10 Ogos 2016

AIR LEMON CAMPURAN MADU DAPAT MENGATASI BATUK DARI BERLARUTAN


REVIEW l Air Lemon Campuran Madu Dapat Mengatasi Batuk Dari Berlarutan. 

Sakit adalah perkara yang tidak dingini oleh setiap manusia. Maklumlah, ia adalah satu keadaan yang agak kurang selesa dan perlu rehat secukupnya.

Bagi aku, sakit adalah satu keadaan terbatas dimana aku tidak dapat melakukan sebarang pekerjaan dan rutin harian. 

Kali ini, segmen bebel dalam kesihatan aku nak bagi beberapa tips jika korang mengalami BATUK.

Sometimes, korang perasan tak ? tak semua ubat korang sesuai. Kalau aku, ubat klinik kerajaan juga sesuai especially ubat Batuk. Kalau korang jumpa Doktor Kerajaan, kebiasanya diorang akan bagi korang ubat batuk + Selsema sekaligus dan demam pula diorang akan bagi pil paracetemol. 

Kebiasanya, sebelum kita menghadapi batuk korang akan mengalami gangguan seperti demam dan sakit tekak. Bagi aku, untuk menghilangkan demam jawapanya adalah mandi kerana dengan mandi suhu badan korang akan menurun dengan drastik. Tak percaya, cuba buat dulu pasti berjaya. 

Seterusnya, jika korang mengalami sakit tekak hingga memeritkan. Aku sarankan korang pergi ke farmasi atau Watson's (agak murah) sebab diorang akan jual ubat sakit tekak perisa blackcurrent berharga Rm 10-15. 


Ketika korang mengalami sakit tekak, korang perlu berpantang dengan tidak mengambil minuman ais, biskut, kacang, keropok dan apa jua benda yang menggatalkan anak tekak. Ketika ini, aku akan minum air TEH PANAS untuk melegakan sebelum menghadapi batuk yang berterusan. Yelah, batuk agak sukar untuk baik jika kita tidak kawal dengan cara yang betul.

Walaubagaimanapun, jika korang sedang mengalami batuk, aku sarankan korang ikut tips ini : 

  1. Beli beberapa buah lemon dan madu asli 
  2. Sediakan air suam dan letakkan 1 sudu madu asli kedalamanya.
  3. Kemudian, hiriskan lemon tersebut dalam 2cm dan perahkan kedalaman air suam.
  4. Kacau sehingga sebati dan terus minum (jangan tunggu sejuk) ! 

Kebiasaanya aku ulangkan tips ini berulang kali setiap 2 jam, dan kesannya korang akan lihat dalam masa 3 hari bergantung cara hidup korang. Kalau boleh, korang mesti berpantang jangan makan benda bergoreng atau pedas. Pada ketika ini, aku lebih gemarkan sup ayam kerana dapat membantu melegakkan sakit tekak dan batuk. 

Kemudian sebelum korang tidur, pastikan bantal dalam keadaan yang tinggi demi keselesaan. Kalau tidak, conform korang akan berkongkong-kongkong. 

Rasanya sampai disini segmen bebel tentang batuk. Jika batuk korang berlarutan, aku nasihatkan korang jumpa Doktor untuk rawatan selanjutnya. 





Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign