26 Mei 2016

BUFFET RAMADAN ALA KAMPUNG MENGGAMIT KENANGAN "NOSTALGIA 60AN" DI ANCASA HOTEL, KUALA LUMPUR

Buffet Ramadan


FOOD REVIEW l Buffet Ramadan Ala Kampung Menggamit Kenangan Nostalgia 60an Di AnCasa Hotel, Kuala Lumpur

Merancakkan sambutan Ramadan 2016, AnCasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur memperkenalkan konsep 'Nostalgia 60an' bagi menyingkap tirai kenangan bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sempena memperingati pemergian seniman Agung tersebut pada 29 Mei 1973. 

Menggabungkan tema elemen 60an adalah pilihan yang tepat ketika kita berbuka puasa bersama seisi keluarga, sahabat andai mahupun rakan sekerja.

Buffet Ramadan kali ini menyajikan dengan kepelbagaian dan keenakan rasa daripada 'Saffron Brasserie' yang membangkitkan selera antaranya ialah : 

  • Nasi Kabsah
  • Kambing Bakar
  • Rendang Itik
  • Burung Puyuh Goreng Lengkuas
  • Sambal Udang Petai 
  • Lemak Ketam Nenas
  • Kacang Sepat Bercendawan
  • Daging Opor
  • Ayam Tandori
  • Ikan Jenahak 
  • Banyak lagi pilihan......

AnCasa Hotel
Nasi Kerabu
AnCasa Hotel
Nasi Kerabu warisan negeri Kelantan
Nasi kerabu adalah makanan tradisional bagi negeri Cik Siti Wan Kembang, bagi aku agak sukar untuk mencari Nasi Kerabu yang sedap di luar negeri Kelantan. Tetapi kali ini, AnCasa Hotel tidak terlepas pandang mengetengahkan elemen makanan tradisional Pantai Timur iaitu negeri Kelantan. 

Korang percaya tak, ketika aku review di AnCasa Hotel, Nasi Kerabu antara menu yang sangat laris dengan keenakan elemen ulam serta budu dan sambal belacan. 

AnCasa Hotel
Nasi Kabsah Arab
Nasi Kabsah adalah makanan tradisional negara Arab. Nasi Kabsah dimakan bersama Kambing Bakar. Fuhh ! makanan arab pun ada kan. 


AnCasa Hotel
Sambal Udang Petai
Sambal udang petai adalah menu kegemaran aku, tapi agak terkejut hidangan ini cukup menepati citarasa aku iaitu pedas manis. 

AnCasa Hotel

Keenakan kambing yang terdapat di AnCasa Hotel betul-betul memukau tanpa sebarang hamis.

AnCasa Hotel
Daging Opor Warisan Pahang
Daging Opor adalah resipi turun menurun istana. Daging Opor adalah makanan tradisi masyarakat Pahang terutama belah Pekan. Kalau kenduri kahwin, Daging Opor antara menu tarikan para tetamu. Buat kali pertama merasai Daging Opor adalah satu kelainan yang terdapat di AnCasa Hotel.

AnCasa Hotel
Burung Puyuh Goreng Lengkuas

AnCasa Hotel
Lemak Ketam Nenas
Lemak Ketam Nenas yang ada di AnCasa Hotel membuatkan korang akan teringat-ingat, mana tidak sehingga ke hari ini lemak ketam nenas masih dipikiran aku. Isi ketam yang sangat manis dan segar.

AnCasa Hotel


AnCasa Hotel
Urap Sayur

AnCasa Hotel
Urap Sayur










AnCasa Hotel
Ulam-ulaman tempatan
Bagi pencinta ulam-ulaman, korang pasti tergamam melihat kepelbagaian ulam yang terdapat di AnCasa Hotel.


AnCasa Hotel
Kepelbagaian sambal seperti Sambal Belacan, Cencalok dan lain-lain
Korang nak cari Sambal Belacan, Cencalok, Budu dan lain-lain. Datang ke Buffet Ramadan AnCasa Hotel.

AnCasa Hotel
Sup tulang rawan





Tema 60an pasti menggamit kenangan indah korang pada tahun ini, yelah ! pelbagai menu 60an seperti Ubi kayu cecah dengan sambal dan macam-macam lagi. Paling menarik, lemang, nasi impet dan pecah juga disediakan ketika korang berbuka puasa. 

AnCasa Hotel



AnCasa Hotel
Lemang
AnCasa Hotel
Kuah Kacang
AnCasa Hotel

AnCasa Hotel juga menyediakan Aneka Mee seperti Laksa Penang. Fuh ! hampir makanan tradisional serata negeri di Malaysia tidak terlepas pandang. Betul-betul menggamit kenangan indah ni !


AnCasa Hotel


AnCasa Hotel
Yong Tau fu
 AnCasa Hotel

AnCasa Hotel
Kebab


Puluhan manisan pencuci mulut disajikan seperti :
  • Kuih Melayu
  • Rempeyek
  • Tapai
  • Dodol
  • Wajik
  • Kerepek
  • Sago Gula Melaka (Buah Melaka)
  • Puding Gula Hangus
  • Jeli Puding Krim
AnCasa Hotel
Pelbagai Kuih muih serta kerepek disajikan ketika sepanjang buffet ramadan

AnCasa Hotel

Korang nak makan kuih apa ? Pulut berlauk, talam, kuih lapis, kuih kasui semuanya ada. Sampai keliru nak makan yang mana.


AnCasa Hotel
Wajik
Kuih wajik merupakan sejenis kuih tradisional Melayu yang diperbuat daripada pulut yang dimasak dengan manisan. Apa yang best kuih wajik yang dibuat oleh AnCasa Hotel sangat lembut dan tidak terlalu manis.
AnCasa Hotel
Putu Piring

AnCasa Hotel


AnCasa Hotel
Tauhu Sumbat
AnCasa Hotel

AnCasa Hotel


Dessert adalah menu yang terakhir dijamu sebagai penutup set menu untuk menghilangkan kesan rasa pada lidah. Dessert biasanya mempunyai rasa manis dan menyegarkan selepas menyantap hidangan utama. 

AnCasa Hotel

AnCasa Hotel


AnCasa Hotel


AnCasa Hotel


AnCasa Hotel


AnCasa Hotel


AnCasa Hotel


AnCasa Hotel

MINUMAN

AnCasa Hotel

Kepelbagaian jenis minuman ketika bulan puasa antara nafsu ketika ingin berbuka. Mana tidak, kita akan capai minuman terlebih dahulu berbanding makan. Maklumlah, seharian kita kehilangan air di dalam badan. 


 ancasa hotel

AnCasa Hotel tidak ketinggalan mengetengahkan elemen 60an dengan alunan muzik dari era 60an sepanjang bulan ramadan.

Ketika korang menjamu selera korang akan didendangkan alunan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Korang akan merasakan seolah korang berada di zaman era 60an dengan hidangan yang menyelerakan serta alunan muzik tradisional.


 


6 Jun - 3 Julai 2016 l 7.00ptg - 10.00ptg


DEWASA l RM 68 Per neet

KANAK-KANAK l RM 40 Per neet


P R O M O S I !!!

Tawaran harga istimewa diberikan kepada korang sekiranya membeli sebelum :

31 Mei 2016 dengan harga RM 58.00


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Saffron Brasserie di talian :


03-20266060 

atau talian bebas tol di 

1-300-88-0032



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign