25 April 2016

PEREKA FESYEN "DIKECAM" OLEH NETIZEN MENGENAI BAJU RAYA TAHUN 2016


FASHION l Pereka Fesyen"DIKECAM" Oleh Netizen Mengenai Baju Raya Tahun 2016

Industri fesyen saban hari semakin berbeza mengikut peredaran zaman. Tapi sejauh manakah fesyen itu diterima oleh masyarakat bergantung kepada pereka fesyen tersebut. 

Actually, aku agak "alert" tentang industri fesyen kerana rata-rata kawan di alam maya sering melakukan peragaan dengan fesyen terkini. 

 
Menurut kenyataan Anuar Faizal di Sinar harian katanya, Gambar berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yg 'slimfit', lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.
"Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri"


Menurut pereka fesyen, tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan 'instant sampin' supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.
Katanya lagi "Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa.

Netizen kritik fesyen tersebut, kerana fesyen tersebut tidak menepati ciri-ciri pakaian tradisional melayu. Netizen menganggap pakaian tersebut tidak menghormati peradaban orang melayu.

 

Pada pendapat aku mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pereka fesyen tersebut di Sinar Online, seharusnya pereka fesyen tersebut lebih peka tentang sensitiviti masyarakat orang Melayu. Sepatutnya, pereka fesyen perlu menjelaskan di laman sosial mengenai gambar tersebut, kerana hal ini boleh menimbulkan spekulasi masyarakat.

Kesimpulanya, Pereka fesyen perlu menjelaskan terlebih dahulu sebelum produk dijadikan bahan kritikan.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign