24 Mei 2016

6 LANGKAH PENYEDIAAN NASI LEMAK GORENG


TIPS l 6 Langkah Penyediaan Nasi Lemak Goreng 


Nasi lemak adalah menu yang tidak pernah pupus dek zaman dengan aroma yang menyelerakan. 
Bagi aku, nasi lemak antara menu yang disukai ketika breakfast, mana tidak berlemak-lemak rasanya. 

Nasi lemak jika dimakan ketika dingin hilang keenakan, maklumlah ! tak rasa kenikmatan aroma tuh. 

Segmen tips berkongsi resepi dari Chef Johari Edrus yang lebih dikenali sebagai Chef Jo di dalam rancangan Masterchef. 


Menurut Chef Jo, nasi lemak yang dingin mungkin kurang menyelerakan jika dimakan begitu sahaja. 
Katanya lagi, zaman jimat-menjimat ini mungkin ianya dapat menolong sahabat berjimat sambil menikmati juadah yang enak dan menyelerakan.

Korang boleh tengok gambar-gambar dibawah serta langkah penyediaan untuk menu "Nasi lemak Goreng".
Nasi Lemak Goreng
Bahan:
  • 1 bungkus nasi lemak (nasi, sambal, ikan bilis, kacang, timun dan telur rebus dan sebagainya)
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil lelemak (mentega/minyak sapi/ magerin/minyak masak)


Nasi lemak
1. Panaskan nasi lemas telebih dahulu di dalam ketuhar gelombang mikro

Nasi lemak
2. Sementara itu panaskan kuali leper dan masukan lelemak kegemaran anda dan biarkan ianya cair.
Nasi lemak
3. Bila cukup panas masukan nasi lemak dengan kesemua ramuannya sekali.
Nasi lemak
4. Gaul rata dan hancur-hancurkan telur rebus tadi hingga menjadi kecil dan terus mengoreng untuk satu minit.

Nasi lemak
5. Pecahkan telur kedalam adunan nasi lemak tadi. Bila telur mula mengeras gaul rata keseluruhan nasi lemak seperti mengoreng nasi goreng.
Nasi lemak
6. Goreng selama satu minit lagi dan hidangkan panas-panas.

Nasi lemak
6. Taburlah bawang goreng jika anda suka dan Selamat mencuba.

Kesimpulanya, korang patut cuba dan rasa kenikmatan nasi lemak goreng tau. Ingat ! jangan buang rezeki, nanti dia nangis. 






Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign