21 April 2016

MASYARAKAT MASIH TIDAK FAHAM APA ITU SIRIM BERHAD



REVIEW l Masyarakat Masih Tidak Faham Apa Itu SIRIM Berhad

SIRIM Berhad bermaksud Standard & Industrial Research Institute of Malaysia ialah sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia. Badan ini bertanggungjawab melaksanakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang menfokuskan kepada teknologi di Malaysia.


Korang percaya tak ? kebanyakkan masyarakat masih kurang faham apa itu SIRIM Berhad. Actually, sebelum aku sampai di SIRIM, Shah alam. Apa yang aku faham tentang SIRIM iaitu :

  • SIRIM memberi persijilan untuk barangan eletrik. 
  • SIRIM meluluskan barangan eletrik. 
  • SIRIM menguji barangan eletrik.
Senang cerita, sangkaan aku tentang SIRIM tak jauh dari bab eletrik lah. Tapi sangkaan itu salah belaka, setelah mendergar ceramah dari pekerja SIRIM. 



Secara ringkas mengenai SIRIM adalah SIRIM bukan sahaja meluluskan serta memberi persijilan kepada syarikat yang berasaskan teknologi. 

Sebernanya SIRIM juga menjaga alam sekitar seperti meletakkan tukun ke dasar laut demi memulihara habitat di dalam air seperti ikan.

Selain itu, SIRIM juga menolong usahawan Malaysia dari segi pembungkusan untuk menarik minat pelanggan. 


(Gambar di atas adalah usaha SIRIM meletakkan tukun di dasar laut)





Tentu korang tertanya, kenapa SIRIM terlibat secara langsung dalam kaedah pembungkusan, kerana melalui kaedah pembungkusan yang cantik dan sistematik menunjukkan produk Malaysia setanding dengan produk antarabangsa. 

Melalui kaedah pembungkusan, SIRIM amat menggalakkan masyarakat Malaysia terlibat secara langsung dalam dunia usahawan untuk meningkatkan taraf ekonomi kehidupan. 

Antara pencapaian dan pengiktirafan SIRIM Berhad :

 

 

  




Jom kita jalan-jalan di gallery SIRIM Berhad.


Dekat situ korang boleh nampak yang SIRIM juga terlibat secara langsung dalam proses pembuatan produk Malaysia.



Masuk bab kecantikan tentu korang suka kan. Actually, produk kecantikan Sireh Emas formulasi bioteknologi juga antara produk yang diluluskan oleh SIRIM, ini membuktikkan produk tersebut selamat digunakan.



Kalau korang datang ke galerry SIRIM, macam-macam teknologi yang korang akan belajar. Antara teknologi yang dihasilkan oleh SIRIM adalah mesin pembuatan karipap. 

Cuba korang perhatikan mesin tersebut, fuh ! mudah gila usahawan sekarang nak berjaya melalui teknologi yang dihasilkan oleh SIRIM kan. 



Terlalu banyak maklumat yang aku perolehi melalui SIRIM. Apa yang aku boleh sampaikan iaitu perkembangan teknologi semakin pesat. 

Melalui SIRIM Berhad, mereka bertanggungjawab menyampaikan kepada masyarakat mengenai teknologi. Sebagai masyarakat kita perlu peka terhadap perkembangan teknologi, kerana perkembangan teknologi seiringi dengan peredaran zaman.

Harap dengan perkongsian ini, serba sedikit dapat meningkatkan pengetahuan korang mengenai SIRIM. So lepas ini, kalau korang terpikir untuk menghasilkan sesuatu produk, boleh rujuk SIRIM. 

Secara kesimpulanya, manusia dan teknologi tidak dapat dipisahkan kerana melalui teknologi ia memudahkan manusia untuk melakukan aktiviti harian. 


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign