01 Mei 2016

ABANG BOMBA SADO BERKONGSI PENGALAMAN SERTA TIPS PERUBAHAN DIRINYA



STORY l Abang Bomba Sado Berkongsi Pengalaman Serta Tips Perubahan Dirinya

Semenjak viral "Abang Bomba Berbadan Sado", ramai netizen diluar sana berkongsi di dalam sosial mengenai gambar tersebut. Mereka mengeluarkan pandangan terhadap pekerjaan ini dengan berharap, ramai anggota Bomba lelaki mempunyai bentuk fizikal yang mantap atau kata lain "SADO".


 

Kali ini aku kongsikan segmen Story mengenai jejaka sado kerjaya sebagai Anggota Bomba. 

Anak kelahiran Sabah yang dikenali Mohd Ashliey, 23 tahun menggangap kerjaya sebagai Bomba tidak menghalang dirinya untuk melakukan aktiviti bina badan. 



Menurut anak berketurunan Bajau Bugis ini, sebelum dia memiliki bentuk fizikal yang mantap. Dia sering menerima tomahan, malah bukan setakat itu sahaja. Dia juga sering dibuli oleh wanita mahupun lelaki. Katanya, pada March 2014 dia tekad untuk melakukan aktiviti Bina Badan. 



Pengalaman sebagai anggota Bomba banyak mengajar dirinya untuk lebih bersedia dalam apa jua keadaan. Katanya lagi, setakat ini dia masih tidak mengalami pengalaman pahit mahupun ngeri ketika waktu bertugas. Malah semuanya indah belaka, sepertimana masyarakat Malaysia tahu bahawa Memadam Kebakaran dan Menyelamatkan orang Awam adalah keutamaan mereka sebagai Anggota Bomba. 



Apabila ditanya mengenai idola inspirasi, dia menjawab "Sergio Constance" kerana idolanya memiliki bentuk fizikal "aesthetic body".





Katanya lagi, setiap orang perlu pandai membahagikan masa tidur, kerja dan masa melakukan aktiviti gym. Dia juga berpendapat, "Dimana ada kemahuan disitu ada jalan". Jangan risau, ianya takkan jadi sukar sekiranya semagat melebihi usaha dan ingat bahawa jangan pernah mengalah sesekali.



Akhir sekali, dia memberi tips motivasi kepada yang baru ingin menceburi aktiviti bina badan : 
"Lakukan dan jangan pernah mengalah kerana semua orang mampu melakukan". Ya ! Sakit memang sakit ! Penat memang penat ! tapi percayalah "kesakitan yang kamu rasai sekarang, akan kamu banggakan pada esok hari".

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign