02 April 2016

TOLONG ! JANGAN TERJEBAK BERKENALAN DENGAN TOP BLOGGER MALAYSIA (BRO)


Segmen gosip l BRO l BroFramestone

Dulu masa berjinak dunia blogging pada tahun 2013. Aku langsung tak paham apa itu blog ?. Apa yang aku faham tentang blog adalah berkaitan dengan kisah kehidupan manusia atau kata lain, gantikan buku diari kepada sebuah diari umum.

Korang kenal tak mamat pakai spet mata kat atas ni ? mamat ni orang panggil BRO. BRO brother ke ?. Ehh.. bukanlah.... Tekan sini ke blog BroFramestone

Nama sebenar beliau Syukri Mohammad  Nor atau dikenali sebagai BRO (Blog Retis Official). Beberapa bulan yang lepas baru aku tahu nama sebenar mamat ni. Katanya, ada kekeliruan sampai facebook minta mamat ni tukar nama sebenar dia.

Bayangkan, nama mamat ni orang kenal dengan Bro Framestone, then terpaksa tukar ke Syukri Mohammad Nor. Tidak ke hampa populariti mamat ni hilang sekejap. *hehe

Aku nak cerita, macam mana aku boleh jumpa mamat ni....



Buat kali pertama aku jumpa dia pada tahun 2013 di Event Blogger Most Wanted. Waktu tuh, mamat ni antara salah seorang peserta tercalon di salah satu anugerah blogrr tak silap.

Mungkin pada 2013 aku masih baby baru disusukan, masih tak mengenali blogger yang pernah cetuskan fenomena alam blogger Malaysia ni. Sampai aku pelik, kenapa ramai orang ganggu mamat ni sampai nak bergambar bagai. Mungkin zaman 2013 mamat ni hensem dan sado kot. 


Sado ke ?

Rupanya, baru aku tahu mamat ni salah seorang peserta yang tercalon.

Actually, aku nak cerita. Walaupun mamat ni antara #topbloggermalaysia yang dikenali. Seriously, mamat ni sangat friendly dan banyak bantu blogger yang baru nak menyusu macam aku ni.


Mamat ni banyak membantu aku dari segi tips. Dia juga menaikkan domain faezramly.com dengan kadar bayaran ikhlas hati. Fuhh ! ada lagi perkhidmatan ikhlas hati, yang paling penting takde GST tau. 

Apapun aku nak ucap jutaan terima kasih untuk BRO kerana banyak membantu aku dalam dunia blogging ni. 

Kalau ada kesempatan lagi, aku nak cerita blogger yang banyak membantu aku dalam dunia blog ni.


Mamat ni dah kahwin dah, so yang girl-girl jangan kecewa ye. Kalau berkenan tak salah risik-risiklah orang rumah dia ni. *Sorry bini BRO

BRO bukan power bab tarik menarik,
char keow teow celah gigi dia je.

Bayangkan kalau korang datang umah dia, then dia buat air teh tarik macam ni... Perghhh ! conform tambah secawan lagi.

Jadi, kalau korang dah mula terjebak kawan dengan dia. Seriously, dia langsung tak kedekut untuk kongsikan dunia blogger.


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign