10 Jun 2016

KEMERIAHAN WARNA-WARNI "GEMPITA RASA 29 MALAM" DI DE PALMA HOTEL SHAH ALAM


FOOD REVIEW l Kemeriahan Warna-Warni Gempita Rasa 29 Malam di De Palma Hotel Shah Alam

Sempena Bulan ramadan datang lagi, De Palma Hotel Shah Alam tidak ketinggalan dalam menyajikan Buffet Ramadan dengan mengangkat slogan "Gempita Rasa 29 Malam". Slogan ini berkonsepkan pasar malam, setiap menu akan dipersembahkan berkonsepkan gerai seperti kebiasaan yang dilihat di pasar-pasar malam atau di bazar Ramadhan. 

Sedikit kelainan yang bakal diterapkan, kemeriahan bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam pada tahun ini diiringi dengan warna-warni dan riuh-rendah suasana pasar malam seakan melupakan keluh kesah keletihan seharian di tempat kerja.

De Palma Hotel


Berbuka puasa di hotel merupakan pilhan terbaik bagi seisi keluarga kerana bufet Ramadhan yang disediakan terdiri daripada pelbagai jenis hidangan dan pilihan menu yang jarang didapati sementelah ianya merupakan air tangan oleh barisan chef terkemuka yang berpengalaman luas dalam bidang kulinari. 


Selain daripada merasai pelbagai jenis makanan yang mengasyikkan, ianya juga merupakan masa terbaik untuk berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak saudara selain berjumpa kembali dengan sahabat handai dan rakan taulan yang terpisah lama.




Bufet Ramadhan De Palma Hotel Shah Alam akan mula beroperasi dari hari pertama ramadan hingga hari ke-29 ramadhan

De Palma Hotel mengekalkan barisan menu pilihan yang bercirikan warisan melayu kampung terutamanya masakan pantai timur, lauk-pauk kenduri dan pelbagai lagi. 

Masakan kampung yang enak seperti :


  • Gulai Kawah Kambing Nangka 
  • Masak Lemak Ikan Keli Salai 
  • Ikan Patin Masak Tempoyak
  • Siput Sedut Masak Cili Padi
  • Ikan Tongkol Goreng Berlada
  • Asam Rebus Keladi
  • Masak Lemak Ikan Masin dengan Nenas
  • Asam Pedas Daging Tetel dengan Terung Pipit 













De Palma Hotel


Tidak ketinggalan sedikit selingan juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Ketupat dan Rendang turut menemani para pengunjung yang datang berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam. 



Kepelbagaian hidangan lauk pengantin pasti memukau siapa sahaja yang hadir. Antara hidangan tersebut adalah : 

  • Nasi Minyak
  • Nasi Tomato 
  • Nasi Bukhari 
  • Daging masak hitam manis
  • Ayam Masak Merah 
  • Daging Rendang




Sejajar dengan pematuhan syariah yang diterapkan, sedikit pengisian rohani diselitkan bagi mengimarahkan bulan mulia Ramadhan Al-Mubarak. Bermula dengan bacaan surah-surah penting untuk seketika sementera menanti masuknya waktu berbuka puasa dan laungan azan secara langsung sejurus masuknya waktu Maghrib. 


Seterusnya para pengunjung disajikan dengan video ringkas tazkirah Ramadhan selingan sebelum masuknya waktu solat fardhu Isya’. Para pengunjung juga akan didengari dengan alunan merdu qasidah yang akan dipersembahkan oleh pelajarpelajar tahfiz terpilih sepanjang bulan Ramadhan. 








Tidak dilupakan Kumpulan Traboxx Buskers yang diterajui oleh Black, Haris, Azmi dan Fathi yang akan turut menghiburkan semua para pengunjung sepanjang Ramadhan ini dengan mendendangkan lagu-lagu yang berbentuk Islamik dan ketuhanan.

Tambah istimewa, De Palma Hotel Shah Alam tidak hanya menyediakan bufet Ramadhan tetapi juga solat terawikh secara berjemaah pada setiap hari di Surau Nurul Iman yang boleh memuatkan sehingga 200 orang pada satu-satu masa. Solat terawikh akan diimamkan oleh Ustaz Amir dan Ustaz Nasri selaku Imam Residen De Palma Hotel Shah Alam.















Sekiranya korang ingin mendapat potongan 12%, gunakan website www.faezramly.com untuk mendapat potongan harga tau.

Para pelanggan yang berminat untuk merasai kemeriahan berbuka puasa di De Palma Hotel Shah Alam boleh membuat tempahan terus ke Kaunter Ramadhan atau hubungi & email ke De Palma Hotel.




6 Jun - 4 Julai 2016 6.30ptg - 10.00ptg

(The Grand Ballroom)


DEWASA RM 68 Per neet

KANAK-KANAK RM 34 Per neet




Sekiranya korang berminat, boleh hubungi di talian :

+6 03 5542 8080

Atau email ke : 


noraini@depalmahotel.com



Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign