12 Mei 2016

GOLONGAN DISLEKSIA BUKAN PENGHALANG UNTUK MENJADI SEORANG MODEL

Haneesya Hanee


STORY l Golongan Disleksia Bukan Penghalang Untuk Menjadi Seorang Model

Siapa sangka pemegang Kad OKU yang dikategorikan sebagai Golongan Disleksia bukan penghalang untuk seseorang itu mencungkil bakatnya di khalayak ramai. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. 

oleh itu, Disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

 
Kali ini, segmen story menceritakan seorang anak Disleksia yang dikenali Haneesya Hanee iaitu anak kelahiran Pulau Pinang berumur 16 tahun, menganggap Disleksia bukan penghalang untuk dia berjaya. 

Haneesya Hanee
Hanees dari hujung kiri
Haneesya Hanee yang lebih dikenali sebagai Hanee bergiat aktif ketika dibangku sekolah lagi dengan menyertai menari dibawah tunjuk ajar oleh Alam Wakaka ketika dia berusia 8 tahun. 

haneesya hanee
Gadis berketinggian 170cm yang dibesarkan di Kuala Lumpur, sering menerima kritikan dan tomahan hanya kerana dia berkulit gelap. Dia juga pernah dimarahi oleh Guru dihadapan khayalak ramai ketika di perhimpunan sekolah hanya kerana tidak menghafal sifir. Pada ketika itu, Guru Sekolah rendah Hanee masih tidak tahu bahawa Hanee juga sebahagian golongan Anak Disleksia. 

idola

Hanee meletakkan idolanya iaitu Tyra Banks kerana beliau memiliki warna kulit yang sama. Idolanya seorang wanita yang bekerja keras dan memiliki personaliti yang merendah diri dan ramah mesra. Dia berharap akan berjumpa dengan idolanya satu hari. 


Menurut Hanee, "jika seseorang itu mempunyai bakat seni dalam diri. Dia menasihatkan agar jangan membuang masa dan lakukan dengan niat yang ikhlas tanpa mengejar populariti." 
Menurutnya lagi, "demi menggapai sesuatu hasrat seseorang itu haruslah tidak mudah putus asa kerana Doa dan Usaha adalah kunci kejayaan. Hanees juga meletakkan kepercayaan bahawa Allah akan menolong hambanya, jika hambanya berusaha untuk berjaya."  
 


Hanee pernah diterbangkan ke Singapore untuk menyertai Pertandingan Tahunan Perkahwinan Di Singapore sempena Expo Pesona Pengantin dan beliau berjaya merangkul gelaran "MISS PERSONALITY" pada awal tahun 2016.

Gadis ini memulakan kariernya di Dunia Peragaan pada awal tahun 2015. Dia tidak menafikan, walaupun dia  setahun jagung dalam dunia peragaan bukan penghalang untuk dia terus maju kehadapan. Antaranya kejayaan Hanee di dunia peragaan seperti :
  • Finalist Stailista Next Top Model 2015/2016 (Top 6 & masih berlangsung)
  • Bloom Fesyen Show 2015 (Miss Fotogenic)
  • MEFA 2015 (3rd Runner-up)
  • Pertandingan Photografi 2015 (Winner Best Pose & Fotogenic)
  • MODE Market 2015 (Wineer)
  • English Wedding Of The Year 2015 (Winner)
  • High Fashion Pro Category 2016 (2nd Runner-Up 
  • Moh Glam 2016 (1st Runner-Up)
  

Selain itu, antara fashion show yang pernah dia melibatkan diri seperti :
  • Meir Azriel
  • Hafiz Carlson
  • Farel Mikail
  • Aniq Safuan
  • Kashfi Zulkifli 
  • Dherb & Alzana 
Selain daripada dunia peragaan, Hanee juga mempunyai bakat seni dalam lakonan. Antara Drama dan Teater yang pernah dia melibatkan diri seperti : 
  • Teater Siti dalam Fantasi di Istana Budaya.
  • Kampung Boy The Musical di Istana Budaya.
  • Drama Mencintaimu
  • Rancangan hiburan Stailo Ke Idok
  • Drama Cinta Rollercoaster
Haneesya hanee


Haneesya Hanee

Walaupun gadis ini pemegang kad OKU serta mempunyai masalah tulang belakang sejak kecil lagi, itu bukan penghalang untuk dia berjaya. Segala kekurangan yang ada pada dirinya, adalah sumber kekuatan untuk dia terus kuat tanpa menyerah kalah. 
Menurut Ibu Hanee, "dia menerima segala kekurangan yang ada pada diri anaknya. Tetapi dalam masa yang sama, dia juga meletakkan kelebihan anaknya dalam segala hal." 
Menurutnya lagi, "semua ibu perlu menerima kelebihan anaknya dan memperbaiki segala kekurangan." 
"Syukur Alhamdulillah, sedikit sebanyak dia dapat membantu saya dalam meringankan tanggungan"

haneesya hanee
Tamil Magazine Wedding Fever
Kesimpulanya, setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai kelebihan dan kekurangan. Kelebihan yang diberi hanyalah pinjaman untuk kita gunakan sebaik mungkin. Dan kekurangan itu bukanlah satu kelemahan, malah ia sebagai kekuatan untuk kita terus tabah dan kuat untuk mengharungi. 


Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign