03 April 2016

CORETAN LUAHAN KEKECEWAAN HATI ANNA ROSE TERHADAP PIHAK PENGANJUR



KISAH l Luahan kekecewaan hati Anna Rose terhadap pihak pengajur.


Kisah Anna Rose menjadi-jadi bahan bualan di dalam industri peragaan, bila talent ini dikatakan jatuh ketika memperagakan busana di dalam pertandingan.



Aku turut simpati apa yang berlaku ke atas talent ini, setelah dikatakan beliau mengalami kecederaan patah tangan kiri ketika memperagakan busana dari fashion designer Suhaimi.

Seolah kisah ini menjadi tanda tanya dan timbul spekulasi tentang kejadian yang menimpa ke atas talent ini. 

Demi mengelakkan spekulasi timbul, sebagai audience yang hadir pada hari tersebut. Aku berminat mengambil serba sedikit coretan luahan hati talent ini yang dikatakan mengalami cedera parah yang serius.

Luahan Anna Rose dikatakan ketika dia rehesal bersama contestants yang lain, kebanyakkan mereka mengalami masalah yang sama iaitu carpet garden.



Katanya, dia sangat terkilan apa yang terjadi dan dia turut berterima kasih kepada photographer (syazwan) yang hadir membantu dia ketika berlaku eksiden luar jangkaan. 

Sememangnya dia jujur, baju yang diperagakan tidak membawa sebarang masalah kepada dirinya. Malah dia akui, baju yang dia peragakan oleh designer tersebut bukanlah buat pertama kalinya.

Katanya lagi, ketika dia di bilik persalinan. Dia lihat designer tersebut berwajah muram dan mendapati bahawa permintaan designer tersebut tidak diendah oleh pihak pengajur. Designer tersebut dikatakan datang ke arah meja juri dan berbisik meminta pihak pengajur datang ke bilik persalinan dan lihat keadaan talentnya. Tidak lama kemudian, Pihak pengajur menjerit nama designer tersebut dan bertanya dalam keadaan marah, kenapa memanggil beliau dan menegaskan dirinya dalam keadaan kerja kerana beliau juga salah seorang juri di dalam pertandingan tersebut. 

Kredit photog by Yusri Ibrahim

Ketika dimarahi oleh pihak pengajur, designer tersebut mendiamkan diri. Dia (anna rose), berpendapat bahawa designer tersebut memiliki personaliti yang baik, positif, penyabar dan seorang menjaga adab.

Dia (anna rose) berasa marah dan geram melihat pihak pengajur tidak menghormati designer tersebut dan seolah lepas tangan apa yang terjadi ke atas dirinya. Dia juga menyatakan, kesakitan yang berlakunya ke atas dirnya hilang selepas mendergar nada marah dari pihak pengajur.

Tidak lama kemudian, seorang contestant lelaki (Hasrul hassan) terus menghubungi pihak ambulance. Katanya, dia sangat bersyukur apabila contestant menolong dia ketika dia mengalami kecederaan, sedangkan pihak pengajur tidak ambil peduli tentang hal yang terjadi.



Dia terus dibawa ke hospital putrajaya. Ketika di dalam wad separa kritikal, baju yang dipakai oleh Anna seharusnya dipotong kerana dalam keadaan yang menganggu. Tetapi, dia melarang nurse tersebut buat sedemikian, kerana tanda penghargaan ke atas pereka fesyen yang bertungkus-lumus menyiapkan baju tersebut.

Pendapat aku mengenai pentas peragaan, apabila pihak penganjur menetapkan tema Grand Diva High Fashion. Sepatutnya, pemilihan pentas perlu bersesuai dan tidak tersasar dari tema yang ditetapkan.

Setelah kejadian yang menimpa keatas dirinya, dia telah membuat aduan kepada pihak polis atas dasar kekecewaanya terhadap pihak pengajur. Katanya, dia akan bawa isu ini kepada pihak seterusnya.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign