11 Ogos 2016

KISAH MENYAYAT HATI ANAKKU MENUMPANG KASIH DENGAN IBU KUCING !


STORY l Kisah Menyayat Hati Anakku Menumpang Kasih Dengan Ibu Kucing

Anak-anak itu satu anugerah dari Allah kepada ibu-bapa untuk saling melengkapi dengan ikatan kasih sayang dalam kekeluargaan. 

Oleh itu, coretan dari kisah Puan Nadia Hazmi tanpa sedar menyedarkan ibu-bapa diluar sana untuk tidak mengabaikan anak-anak mereka. Psikologi kanak-kanak itu sejak lahir, mahu didampingi oleh seorang ibu yang dapat memberi perhatian kepada mereka.

Perkongsian kisah Puan Nadia di laman facebook peribadinya dapat perhatian netizen bahawa anak-anak itu perlu diberi perhatian walaupun umurnya sedang meningkat. 

Jom ikuti kisah coretan "Sayang Sang Putera Sulung"


Maghrib tadi ! lepas mama bebel2 dia, suruh stop main dengan kucing..
Mama: Rayyan, pegi wuduk n solat.. *rayyan pun melangkah dgn penuh malas.. 
Rayyan: hurrmmm... kan seronok kalau ayen dapat jadi kucing... 
Mama : Laa, kenapa pulak.. Malas nak solat la tu.. cepat! nanti habis waktu... 
Rayyan: Best jadi anak kucing tu.. cuba mama gi tengok kt belakang sofa tu.. dia tido gulung2 dengan mama dia... mesti seronok.. 
Mama: kenapa, Ayen nak tido macam tu jugak ke dengan mama dengan adik.. (sbb dia dh trained tido blk sendiri start masuk darjah 1 hrtu) 
Rayyan: ye la.. ayen suka tido ramai2.. penuh2... 
Mama: Alaa.. siannye.. nanti dah cuti sekolah ayen blh la tido dgn mama n adik.. ni ayen nk kena bgn awl pagi.. kalau tido dgn adik.. nanti adik jaga jgk time ayen bgn.. penat la mama.. 
Pelan2 dia datang baring kat paha mama... baru hati tersedar lama dah mama xbelai dia sejak ada adik.. sambil belai2 rambut dia.. pujuk pelan2 suruh g solat dulu.. dia pun pegi.. mama urus n suap si adik makan..

Setengah jam lpas tu adik cari abang nak ajak main lego.. xjumpa2.. mama pun baru teringat dan cari la satu rumah.. teringat dia ckp pasal kucing blkg sofa.. bila peg cek.. Ya Allah ! anakku... tertido kat celah sofa..menumpang kasih mak kucing plak tu...

Kesian putera sulung, baru mama tersedar dia kurang perhatian, kurang belaian.. kurang dimanjakan sejak ada adik.. dulu masa dpt adik pertama.. arwah ryfael, si abg br masuk 1 tahun.. adik tak brapa sihat.. dia dah blajar beralah.. dia abg plg penyayang.. bila hilang adik selamanya.. dia lah org yg plg terkesan.. skrg dah nak masuk 7thn umurnya.. Allah hadiahkan dia adik rayhan pengubat rindu dan sunyi..

Tapi kelemahan mama sendiri... sampai si abg terasa hati.. teringat kt diri sendiri.. jadi anak sulung, memang banyak bekorban, banyak mengalah.. jauh dari dimanja2.. waktu dh besar ni, sejak jadi kakak.. last rasanya ada peluk mak dlu masa kt IJN, masa tu doktor ckp ryfael dah takde harapan.. mungkin itu yang dia rasa...

bahasa anak2 ni indah.. dia tak reti nak luahkan dgn kata2.. dia gambarkan dgn metafora.. dgn non verbal language.. yg kita mak2 ni kena faham..

Rayyan ! mama janji takkan bagi abang terasa hati lagi, dah besar nanti abang boleh baca post ni.. this I promise u.. i'm sorry my prince..

(Sumber Coretan Nadia Hazmi)


10 Ogos 2016

AIR LEMON CAMPURAN MADU DAPAT MENGATASI BATUK DARI BERLARUTAN


REVIEW l Air Lemon Campuran Madu Dapat Mengatasi Batuk Dari Berlarutan. 

Sakit adalah perkara yang tidak dingini oleh setiap manusia. Maklumlah, ia adalah satu keadaan yang agak kurang selesa dan perlu rehat secukupnya.

Bagi aku, sakit adalah satu keadaan terbatas dimana aku tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan dan rutin harian. 

Kali ini, segmen bebel dalam kesihatan aku nak bagi beberapa tips jika korang mengalami BATUK.

Sometimes, korang perasan tak ? tak semua ubat korang sesuai. Kalau aku, ubat klinik kerajaan juga sesuai especially ubat Batuk. Kalau korang jumpa Doktor Kerajaan, kebiasanya diorang akan bagi korang ubat batuk + Selsema sekaligus dan demam pula diorang akan bagi pil paracetemol. 

Kebiasanya, sebelum kita menghadapi batuk korang akan mengalami gangguan seperti demam dan sakit tekak. Bagi aku, untuk menghilangkan demam jawapanya adalah mandi kerana dengan mandi suhu badan korang akan menurun dengan drastik. Tak percaya, cuba buat dulu pasti berjaya. 

Seterusnya, jika korang mengalami sakit tekak hingga memeritkan. Aku sarankan korang pergi ke farmasi atau Watson's (agak murah) sebab diorang akan jual ubat sakit tekak perisa blackcurrent berharga Rm 10-15. 


Ketika korang mengalami sakit tekak, korang perlu berpantang dengan tidak mengambil minuman ais, biskut, kacang, keropok dan apa jua benda yang menggatalkan anak tekak. Ketika ini, aku akan minum air TEH PANAS untuk melegakan sebelum menghadapi batuk yang berterusan. Yelah, batuk agak sukar untuk baik jika kita tidak kawal dengan cara yang betul.

Walaubagaimanapun, jika korang sedang mengalami batuk, aku sarankan korang ikut tips ini : 

  1. Beli beberapa buah lemon dan madu asli 
  2. Sediakan air suam dan letakkan 1 sudu madu asli kedalamanya.
  3. Kemudian, hiriskan lemon tersebut dalam 2cm dan perahkan kedalaman air suam.
  4. Kacau sehingga sebati dan terus minum (jangan tunggu sejuk) ! 

Kebiasaanya aku ulangkan tips ini berulang kali setiap 2 jam, dan kesannya korang akan lihat dalam masa 3 hari bergantung cara hidup korang. Kalau boleh, korang mesti berpantang jangan makan benda bergoreng atau pedas. Pada ketika ini, aku lebih gemarkan sup ayam kerana dapat membantu melegakkan sakit tekak dan batuk. 

Kemudian sebelum korang tidur, pastikan bantal dalam keadaan yang tinggi demi keselesaan. Kalau tidak, conform korang akan berkongkong-kongkong. 

Rasanya sampai disini segmen bebel tentang batuk. Jika batuk korang berlarutan, aku nasihatkan korang jumpa Doktor untuk rawatan selanjutnya. 





06 Ogos 2016

"FESTIVAL SYOKNYA NIKAH 2016" DI SACC MALL MAMPU MENCIPTA FENOMENA

Jameela Street

REVIEW l Sidang Media "FESTIVAL SYOKNYA NIKAH 2016" Di SACC Mall, Shah Alam

Baru-baru ni, aku hadiri satu Sidang Media "Festival Syoknya Nikah 2016" diadakan di Shah Alam Convention Centre Mall.

Festival perkahwinan seolah menjadi satu festival tahunan yang tidak terlepas pandang. Apa yang menarik, seramai lebih 40 pengusaha-pengusaha barangan dan perkhidmatan perkahwinan akan ditempatkan di SACC Mall Shah Alam.

Oleh itu, kepada bakal mempelai yang masih tercari-cari perkhidmatan perkahwinan seperti busana pengantin, pelamin, katering, pencetakan kad kahwin, fotografi & photobooth, kek perkahwinan, pakej berbulan madu & percutian, hantaran & aksesori dan apa jua perkhidmatan, korang boleh datang survey ke Festival Syoknya Nikah yang akan berlangsung pada 12, 13 dan 14 Ogos 2016 bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. 

Festival begini dapat membantu mereka yang belum membuat persiapan perkahwinan. Maklumlah, zaman serba moden begini kebanyakkan anak diluar sana ingin menguruskan perkahwinan mereka sendiri tanpa menyusahkan ibu-bapa mereka. 

festival kahwin
Credit photo by Papa King
Jameela Street
Pembukaan majlis selepas bacaan diwakili oleh PU Taha diiringi dengan tarian tradisional

Festival ini julung kalinya berkonsepkan islamik seleras mematuhi syariat Islam. Korang nak tahu antara tarikan utama festival ini adalah pendaratan helikopter bersama pasangan selebriti tanahair. Wah ! boleh tahan juga festival ini mampu mencipta fenomena semasa, maklumlah agak pertama kalinya festival perkahwinan  dilakukan sebegini. 

Ketika sidang media berlangsung, antara tarikan pepatah "Tak cuba tak tahu, tak kenal maka tak cinta" ditujukan kepada mereka (bakal mempelai) mampu menaiki helikopter di hari bahagia mereka. Fuh ! rasa tersentak apabila dikatakan "bukan VVIP atau anak Raja sahaja dapat menaiki, tapi kita golongan biasa mampu menaiki !"

Selain itu, Sembang Santai Syoknya Nikah akan di Hos oleh selebriti Amin Idris, Farahanim dan PU Taha serta kemunculan beberapa selebriti tanahair yang sedang hangat bercinta tau. 

Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik telah disusun akan dijalankan sepanjang tiga hari di Festival Syoknya Nikah antaranya Walimah Contest menawarkan hadiah utama bernilai RM 20,000 berupa pakej bulan madu dan finalist Pencarian Wajah Jameela sempena pembukaan hub fesyen Jameela Street di tingkat 2 dan 3 SACC Mall Shah Alam. 

Korang yang bakal mempelai yang masih belum mengambil kursus nikah boleh dapatkan kursus nikah secara PERCUMA dan pendaftaran kursus ini terhad kepada 100 orang peserta terawal yang berkunjung ke Festival Syoknya Nikah 2016 dengan syarat bawa kad tunang, gambar pertunangan dan apa jua bukti yang korang tidak lama lagi akan dihijab kabul. Bermula hari isnin, 8 ogos 2016 korang boleh mengisi borang pendaftaran kursus nikah ke kaunter FSN 2016 di Jameela Street, tingkat 3 SACC Mall. 

Jameela Street
En Jeedan Pengasas Butik Jameela bersama beberapa Finalist Pencarian Wajah Jameela - Photo by Papa King
Seramai 12 finalis akan bertanding semasa "Festival Syoknya Nikah 2016" yang akan berlangsung di SACC Mall pada 14 Ogos 2016 bermula pada 2 petang sehingga 5 petang. 

Jameela street
Credit photo by Papa King
Jameela Street
Credit photo by Papa King
Jameela street
Credit photo by Papa King
Jameela street
Credit photo by Papa King
Jameela Street
Credit photo by Papa King
Menurut En Jeedan iaitu pengasas butik Jameela Street berkata, "acara ini merupakan sebuah pertandingan pencarian IKON JAMEELA sempena pembukaan Jameela street di SACC Mall, Shah Alam. 
Katanya lagi, Ikon Muslimah ini diwujudkan bertujuan memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk mengasah bakat dalam bidang peragaan dan penyiaran. Selain itu, Objektif utama penganjuran PWJ tidak lain tidak bukan adalah untuk menaikan lagi nama SACC Mall dan Shah Alam sebagai Hub Fesyen Muslimah bertaraf dunia sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri menjadikan Shah Alam sebagai World Muslim Fashion City. 

Jameela street
Ahmad Sazali Omar, Pengarah Program FSN 2016 (dari kiri pertama) bersama Penganjur Syoknya Nikah 2016.
Akhir Kata, Program FSN 2016 ini mendapat sepenuhnya dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Selangor dan Dewanita Selangor dan PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC). 


TARIKH12 - 14 OGOS 2016 

MASA : 10 PAGI - 10 MALAM 

TEMPAT 

SHAH ALAM CONVENTION CENTRE MALL, 
SHAH ALAM





04 Ogos 2016

HIMALAYA HERBAL'S PRODUK SEMULAJADI TANPA KANDUNGAN KIMIA


REVIEW l Himalaya Herbals Produk Semulajadi Tanpa Kandungan Kimia  


Pencuci muka seolah barangan asas bagi kaum wanita mahupun lelaki. Tapi sejauh manakah pemilihan produk muka yang bersesuaian dengan kulit wajah. Pencuci muka adalah sangat penting untuk membersihkan keseluruhan wajah setelah mengharungi kehidupan seharian. 

 Hasil carian imej untuk himalaya day cream

Korang tentu sekadar mendergar produk Himalaya, tapi sejauh manakah korang mengenali produk tersebut. Actually, dulu pun aku hanya sekadar mendergar, orang kata sekadar masuk telinga kiri keluar telinga kanan, maksudnya aku malas nak tahu tentang produk tersebut.

Fakta yang korang perlu tahu tentang produk ini adalah :-

  1.  Produk diasaskan dari negara India
  2.  100% menggunakan barangan semulajadi
  3.  Bebas dari bahan kimia

Kulit aku agak sensitif, tak semua produk muka sesuai dengan aku. Senang cerita, kulit aku tak terima barangan yang mempunyai kandungan kimia. Hah ! mulalah timbul kemerahan. Sometimes, ada juga yang tegur kenapa muka merah ?, jawapanya kulit sensitif. Mana tidak, terkena pancaran matahari mulalah naik merah ala-ala muka mat salleh datang ke Malaysia. Hahaha

Bila datang survey ke watson's, ternampak produk himalaya herbals yang tidak mengandungi barangan kimia. Dalam hati kata, why not tak cuba kan. Harga pun taklah semahal produk yang aku pakai sebelum ni.

Aku pun pilih mana yang sesuai dengan kulit wajah aku yang sensitif iaitu lebih kepada Combination skin. Jadi lepas baca isi kandungan hydrating face wash cream yang mengadungi aloe vera dan cucumber. 

For you information, kenapa aku lebih berbelanja di Watson's kerana harga yang murah berbanding beauty & care yang lain. Hampir semua barang jugalah, so korang mesti jadi pengguna yang bijak tau. Watson's selalu buat harga runtuh, jadi jangan ketinggalan tau. 

Berbalik semula isi kandungan tersebut, hydrating face wash sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, dimana ia mengelakkan kulit kering di wajah. Selain itu, ia juga melembutkan malah korang akan dapat rasakan seolah kulit korang bersih dari segala debu dan habuk yang terlekat di muka. 

Pendapat aku setelah menggunakan Hydrating Face Wash Cream seperti kesan seawal 3 hari dimana aku merasakan kulit wajah aku tidak sekering dulu dan keturunan jerawat pun malas nak singgah. 

Bagi korang yang mempunyai masalah kulit kering, mungkin hydrating face wash cream sangat sesuai digunakan setiap hari, malah dapat membantu masalah hydaration di muka. 
   


Selepas mencuci muka, aku akan apply Whitening Day Cream sebagai pelindung matahari. Apa yang menarik tentang day cream ni korang akan terasa perbezaan dengan cream yang lain. Cream ni mudah meresap ke kulit wajah dan tidak berminyak seperti day cream yang lain. 

Untuk pengetahuan korang juga, Himalaya herbals bukan sekadar mengeluarkan produk muka. Terdapat beberapa lagi penjagaan seperti :
  • Penjagaan Badan
  • Penjagaan Tangan & Kaki 
  • Penjagaan Rambut 
  • Penjagaan Bayi 
  • Penjagaan Kesihatan 
  • Penjagaan Mulut 
Senang cerita Himalaya Herbals menjaga dari hujung rambut hingga hujung kaki yang berasaskan dari alam semulajadi. Wahhh ! boleh tahan juga ye. 

Apa kata dalam masa seminggu korang manjakan kulit wajah dengan memakai mask Peel-Off Mask. Peel-Off Mask lebih memberi kesegaran dan membantu melembakan kulit wajah. 

 Hasil carian imej untuk himalaya peel of mask



Rasanya dah cukup aku kongsikan tips penjagaan wajah dari Produk Himalaya. Mungkin lepas ni aku perlu stalker penjagaan yang lain seperti shampoo, mulut dan lain-lain.

Actually, aku tak pernah lagi singgah ke kedai Himalaya. Kalau singgah tentu seronok, bayangkan semua produk penjagaan ada di sana. Kalau di area KL, korang boleh stalker di Mid Valley ataupun KLCC. Kalau di Selangor pula di Setia City Mall dan terakhir City Square, Johor. Itu tempat yang sempat aku research. 

Kalau korang nak jadi ahli, korang perlu beli barangan himalaya minimum Rm 100 keatas. Kemudian, baru korang dapat potongan harga sebanyak 15% keatas, mengikut masa dan keadaan yang ditetapkan oleh Himalaya Herbals. 

Sampai disini segmen bebel tentang penjagaan wajah, mungkin korang boleh cuba. Jangan tak cuba tau ! 






MEMENANGI IPHONE 6S ROSE GOLD DARI SHOPPING ONLINE DAMIR LUNA



REVIEW l Memenangi Iphone 6s Rose Gold Dari Shopping Online Damir Luna


     Bila kita dergar hadiah menarik siapa tak meleleh woi, apatah lagi memenangi sebuah gadjet telekomunikasi yang berjenama. 

Tak mahu cerita panjang, tentu korang tak sabar kan kenapa Damir Luna nak bagi Iphone 6s Rose Gold secara percuma !!!....

Gara-gara 100K followers di Instagram, pihak Damir Luna berbesar hati memberi kepada sesiapa sahaja mengikuti terma dan syarat yang tertera :

1) Follow instagram di bawah
@damirluna 
@damirdl
@buahhatialllah

2) Follow page Damir Luna

3) Repost, share, komen, tag, mention kawan seramai mungkin.

4) Letak caption win win dan apa sahaja yang menarik minat pihak Damir Luna


    Aku suggestkan korang repost dan do anything yang boleh menarik minat pihak Damir Luna. Biar dia keliru nak memilih siapa pemenangnya. Mana tahu ada penambahan hadiah kalau korang buat macam tuh...


 

     Buat mereka masih tidak tahu apa itu brand Damir Luna. Tiba waktu untuk korang tahu apa itu Damir Luna. Actually, brand Damir Luna diuruskan oleh usahawan anak muda melayu yang menghasilkan rekaan baju dan design moden mengikut peredaran masa. 

     Selain itu, usahawan anak muda ini bukan sahaja menfokuskan 1 barangan. Malahan, dia turut menjual tudung, alat persolekan wanita, set penjagaan muka bagi kaum lelaki dan lain-lain. 


     Bagi kaum lelaki, jangan ambil mudah tentang penjagaan muka korang kerana kesannya bukan sekarang, tapi akan datang.

     Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh stalker kat instagram Damir luna. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign