seseorang yang bertubuh obesiti. Statistik obesiti dalam kalangan rakyat Malaysia saban hari semakin serius sehingga menjadi antara penyebab utama kematian di hospital kerajaan.



Merujuk statistik pada tahun 2015, Malaysia antara negara yang tertinggi yang memiliki penduduk yang mempunyai masalah Obesiti. 

(Melalui sumber Pertubuhan Kesihatan Sedunia)

Sebelum tu, aku perkenalkan Cik Kiah yang berumur 26 tahun bekerja sebagai Pegawai Bank yang ingin kongsikan pengalaman dan tips bagaimana ingin menurunkan berat badan secara sihat dan konsisten. 

Cik Kiah saban hari kecewa tubuh badan semakin hari semakin melambung, sehingga Cik Kiah rasa dia perlu buat sesuatu. Jom kita baca pengalaman Cik Kiah yang ingin kongsikan transformasi dirinya.


"Gemuk ! what gemuk ? semua orang taknak gemuk, semua orang ingin memiliki tubuh badan yang kurus dan langsing. Tapi dasar hakikatnya MALAS nak bersenam. Malas nak jaga pemakanan dan malas nak usaha turunkan berat badan. Orang kata "hanya menanam tebu di tepi bibir sahaja"". Itulah Cik Kiah dahulu, selesai tugas dari bekerja, Cik Kiah balik, makan dan terus tidur. Senang cerita, rutin harian Cik Kiah tak berubah langsung. Pada ketika malam, Cik Kiah makan nasi berpinggan-pinggan mengalahkan saka. Tapi mulut Cik Kiah kata nak KURUS ! memang tak kemana lah. Bayangkan ketika itu berat Cik Kiah 90kg keatas.
Kesempatan ini, Cik Kiah ingin kongsikan pengalaman Cik Kiah boleh berubah dari seorang yang pemalas tuk diet kepada seseorang yang bersungguh-sungguh untuk turunkan berat badan. Bermula pada Mei 2015, kawan Cik Kiah yang bernama Eliza mengajak Cik Kiah pergi hiking. Bayangkan dengan gaya hidup Cik Kiah yang pemalas, tiba-tiba diajak oleh seseorang rakan untuk melakukan aktiviti yang lasak. Cik Kiah pun terima melakukan aktiviti yang Cik Kiah tidak pernah lakukan. Nak tahu sebab apa Cik Kiah terima ? sebab Cik Kiah hanya ingin hilangkan rasa bosan dekat rumah. Bayangkan rutin harian Cik Kiah hampir sama, memang agak bosan lah.
 
Kali pertama Cik Kiah hiking naik Gunung Datuk, memang dalam hati Cik Kiah menyumpah dan memang takkan panjat gunung lagi dah. Cik Kiah berapa kali agak tewas dan bila sampai di puncak. "Yaa Allah, indahnya pemandangan ni". Mula dari situ semangat Cik Kiah berkobar-kobar nak hiking.  

Beberapa gambar yang ingin Cik Kiah kongsikan kepada pembaca. Antara tempat yang pernah Cik Kiah hiking seperti Penang Hill, Gunung Angsi, Gunung Irau, Gunung Ledang, Gunung Besar Hantu dan banyak lagi. 
 
Bermula berat badan hampir mencecah 90kg keatas. Kini, berat badan Cik Kiah tinggal 66kg sahaja !. Bagi Cik Kiah, itu adalah transformasi diri Cik Kiah yang sangat besar dan Cik Kiah berpegang teguh "Nak Seribu Daya, Taknak Seribu Dalih"
Sekarang Cik Kiah lebih menjaga pemakanan yang sihat dan Cik Kiah ingin kongsikan beberapa tips.
         1) Breakfast - Lemon suam dan Roti Bakar
      2) Lunch - Cik Kiah tidak akan ambil nasi lebih 1 senduk sebab Cik Kiah
                      tak boleh lari daripada nasi. Bagi Cik Kiah 1 senduk sudah
                      memadai sebab Cik Kiah bukanlah bekerja dalam sektor yang
                      memerlukan tenaga yang kuat.

     3) Dinner - Malam Cik Kiah tetap makan, tapi tidak seberat macam dulu
                      yang mengalahkan saka.


     4) Kurangkan minum AIS BATU.
 
Cik Kiah tak simpan gambar penuh Cik Kiah ketika berat badan melambung. Maklumlah, Cik Kiah nak pandang pun rasa malu. Apatah lagi kalau orang pandang Cik Kiah. 

Nak tahu kenapa Cik Kiah memilih aktiviti hiking ? sebab setiap kali jumpa orang, orang akan sentiasa beri motivasi kepada Cik Kiah. Hampir setiap minggu Cik Kiah pergi hiking sehingga tertubuh "Gadis Gunung Team". Sehingga kini, Cik Kiah masih cari kawan-kawan yang berminat pergi hiking. Kalau korang berminat, jangan lupa mesej Cik Kiah di facebook tau, boleh klik terus menerusi laman facebook --> Cik Kiah .



Kesimpulanya, tiada yang mustahil jika kita berusaha untuk melakukan sesuatu perkara diluar kotak. Obesiti bukanlah penghalang untuk kita melakukan aktiviti yang mencabar. Oleh itu, korang yang masih kategori obesiti jangan pernah menyerah untuk memiliki badan yang langsing. Percayalah, jika korang mengamalkan gaya hidup sihat ia bukan setakat untuk kesihatan, malah kecergasan fizikal dan mental korang. 


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign