23 Mei 2016

6 FAKTA YANG DILAKUKAN OLEH ORANG MELAYU YANG BERTENTANG DENGAN AJARAN ISLAM MENGENAI BAB KEMATIAN

fakta mengenai islam

FAKTA l 6 Fakta Yang Dilakukan Oleh Orang Melayu Yang Bertentang Dengan Ajaran Islam Mengenai Bab Kematian.


Ketika tiga bulan kita di dalam perut, Allah SWT telah menentukan soal jodoh, rezeki, takdir mahupun soal kematian. 

Yaa ! kita daripada kecil tidak lekang dengan adat Melayu, tidak kiralah adat perkahwinan, cukur jambul sehinggalah bab kematian. 

Segmen fakta akan merungkaikan beberapa fakta mengenai bab kematian yang sepatutnya diikuti. Sumber : Salim Bekam Sumber Hijama.

1. Apabila kita mendergar berita kematian, orang melayu sering mengucapkan "Al-fatihah" berbanding cara islam iaitu "Innalillahi wa inna ilaihi rojiun".

2. Usung jenazah:
  • Melayu:
Baca al fatihah sambil usung jenazah.
Jenazah akan ditanam di tempat yang keluarga request. Contoh meninggal dunia di sarawak, tapi disebabkan keluarga di selangor maka jenazah akan dibawa pulang ke selangor untuk dikebumikan.
  • Islam :

    Usung seperti biasa tanpa ada sebarang bacaan dan percepatkan hantar jenazah ke kuburan bukan perlambatkan dengan bacaan tertentu

    Jenazah ditanam di tempat perkuburan yang paling hampir dengan jenazah yang meninggal dunia.

Ulasan: Kadang-kadang keluarga minta dikebumikan tempat berhampiran untuk menziarah. 


3. Tanam jenazah
  • Melayu:
    - Jirus air dengan jug yang diikat kain putih
    - Tabur bunga
    - Tabur batu
  • Islam :

    Tiada sebarang jirusan air. Jika jirus air atas alasan untuk melembapkan tanah tidak mengapa namun jika air dijirus agar mayat sejuk maka ini kepercayaan yang merosakkan aqidah.
Ulasan : Buat masa ni, tak pernah dergar lagi air yang dijirus untuk jenazah untuk sejuk. Kebiasaanya, Air dijirus untuk melembapkan tanah.

4. Kubur jenazah
  • Melayu
   - Kubur dihias bagai pengantin
   - Kubur ada bangunan
   - Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
   - Ada pakej upah baca Al Quran
   - Batu nisan 2
   - Perlu beri wang kepada orang solat jenazah
   - Perlu beri wang kepada penggali kubur
   - Perlu sediakan wang sekurang kurangnya RM 1000...MasyaAllah.

  • Islam :
   - Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
   - Kubur tiada bangunan
   - Kubur tiada sebarang kapur, nama, tarikh hidup dan mati
   - Tiada upah bacaan Al Quran di kuburan
   - Batu nisan 1
   - Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU
     KIFAYAH* bagi umat islam.


Ulasan: Apa yang aku faham mengenai kepok adalah tujuan untuk mengenalpasti lokasi arwah (senang nak cari kubur). Maklumlah, tak semua tempat tanah perkuburan yang rata. Bila aku ziarahi tanah perkuburan, kebanyakkan yang tiada kepok tertimbus dengan tanah. Pemberian wang kepada penggali kubur sebernanya tanda terima kasih atas penat lelah penggali tersebut. 


5. Kenduri Arwah:

  • Melayu 

Keluarga si mati buat upacara ritual kenduri bagi arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
  • Islam :
Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa'fuanhu ( jenazah lelaki )
Allahummafirlaha warhamha waafihi wa'fuanha ( Jenazah wanita)
Jiran terdekat memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.
 Ulasan: Mengenai kenduri arwah aku kurang setuju yang dibuat oleh orang melayu kerana Rasulullah SAW telah bersabda "jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

6. Talqin
  • Melayu:
Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.

  • Islam :
Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kuburan itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.
Ulasan : Buat masa ni tak pernah dergar lagi yang talqin tuh sebernanya jawapan bocor kepada si mati. Sebernanya ia untuk mengingati.

"Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak” (HR. Bukhari no. 2697 & Muslim no. 1718)

Kesimpulanya Islam adalah agama yang mudah anuti, selari dengan fitrah manusia kerana Islam juga sejajar dengan peredaran zaman. Adat tidak pernah salah, yang salah apabila ia berlanggar dengan hukum syarak. 



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign