10 Mei 2016

FILEM "SUMMER CAMP" ANTARA FILEM SERAM GANAS 2016

filem summer camp


MOVIE REVIEW l Filem "Summer Camp" Antara Filem Seram Ngeri 2016

Tak sangka filem Summer Camp arahan Alberto Marini antara filem yang berjaya dikategori sebagai filem seram ngeri pada tahun 2016. 

Untuk pengetahuan korang, Pengarah Summer Camp adalah pengarah yang pernah berjaya membawa filem "The Conjuring" antara filem seram antarabangsa.

Pengarah Alberto Marini sekali lagi berjaya membawa sebuah filem Ganas Seram yang dibintangi oleh Diego Boneta, Maiara Walsh, Andres Velencoso, Joselin Donahue.

Filem durasi 1 Jam 21 Minit membawa satu impak dimana filem tersebut mengekalkan filem jenis genre SERAM.

filem summer camp


Ringkasan Filem

Filem Summer Camp mengenai 4 pemuda dari Amerika mendaftar untuk bekerja sebagai kauseling di Kem Sepanyol (pendalaman). Kegembiraan dan keseronokan di wajah mereka bertukar menjadi takut apabila salah seorang dari mereka bertukar menjadi seorang yang ganas. Bayangkan dari seorang perwatakan manusia biasa bertukar menjadi seperti "anjing liar" tanpa sedar.

Seorang demi seorang bertukar dan menyerang antara satu sama lain, tanpa ingatan sedar. 

Akhirnya, mereka dapat tahu punca sebenar wabak yang menyerang mereka.


5 Sebab Filem ini berjaya menawan hati kerana :

1) Pengarah yang pernah mengarah filem "The Conjuring" sangat mementingkan aspek seram dan ngeri dalam filem yang disampaikan.
Korang nak tahu kenapa filem ini dikategorikan sebagai filem seram ganas, kerana scene yang dibawa memenuhi citarasa sebagai penonton. 
Aku akui, sepanjang di dalam pawagam perasaan takut dan terperajat tidak berhenti menghatui tau. Mana tidak, banyak scene yang tak dijangka. 
filem summer camp

2) Sifat mementingkan diri (Selfish) membawa kemudaratan kepada diri sendiri. Apa yang kita lakukan jangan pernah mementingkan diri hanya semata untuk menyelamatkan diri. 
Filem ini secara tidak langsung mengajar kita untuk lebih bersifat tolong-menolong dalam berkumpulan (teamwork)
3) Konsep dan jalan cerita yang dibawa oleh pengarah filem. Walaupun dah bertukar menjadi ala-ala zombie, tetap cerdik.
4) Walaupun genre filem seram, tetap campur dengan lawak bersahaja. Tanpa sengaja korang akan tergelak melihat telatah mereka.
5) Latar Audio bertambah perasaan takut dan seram ketika korang menonton. No wonder filem hanya untuk 18 tahun keatas, kerana faktor scene yang ngeri dan ngilu. 

filem summer camp

Apa kesudahan kisah mereka dalam File Summer Camp ? kalau korang nak tahu, jangan tak tengok tau !


Secara kesimpulan, untuk Filem Summer Camp aku bagi RANTING

10/10


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign