06 Ogos 2016

"FESTIVAL SYOKNYA NIKAH 2016" DI SACC MALL MAMPU MENCIPTA FENOMENA

Jameela Street

REVIEW l Sidang Media "FESTIVAL SYOKNYA NIKAH 2016" Di SACC Mall, Shah Alam

Baru-baru ni, aku hadiri satu Sidang Media "Festival Syoknya Nikah 2016" diadakan di Shah Alam Convention Centre Mall.

Festival perkahwinan seolah menjadi satu festival tahunan yang tidak terlepas pandang. Apa yang menarik, seramai lebih 40 pengusaha-pengusaha barangan dan perkhidmatan perkahwinan akan ditempatkan di SACC Mall Shah Alam.

Oleh itu, kepada bakal mempelai yang masih tercari-cari perkhidmatan perkahwinan seperti busana pengantin, pelamin, katering, pencetakan kad kahwin, fotografi & photobooth, kek perkahwinan, pakej berbulan madu & percutian, hantaran & aksesori dan apa jua perkhidmatan, korang boleh datang survey ke Festival Syoknya Nikah yang akan berlangsung pada 12, 13 dan 14 Ogos 2016 bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam. 

Festival begini dapat membantu mereka yang belum membuat persiapan perkahwinan. Maklumlah, zaman serba moden begini kebanyakkan anak diluar sana ingin menguruskan perkahwinan mereka sendiri tanpa menyusahkan ibu-bapa mereka. 

festival kahwin
Credit photo by Papa King
Jameela Street
Pembukaan majlis selepas bacaan diwakili oleh PU Taha diiringi dengan tarian tradisional

Festival ini julung kalinya berkonsepkan islamik seleras mematuhi syariat Islam. Korang nak tahu antara tarikan utama festival ini adalah pendaratan helikopter bersama pasangan selebriti tanahair. Wah ! boleh tahan juga festival ini mampu mencipta fenomena semasa, maklumlah agak pertama kalinya festival perkahwinan  dilakukan sebegini. 

Ketika sidang media berlangsung, antara tarikan pepatah "Tak cuba tak tahu, tak kenal maka tak cinta" ditujukan kepada mereka (bakal mempelai) mampu menaiki helikopter di hari bahagia mereka. Fuh ! rasa tersentak apabila dikatakan "bukan VVIP atau anak Raja sahaja dapat menaiki, tapi kita golongan biasa mampu menaiki !"

Selain itu, Sembang Santai Syoknya Nikah akan di Hos oleh selebriti Amin Idris, Farahanim dan PU Taha serta kemunculan beberapa selebriti tanahair yang sedang hangat bercinta tau. 

Di samping itu, pelbagai aktiviti menarik telah disusun akan dijalankan sepanjang tiga hari di Festival Syoknya Nikah antaranya Walimah Contest menawarkan hadiah utama bernilai RM 20,000 berupa pakej bulan madu dan finalist Pencarian Wajah Jameela sempena pembukaan hub fesyen Jameela Street di tingkat 2 dan 3 SACC Mall Shah Alam. 

Korang yang bakal mempelai yang masih belum mengambil kursus nikah boleh dapatkan kursus nikah secara PERCUMA dan pendaftaran kursus ini terhad kepada 100 orang peserta terawal yang berkunjung ke Festival Syoknya Nikah 2016 dengan syarat bawa kad tunang, gambar pertunangan dan apa jua bukti yang korang tidak lama lagi akan dihijab kabul. Bermula hari isnin, 8 ogos 2016 korang boleh mengisi borang pendaftaran kursus nikah ke kaunter FSN 2016 di Jameela Street, tingkat 3 SACC Mall. 

Jameela Street
En Jeedan Pengasas Butik Jameela bersama beberapa Finalist Pencarian Wajah Jameela - Photo by Papa King
Seramai 12 finalis akan bertanding semasa "Festival Syoknya Nikah 2016" yang akan berlangsung di SACC Mall pada 14 Ogos 2016 bermula pada 2 petang sehingga 5 petang. 

Jameela street
Credit photo by Papa King
Jameela Street
Credit photo by Papa King
Jameela street
Credit photo by Papa King
Jameela street
Credit photo by Papa King
Jameela Street
Credit photo by Papa King
Menurut En Jeedan iaitu pengasas butik Jameela Street berkata, "acara ini merupakan sebuah pertandingan pencarian IKON JAMEELA sempena pembukaan Jameela street di SACC Mall, Shah Alam. 
Katanya lagi, Ikon Muslimah ini diwujudkan bertujuan memberi peluang kepada remaja Malaysia untuk mengasah bakat dalam bidang peragaan dan penyiaran. Selain itu, Objektif utama penganjuran PWJ tidak lain tidak bukan adalah untuk menaikan lagi nama SACC Mall dan Shah Alam sebagai Hub Fesyen Muslimah bertaraf dunia sejajar dengan aspirasi Kerajaan Negeri menjadikan Shah Alam sebagai World Muslim Fashion City. 

Jameela street
Ahmad Sazali Omar, Pengarah Program FSN 2016 (dari kiri pertama) bersama Penganjur Syoknya Nikah 2016.
Akhir Kata, Program FSN 2016 ini mendapat sepenuhnya dari Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Selangor dan Dewanita Selangor dan PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC). 


TARIKH12 - 14 OGOS 2016 

MASA : 10 PAGI - 10 MALAM 

TEMPAT 

SHAH ALAM CONVENTION CENTRE MALL, 
SHAH ALAM





Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

blogr.my

Faez Ramly Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign