07 April 2016

PENYANYI TERSOHOR DATUK SITI NURHALIZA MEMBIDAS KENYATAAN WARTAWAN METRO


SEGMEN l DATUK SITI NURHALIZA MEMBIDAS KENYATAAN WARTAWAN METRO, ADAM SALLEH

Kelahiran anak Kuala Lipis, Pahang, Datuk Siti Nurhaliza yang dikenali sebagai penyanyi tersohor No. 1 Malaysia membidas kenyataan Adam Salleh  secara berhemah. 

Adam Salleh seorang wartawan tempatan dari akhbar metro, mengatakan Datuk Siti perlu berehat dari industri muzik. Melalui kenyataan keratan akhbar Metro semalam, Adam Salleh bukan sahaja mengeluarkan kenyataan mengelirukan. Malah, dia juga mempertikaikan populariti Datuk Siti sebagai penyanyi No. 1 Malaysia.

Melalui kenyataan di Instagram Datuk Siti, beliau membidas dengan penuh berhemah kepada wartawan Adam Salleh kerana beberapa fakta yang mengelirukan kepada pembaca harian metro. 

Datuk siti menyatakan bahawa persembahan beliau akan datang, memuatkan seramai 5000 - 7000 penonton setelah diambil kira penggunaan pentas di Stadium Negara.

Ini adalah kenyataan Datuk Siti melalui Instagramnya dengan pengikut 2.8m @ctdk.





Beberapa pengikut @ctdk telah mengkritik kenyataan yang dikeluarkan dari wartawan metro, Adam Salleh. 


Apapun, kita semua sedia maklum bahawa populariti Datuk Siti tidak boleh dipertikaikan kerana beberapa anugerah besar beliau raih, dengan sekaligus menaikkan nama Malaysia ke persada nusantara.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign