10 April 2016

RATA-RATA RAKYAT MALAYSIA MENGALAMI PENYAKIT XENOPHOBIA


REVIEW l Migration Work


Korang tentu terpikir-pikir apa maksud disebalik Xenophobia yang dimiliki oleh rakyat Malaysia. Begitu juga aku, ketika hadir di program migration work pada baru-baru ini.


 

Xenophobia "secara saintifik bermaksud seseorang memiliki minda psikologi negatif yang menakutkan tentang warga asing atau kata lain rasisme".

Perkara yang dimaksudkan adalah rakyat Malaysia memandang warga asing yang bekerja di Malaysia adalah jenayah dan beranggapan warga asing yang bekerja di Malaysia adalah golongan low-class.

Migrasi berlaku sejak beratus kurun lagi, seperti di Tanah Melayu apabila sistem kangani dan sistem kangcu dilaksanakan. 



En. Reeman selaku penceramah Migration Work berpendapat, bahawa netizen masih beranggapan yang warga asing ini sering melakukan jenayah dan menyusahkan kepada kerajaan. 

Negara yang padat seperti Nepal memiliki rakyat sebanyak 28 juta, Indonesia 1267 juta rakyat dan lain-lain negara berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh En. Reeman. 

Katanya lagi, jika semua bilangan migrasi seluruh dunia diambil kira. Statistik menunjukkan bahawa 250 juta migrasi menempatkan 1 negara indonesia jika dikumpul.

Oleh itu, Mr. Reeman juga menunjukkan statistik berdasarkan kenyataan PDRM yang mengeluarkan statistik jenayah yang dilakukan oleh rakyat Malaysia sebayak 93% berbanding jenayah yang dilakukan oleh warga asing. 


Kenyataan yang dikeluarkan oleh En. Reeman agak mengelirukan bagi aku atas statistik yang diberikan, walaupun ia berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan dari Pihak Polis. 

Statistik yang diberikan agak meragukan kerana, kita rakyat malaysia sedia maklum bahawa warga asing yang berdaftar bekerja di Malaysia sebanyak 2 juta. Kiraan sebanyak 2 juta itu hanya sebilangan yang berdaftar, yang tidak berdaftar?. 

En. Reeman juga menegaskan bahawa, sebilangan migration hanya membuat onah berbanding netizen yang melakukan hal seperti memukul pembantu rumah berdasarkan report PDRM.

   

5 Pandangan rakyat Malaysia terhadap Warga Asing (Migration work).

1) Rakyat Malaysia beranggapan mereka ini hanya membebankan perkhidmatan perubatan adalah SALAH kerana mereka datang ke sini untuk menyara kehidupan keluarga di Kampung.

2) Mereka bersaing mengambil alih pekerjaan rakyat Malaysia adalah SALAH kerana rakyat Malaysia tidak suka bekerja tempat berisiko seperti membina bangunan.

3) Migrasi yang bekerja menjatuhkan gaji rakyat Malaysia adalah SALAH.

4) Migrasi yang melakukan jenayah adalah SALAH berdasarkan statistik jenayah.

5) 1 kumpulan yang besar berkumpul untuk melakukan jenayah adalah SALAH kerana mereka takut untuk pulang ke negara mereka semula.


  

Sebab Netizen Memiliki Pandangan Negatif Terhadap Mereka.

1) Tidak mahu mengenali mereka kerana mereka bukan rakyat Malaysia.

2) Status rendah dan tidak setaraf.

3) Takut pada orang asing kerana rupa paras berbeza.

4) Social identify theroy bermaksud kita memasuki kelompok yang mempunyai taraf yang standard.

Us (rakyat Malaysia) - Kutuk warga asing dan bangga mempunyai taraf kehidupan lebih baik dari mereka.

Them (Pekerja asing) - Melabel atas rupa mereka, taraf kehidupan dan lain-lain.

    

Kata En Reeman lagi, mereka banyak membantu dalam pembangunan negara Malaysia seperti pembinaan KLCC dan memudahkan rakyat Malaysia seperti pembantu rumah. 

Selain itu, En Reeman menyatakan kajian menunjukkan bahawa sikap perkauman menghalang manusia untuk memiliki sifat simpati. Apabila kajian tersebut menunjukan sebuah video klip tapak tangan manusia tertusuk jarum berdurasi selama 30 saat, menunjukkan simpati kaum sendiri meningkat sehingga 100% dan perasaan simpati itu turun apabila tapak tangan berlainan warna ditunjukkan. Seterusnya, apabila kajian tapak tangan tiada warna (alien) menunjukkan simpati itu meningkat sehingga 100%.

Kesimpulanya, kajian itu menyatakan bahawa sikap perkauman menghalang seseorang itu memiliki sikap simpati. 

Kajian itu mendapat perhatian dari audience Puan Ros, mengatakan bahawa simpati itu tiada sempadan bagi perkauman. Puan Ros mengatakan bahawa simpati itu dapat dilihat apabila Malaysia bersimpati apa yang berlaku di negara jiran seperti Acheh dengan bantuan keselamatan, paramedic dan juga bantuan kemanusiaan. Dia juga berpendapat bahawa manusia juga memiliki simpati kepada haiwan.

  


OBJEKTIF Migration work adalah membawa mesej positif kepada rakyat Malaysia untuk memandang mereka (migration work), sebagai keserataan kemanusiaan. 

 
Gambar yang menarik perhatian 

Untuk kali terakhir, En Reeman membuka soalan kepada audience dan dengan kekwat aku bertanya :

Secara kesimpulan apa yang saya dapat adalah, kita harus memandang migration work ke sudut positif. Tapi, bagaimana pula kes pelacuran dan dadah ? tetap pandang sudut positif ke ? 

Cukup sampai disini, kerana jawapan En. Reeman kurang menyakinkan aku.


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign